KC | 39

20.5K 1.8K 230
                                    

Promote

Ketua Pengawas Itu Suami Aku?
hyun_jae02

Kau Jiwa Aku
asniahnieyah

Luahan Hati
Dania1215

Do read their story ❤

Saya tak pasti sama ada next week boleh update atau tak ☹
Sorry tak dapat reply komen lepas and please chapter esok sediakan tisu.

••••••••••••••••••••

Sebaik saja Farhan tiba di meja kerjanya, dia tidak duduk. Untuk lebih kurang seminit dia berdiri tanpa berbuat apa - apa terus kakinya nekad melangkah ke bilik boss.

Megat pandang Shahrul dan tanya tentang Farhan dengan bahasa isyarat. Shahrul angkat bahu tidak tahu.

Bila dapat kebenaran, Farhan masuk dan mendekati meja bossnya.

" Haa.. Farhan, ada apa? ". Soal Encik Marzuki.

" Saya.. tarik balik. Saya yang akan pergi Dubai dan bukan Shahrul ". Kata Farhan.

Encik Marzuki nampak terkejut.

" Eh! Awak ni. Sekejap kata tak nak pergi sekejap kata nak pergi. Mana satu ni? ".

" Saya nak pergi, ". Balas Farhan.

Encik Marzuki diam seketika. Kemudian dia pandang lelaki berkemeja hitam di depannya.

" Betul ni? Tak ada ubah lagi? ".

Farhan ragu - ragu. Dia sendiri tidak pasti. Jika diikutkan, sepatutnya ini cara terbaik dia bawa hati pergi jauh sebelum orang yang dia sayang menjadi milik orang lain.

Tapi kenapa separuh hatinya menegah?

" Farhan, daripada air muka awak ni. Saya tahu awak ada masalah peribadi ".

Farhan tunduk.

" Farhan, jangan campur masalah peribadi dengan kerja. Nanti akan bawa masalah pada hasil kerja awak ". Kata Encik Marzuki lagi menasihati Farhan.

" Keputusan saya tetap ". Akhirnya Farhan jawab.

Encik Marzuki mengangguk perlahan.

" Baiklah tapi sebagai langkah berjaga - jaga, Shahrul akan ikut awak nanti. Saya rasa tak yakin dengan keputusan awak ni ". Ujar Encik Marzuki.

Farhan mengangguk dan meminta diri untuk sambung kerjanya.

Di meja kerjanya, Farhan terus diasak soalan daripada Megat dan Shahrul.

" Kenapa? ".

" Kau cakap apa dekat boss? ". Soal Megat pula.

Farhan menarik nafas kemudian dihela.

" Buat confirmation dengan boss pasal Dubai ".

" Kau jadi pergilah ni? ". Tanya Shahrul. Farhan mengangguk.

" Tapi boss nak kau ikut sekali. Dia kurang yakin dengan keputusan aku ni ". Ujar Farhan seraya menghidupkan komputernya.

" Aku tau kau pergi Dubai tu sebab nak bawa hati yang sakit, kan? Aku pun tak yakin dengan keputusan kau. Buatnya masa nak pergi tu, kau ubah fikiran pula. Nak halang pernikahan Nisya tu ". Bebel Megat.

" Betui ". Shahrul menyokong.

" Entahlah. Sia - sia je kalau aku buat macam tu ". Jawab Farhan. Lagi pun dia masih ingat amaran Hannisya.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now