Bab 1

16.8K 557 0
                                    

PAA(Private Assassin Academy)

Sebuah kereta BMW berwarna hitam berhenti di hadapan bangunan PAA yang gah. Pintu dibuka oleh seorang lelaki yang juga bersut hitam dengan cermin mata hitam. Serius riak wajahnya. Seorang gadis keluar dari kereta tersebut. Dia tersenyum setelah kaki sudah berdiri di hadapan PAA.

Kedatangannya adalah kerana dia mendapat jemputan daripada pengasas akademi tersebut.

Sebaik pintu dibuka, seorang lelaki dan seorang perempuan sudah berdiri di hadapannya. Mungkin juga mereka sedang menunggu kedatangannya.

Wanita itu tersenyum kepadanya sementara lelaki tersebut masih berdiri tanpa riak. Tiada tanda-tanda dia berminat dengan kedatangan gadis tersebut .

Di tangan wanita itu terdapat satu file berwarna coklat. Lelaki itu pula hanya menyilangkan tangan memeluk tubuh. Cuba menunjukkan wajah yang tenang walaupun sebenarnya dia tidak percaya dengan wajah Dalia. Dahulunya dia ingatkan gadis ini srmestinya berambut pendek dan tomboi. Namun semua sangkaannya tidak benar, gadis ini sama sahaja seperti gadis biasa di luar sana.

Dia melangkah ke arah dua manusia di hadapannya.

"Miss Dalia Ufaira."

Wanita yang memakai sut dengan tag nama Marie meyebut nama penuh Dalia.

"Welcome to PAA Miss Dalia."

Lelaki itu menghulurkan tangan. Salaman disambut oleh Dalia bersahaja.

Beriringan mereka berjalan ke pejabat. Sewaktu berjalan, Dalia melihat beberapa kumpulan lelaki sedang berlatih.

Melalui cermin kaca, dia nampak ada yang sedang membuat latihan memanah di dalam bilik tersebut.

"Jemput duduk."

Bang!

Sebaik sahaja dia duduk pintu ditutup kuat. Lampu dipadamkan. Kelam!

Skrin di hadapan dipasang. Lelaki yang dikenali sebagai Malik itu mula menerangkan tujuan pihak mereka menjemput Dalia ke akademi itu.

"Ok Miss Dalia. Sekarang awak adalah sebahagian daripada PAA. Saya akan terangkan sedikit sebanyak apa yang awak perlu buat dan apa tugas-tugas awak di PAA ini...."

Tetikus di tangan diklik sebelum slide seterusnya ditayang.

"... berdasarkan perhatian kami, awak pernah gagal beberapa kali untuk sertai SF. Believe me Miss Dalia, diorang takkan ambik perempuan untuk join pasukan diorang. Tambah-tambah lagi yang macam awak ni"

Atas bawah Malik melihat dengan muka yang sengaja dijelikkan. Jari telunjuk juga ditunding ke arah Dalia atas ke bawah.

Dalia hanya merenung wajah Malik. Rasa macam nak tembak ja mulut puaka lelaki itu. Nasib baik dia masih boleh bersabar, kalau tidak dah dipatahkan tulang-tulang rusuk lelaki itu.

"Proceed!"

Dalia sudah mula bengang. Dia mula memberikan arahan dengan nada suara yang agak kasar. Sakit hati bila diperlekehkan oleh lelaki bernama Malik yang baru sahaja dia jumpa.

Lelaki itu tersenyum senget sebelum menyambungkan ayatnya. Gaya seperti mengejek.

"Kami tahu awak ada kemahiran gunakan weapon. Sebab tu la kami jemput awak datang sini. Kalau tak jangan harap la."

Malik duduk di kerusi. Kaki disilangkan. Gaya seperti orang kaya.

"So Encik Malik, what my duty here. Saya tak perlu kan berlatih macam diorang kat luar tu."

Dalia menyilangkan kaki. Wajah Malik ditenung dengan pandangan yang tajam. Biar Malik tahu dia bukan biasa-biasa.

"In your dream Miss Dalia Ufaira. Awak bukan datang sini jadi trainer. Just TEAM LEADER. Ingat tu, just team leader. Jadi latihan tetap latihan!"

Perkataan team leader sengaja ditekankan. Lampu sudah mula terpasang. Dalia mengeluh kuat. Kerusi di sebelah ditendang kuat tanda protes.

"Shit!"

Mulut sudah memaki hamun.

"Miss Dalia, jom ikut saya masuk bilik awak. Kami dah siapkan segala keperluan awak di sini."

Marie yang dari tadi menghilangkan diri sudah muncul kembali. Entah ke mana dia pergi tadi pun Dalia tidak tahu. Tiba-tiba sahaja hilang. Tiba-tiba muncul kembali.

Dia mengajak Dalia untuk mengikuti langkahnya ke bilik penginapan yang telah dikhaskan untuk gadis itu.

Dalia hanya menurut. Semasa melalui Malik, dia menjeling kasar lelaki itu.

Malik senyum senget.

TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now