Bab 17

7.3K 346 0
                                    

Zayn ke pejabat kerana Tuan Hisham menelefonnya. Langkah dibawa laju kerana kata Tuan Hisham ada perkara urgent yang hendak dibincangkan.

Tuan Hisham menghulurkan beberapa keping gambar. Agak kabur, dan hanya menampakkan bentuk tubuh dua orang perempuan. Salah seorang hanya menampakkan belakang dan seorang lagi hanya menampakkan wajah dari sisi.

"Ni gambar team leader Bravo. Saya nak awak siasat. Zayn, saya percayakan awak." Penuh pengharapan pada wajah Tuan Hisham terhadap Zayn pada misi kali ini.

"Saya akan cuba Tuan."

"Satu lagi, awak dah boleh cari rumah sewa. Saya rasa, kalau awak duduk luar, lagi senang nak jalankan tugas."

Zayn mengangguk faham. Dia merenung gambar di tangan. Yang dibulatkan dengan marker merah adalah targetnya.

Bilik rehat ditujui. Kali ini bukan untuk berehat, tapi untuk mengambil barang. Zayn sudah bersemangat untuk mengemas kerana dia akan pindah dari sini. Bermakna, dia boleh bebas ke mana-mana lepas ni.

Sebenarnya, sudah lama dia mencari rumah sewa. Tunggu masa sahaja hendak pindah. Jika mengikutkan tempoh, seminggu lagi dia akan pindah namun, dia dapat kebenaran awal dari Tuan Hisham.

Beg-beg dibawa keluar dari bonet kereta. Dia tersenyum puas. Akhirnya, rumah baru dengan semangat yang baru! Beg-beg diheret ke lif.

Ting!

Zayn masuk ke dalam sementara seorang perempuan keluar. Sempat mereka bertukar senyuman antara satu sama lain.

Dalia menghadiahkan senyuman kepada seorang lelaki yang baru masuk ke dalam lif sewaktu dia hendak keluar. Melihat bagasi di tangan lelaki tersebut, mungkin lelaki itu baru berpindah ke kondo ini.

Cherry Elite Condo
15-127-A

Kad akses dimasukkan ke tempatnya sebelum pintu utama rumah terbuka luas. Beg diheret ke dalam dan pintu ditutup. Ada senyuman pada wajah Zayn. Senyuman puas hati! Dia sangat puas hati apabila menjejakkan kaki ke rumah ini. Rumah ini juga sudah lengkap dengan perabot. Jadi, dia sudah tidak perlu pening kepala memikirkan idea-idea mendeko rumah.

Balkoni ditujui. Langsir berwarna krim diselak dan pintu kaca dibuka perlahan. Zayn bergerak ke arah panghadang besi. Dia meregangkan otot-otot di situ. Nampak seksi pula apabila meregangkan badan di balkoni sebegitu. Kemudian, dia masuk ke dalam kembali untuk mengemaskan barang-barang. Pintu kaca tadi dibiarkan sahaja terbuka untuk pengudaraan.

***

"Uncle nak Dally hati-hati. Uncle dapat maklumat, ada yang ikut Dally waktu Dally jumpa Jenna semalam. Uncle tak pasti siapa, tapi besar kemungkinan AAWF. Our rival..."
Uncle berjalan mundar-mandir. Dia sedang memikirkan kejadian semalam. Ada pegawai yang nampak 'seseorang' mengekori Dalia.

"Macam mana Dally boleh tak perasan?" Dalia menundukkan kepala sambil mengerutkan dahi. Dia tak tahu macam mana dia boleh tidak perasan dengan 'ekor' yang mengikutinya semalam.

"Tak pa, uncle akan hantar someone untuk jaga Dally dari jauh. You want she or he? Uncle duduk di hadapan Dalia. Alat kawalan jauh televisyen di tangan masih dimain-main.

"Dally tak kesah. Tapi, untuk short time je boleh? Dally tak selesa ada 'tail'." Kepala diangkatkan supaya mata dapat memandang uncle.

Ada senyman di wajah uncle. Dia tahu, Dalia semestinya tidak selesa jika diikuti ke mana-mana. Tapi, apa yang dia buat ini untuk keselamatan Dalia juga.

"I promise. Sekejap je. So, lepas dah siap tugas hari tu, Dally nak request apa-apa?" Topik perbualan sudah ditukar. Kali ini mereka berbual tentang kejayaan Dalia pula.

Dalia kembali ceria. Setiap kali selesai misi, uncle pasti bertanya apa yang dia mahu. Itu sebagai ganjaran yang akan diberikan setelah kerja selesai.

"Tak da kot. Cukup la dengan kondo tu. I really love it! Pandai uncle cari." Satu sengihan dihadiahkan. Dia sangat suka uncle sebab ni lah. Ada sahaja ganjaran padanya setiap kali dia berjaya.

"Well, uncle kan?" Uncle mendabik dada dan membuat senyuman senget sebelum Dalia menghadiahkan senyuman.

TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now