Bab 11

8.4K 367 6
                                    

"Zayn, Tuan Hisham suruh kau attend meeting. Urgent dia cakap." Panggilan daripada Farid yang menjengukkan kepada ke pintu membantutkan Zayn yang sedang berehat di bilik rehat. Zayn hanya mengangguk tanda mengerti sebelum kembali menyandarkan kembali kepala ke sofa.

Rakan-rakan yang lain juga ada di bilik itu. Ada yang sedang bermain catur, ping pong dan ada juga yang sedang main catur.

"Zayn." Kehadiran Dali yang turut melabuhkan punggung di sebelah Zayn menyebabkan dia tersenyum pada lelaki itu. Dia membetulkan sedikit kedudukan supaya Dali dapat turut serta duduk di situ.

"Penat?" Dali memulakan bicara sambil mata masih memandang ke arah kipas yang berpusing. Mereka semua agak penat hari ini kerana faktor cuaca yang agak panas. Tambahan pula, hari ini latihan dilakukan di luar bangunan.

"Sikit. But still ok. Aku dah biasa."

"Aku dengar Tuan Hisham suruh kau attend meeting, mesti ada info dari Hariz." Dali memandang Zayn yang masih memejamkan mata. Zayn masih lagi tenang.

"Info? Kenapa AAWF still tak boleh tumpaskan Bravo? Bukan ke dah setahun Hariz risik?" Zayn bertanya. Sudah lama dia memikirkan soal itu. Dia agak musykil kerana sudah lama Bravo tidak tumpas-tumpas sedangkan pihak mereka ada menghantar perisik ke sana.

"Kau nak tahu kenapa? Betul?" Dali bertanya.

Zayn juga sudah mengalihkan pandangan kepada Dali. Dia menunjukkan minat. Sebenarnya lama juga dia fikirkan soal ini. Tapi, tidak berkesempatan untuk bertanya. Sudah ada peluang ini, perlulah digunakan sebaiknya.

"Sebenarnya, kita still tak tahu owner PAA. Sejak Hariz kat sana, tak pernah langsung owner dia datang. Kalau kita tak dapat owner, mustahil kita boleh hapuskan PAA." Terang Dali.

"Habis tu, siapa yang handle PAA?" Zayn bertanya lagi. Dia masih tidak puas hati. Dia perlu mengetahui maklumat yang lebih memandangkan dia akan menjadi team leader dalam pasukan AAWF.

"Entah, aku pun tak pasti. Yang aku tahu nama dia Malik." Dali menambah lagi.

Sebenarnya, mereka juga tidak pasti. Walaupun Hariz ada di PAA sebagai perisik, maklumat masih tidak dapat keluar dengan banyak. Bagaikan ada sekatan yang menghalang maklumat daripada keluar.

"Ok. Aku pergi dulu ye. Nanti Tuan Hisham tu bising pulak. Nanti kita borak lagi." Zayn menepuk bahu Dali sebelum bangun dan berlalu keluar dari bilik rehat.

"Duduk Zayn." Setelah masuk ke dalam bilik mesyuarat, Tuan Hisham mempelawa Zayn untuk duduk bertentangan dengannya.

Zayn mengerutkan dahi. Dia sangka ramai yang ada dalam bilik itu memandangkan Tuan Hisham kata ada mesyuarat. Tapi, hanya mereka berdua sahaja di situ.

"Tak payah hairan Zayn. Memang kita berdua ja." Tuan Hisham memandang wajah Zayn yang bagaikan tertanya-tanya itu.

"Sebenarnya, saya panggil awak sebab ada maklumat yang saya dapat dari Hariz." Tuan Hisham menghulurkan pendrive kepada Zayn.

Huluran itu disambut dengan muka yang masih lagi berkerut.

"Ni rakaman suara Hariz. Awak balik kaji betul-betul. Saya pun belum tengok lagi maklumat tu. Nanti apa-apa awak bagitahu saya. Ok saya terpaksa pergi, awak boleh mula kerja awak." Tuan Hisham bangun dari kerusi dan keluar meninggalkan Zayn yang masih lagi tertanya-tanya dengan pendrive di tangan.

***

Usai membersihkan diri, Zayn merebahkan badan ke atas katil. Terasa penat badan. Dia hanya memakai seluar paras lutut tanpa baju memandangkan cuaca di luar masih panas walaupun hari sudah malam.

Dia mengiring ke arah kanan. Tiba-tiba, satu objek berwarna biru gelap yang diletakkan di atas meja menarik perhatiannya. Dia bangun dan mengambil objek itu. Baru teringat, Tuan Hisham menyuruh dia menganalisis dahulu maklumat daripada Hariz itu.

Dia ke arah almari dan mengeluarkan komputer riba. Pendrive itu dicucukkan ke tempat sepatutnya. Earphone dicucukkan ke lubang telinga dan dia mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari lubang-lubang kecil di hujung telinga.

TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now