Bab 15

7.8K 354 2
                                    

Dalia memarkirkan kereta di taman yang berdekatan dengan kondonya. Memandangkan hari ini adalah cuti dan dia tidak perlu ke PAA, dia mengambil keputusan untuk berjogging bagi meningkatkan stamina badan.

Ditambah pula, tugasannya sebagai 'pembunuh upahan' akan dia laksanakan esok untuk satu lagi kes penyeludupan dadah.

Dalia sudah bosan apabila menerima tugas yang berkaitan dadah. Dia juga tidak tahu macam mana banyak sangat penyedar yang tidak bertanggungjawab. Walaupun sudah banyak yang tertangkap, tetap juga ada lagi yang menjadi pengganti.

Sedang asyik berjogging, dia dikejutkan dengan satu suara dari belakang. Rasanya dia kenal dengan suara itu. Dia menghentikan langkah dan memusing ke belakang.

"Encik Malik! Buat apa kat sini?" Dalia melemparkan senyuman kepada Malik yang sudah berada di hadapannya.

"Jogging. By the way, tak payah la nak ber'encik' dengan saya. Kat public just call me Malik. Lagipun, kita kan kawan?" Malik menghulurkan tangan dan huluran itu disambut mesra oleh Dalia.

Semakin senang kerja Dalia apabila dia dan Malik sudah berbaik.

Mereka sama-sama berjalan beriringan. Malik masih leka dengan telefon bimbit di tangan. Kata nak jogging, alih-alih main phone.

"Awak dah lama kat PAA?" Dalia menyoal. Niat sebenar adalah untuk mengorek sebanyak mana maklumat yang boleh menyelesaikan misinya.

Setiba di kerusi yang diperbuat daripada simen dan batu, mereka duduk di situ. Dalia membuka penutup botol air mineral dan dituangkan ke dalam mulut. Dia masih menanti jawapan dari Malik.

"Actually, baru 3 tahun saya kat PAA. Dulu, saya tak minat sangat, tapi memandangkan pemilik sendiri yang minta, saya terima je la tawaran dia." Malik melingkarkan tangan ke tempat sandar pada belakang Dalia.

"Kenapa awak terima kalau awak tak nak?" Dalia masih memandang ke arah laluan yang dibuat dengan susunan bata-bata berwarna merah.

"PAA tu sebenarnya yang papa saya punya. Saya ni satunya anak dia, jadi saya la yang kena ambik alih." Malik menerangkan lebih terperinci.

"Tapi, kenapa awak tak jadi trainer ke? Maksud saya kenapa awak just jadi manager? Tak teringin ke nak sertai misi? Dalia memusingkan kepala melihat Malik.

"Papa tak izinkan. Tapi, saya ada jugak curi-curi pergi training dekat EMA." Dalia mengangguk faham. Baru dia tahu mengapa Malik bersikap begitu.

Setelah selesai berjogging dan bersembang, Malik mengajak Dalia pulang. Mereka berjalan ke tempat parkir kereta.

Dalia mengangkat tangan ke arah Malik yang sudah berkira-kira masuk ke kereta dan dibalas dengan lambaian daripada Malik.

Hari-hari cuti begini la baru Dalia ada masa ke dapur. Kalau tidak kat kantin ja dia makan. Nugget di dalam peti sejuk di bawa keluar bagi menghilangkan ais.

Deringan telefon di meja kopi menghentikan niat Dalia. Dia membawa langkah ke arah meja kopi, panggilan telefon daripada private number diterima.

"Hello?"

"Dalia! I really really really miss you!"

Dalia mejauhkan sedikit telefon dari telinga. Mendengar jeritan dari corong telefon itu sudah membuatkan dia dapat meneka siapa yang berada di hujung talian.

"Ish... kalau rindu pun tak payah la jerit. Bila kau balik weh. Jom jumpa."

"Ok. Boleh. Kau bila free?"

"Hari ni aku off. Boleh la kalau nak jumpa."

"Ok. Jumpa kat tempat biasa. Bye"

Apabila talian dimatikan dari hujung corong telefon, Dalia kembali ke arah peti sejuk dan memasukkan kembali nugget ke dalamnya. Niat nak memasak sudah terbantut dek kerana terlebih excited nak berjumpa Jenna. Bukan senang nak berjumpa wanita seorang itu. Balik pun jarang-jarang. Jenna merupakan kawan rapat Dalia. Jenna juga merupakan seorang assassin, tapi dia bekerja di Rusia.

Dalia ke bilik untuk menukar pakaian. Seperti biasa, dia hanya mengenakan singlet putih dan jaket kulit hitam. Hitam merupakan warna simbol Dalia. Rambut diikat satu dan kunci kereta di dalam laci meja solek dicapai.

TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now