Bab 23

7K 321 0
                                    

Dalia sudah berada di dalam kereta. Dia mengikuti ke mana sahaja lori di hadapan pergi. Mengikut maklumat daripada Jason, memang lori itu telah diubahsuai menjadi lori yang membawa cip. Akan ada pengawal bersenjata di dalam. Bermakna, agak susah untuk melepasi halangan itu.

Sebab itu Dalia masih memandu. Separuh dari Bravo juga sudah menunggu di persimpangan dan yang selebihnya masih di belakang Dalia.

Apabila tiba di simpang nanti, mereka akan menyerang dengan melencongkan arah lori. Dalia dari tadi lagi berdebar. Harapannya, biarlah misi kali ini berjaya supaya anak bangsa dapat diselamatkan daripada najis dadah.

"Miss Dally, kami dah block jalan. Kat sini dah tak ade kereta. Jalan clean." Suara seseorang dari dalam telinga membuatkan Dalia lebih yakin. Dia masih memandu.

"Baik. Awak tunggu je situ. Saya dengan 'tail' yang lain akan follow. Awak dah boleh arah yang lain ke sana. Kami dah tak jauh. Dalam lima minit lagi 'pakej' akan sampai."

"Baik Miss."

"Mat, aku rasa macam ada yang tak kena la. Kau cuba tengok kereta hitam belakang tu. Dari tadi lagi ikut kita. Ni dah nak sampai jalan sunyi, takkan dia nak ikut jugak." Suid yang sedang memandu mula menyuara. Dia perasan kereta itu dari tadi lagi di belakang. Namun, dia tidak pasti siapa pemandunya memmandangkan cermin agak gelap.

"Ish tak la. Normal la tu. Kau tu yang takut. First time kan? Tak de lah." Lelaki yang dipanggil Mat oleh kawannya tadi menyedapkan hati.

Selepas lori memasuki simpang, lima biji kereta datang dari arah hadapan dan empat biji di belakang. Lori itu sudah terperangkap di tengah-tengah. Sudah tiada arah. Kalau dirempuh pun agak sukar walaupun lori itu besar. Akhirnya, Suid membuat keputusan untuk menghentikan lori tersebut.

Bravo sudah keluar dari kereta dan ke arah pintu hadapan lori. Pistol diacukan sambil menarik pemandu lori dan pembnatunya keluar.

Dalia buka pintu belakang dengan berhati-hati. Beberapa ahli
Bravo di belakang untuk melindungi team leader mereka jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Tiba-tiba bunyi tembakan didengari. Cepat-cepat mereka bertindak. Terdapat empat orang lelaki bersenjatakan senapang dengan pakaian serba hitam menutup muka keluar. Berlakulah aksi berbalas tembakkan sehingga tiga orang daripada lelaki itu mati ditembak. Seorang lagi berjaya diberkas.

Dalia naik ke atas. Lori itu mengandungi cip bagi mengaburi mata masyarakat. Di dalamnya ada tersimpan dua kotak besi yang mengandungi dadah asli dan satu lagi adalah senjata api untuk diimport dan dijual.

Bunyi siren telah menyebabkan ahli Bravo menjadi kalut. Cepat-cepat mereka masuk ke kereta. Nasib baik sempat mengambil dua kotak tersebut. Kalau tidak, jahanam lagi misi kali ini.

Mereka berjaya melarikan diri. Setelah sampai ke PAA, semua bersorak. Senyuman Dalia sudah membuatkan mereka gembira. Selama enam kali gagal misi berturut-turut. Akhirnya mereka berjaya juga hasil pemimpin perempuan.

Kotak-kotak tadi dibawa ke stor. Nanti, akan ada pasukan yang bertanggungjawab datang untuk memusnahkan semua itu.

Dalia melepaskan keluhan. Dia gembira sekali.

Kaki dibawa ke pejabag. Namun, masih hampa. Malik dan Marie belum lagi pulang dari kerja luar. Akhirnya Dalia mengambil keputusan untuk berehat di biliknya yang pernah dia duduk dulu.

Sarung tangan ditanggal. Jaket juga ditanggalkan sehingga tinggal singlet hijau tua. Katil menjadi tempat sasaran. Masih ada senyuman di wajahnya. Senyuman bahagia dan bangga dengan diri sendiri.

Telefon berdering. Dengan malas Dalia mencapainya. Nama tertera mematikan niatnya untuk terus tidur. Dia bangun. Makin bertambah gembira bila waktu-waktu begini uncle telefon.

"Hello girl! Congrate."

"Thanks uncle."

"So, dapat apa dalam mission tu?"

"One box of drug and another is guns."

"I see... ok. Bila Tango nak datang musnahkan benda-benda tu?"

"Diorang cakap ASAP. Nanti pape hal Dally inform. Oh ye. By the way dah ada kat sana tu, jangan la lupa ole-ole."

"Hmm. Ok. Nanti uncle belikan. Dally ada nak cakap dengan aunty ke?"

"Eh tak apa lah. Kirim salam je kat aunty. Nanti Dally datang banglo. Bye."

"Bye."

Talian terus dimatikan dan Dalia kembali tidur.

TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now