SPECIAL CHAPTER

10.1K 413 14
                                    

Enam bulan kemudian...

Malik dan uncle Zamarul sedang berdiri di hadapan pintu utama PAA. Mereka akan menyambut kehadiran seseorang yang sangat istimewa.

Sebuah kereta BMW hitam berhenti. Seorang lelaki dalam suit hitam yang terdapat sesuatu di telinga membukakan pintu. Seorang wanita keluar dari kereta tersebut. Dia berjalan sedikit ke hadapan.

Cermin mata hitam ditanggalkan.

"Welcome back Dalia Ufaira. After 7 months, finally still standing here."

Dalia mengalihkan pandangan pada logo PAA. Dia tersenyum megah. Wajah Malik dan uncle Zamarul juga dipandang silih berganti.

Dua orang lelaki yang amat dia sayangi. Selalu memberikan semangat sehingga dia masih kukuh berdiri di sini saat ini.

Beberapa saat kemudian sebuah lagi kereta memasuki pagar dan berhenti di belakang Dalia. Seorang lelaki juga dalam suit hitam membukakan pintu.

Dalia tersenyum melihat gerangan yang keluar dari perut kereta. Setelah mendekatinya, cermin mata ditanggalkan.

"Welcome to PAA Mr Zayn Mikhail." Dalia memegang dada dan menunduk.

Flashback...

Malam misi...
Dalia sudah perasan Hariz akan menembak Zayn. Dia cuba berbuat sesuatu. Akhirnya datang idea yang dia rasa boleh mengaburkan mata lelaki itu. Sebenarnya, isyarat mata sudah diberikan pada Zayn.

Mereka cuba berlakon seperti Dalia benar-benar ingin menembak Zayn. Namun, tembakan yang dilepaskan adalah bertujuan untuk menghapuskan Hariz yang sudah siap sedia di belakang Zayn.

Flashback...
Tanah perkuburan...
Dalia dan uncle Zamarul melawat kubur Tuan Hisham dan Hariz. Walaupun Dalia membenci Hariz, dia kasihan pada lelaki itu.

Lelaki itu hanyalah mengikut arahan yang diberikan Tuan Hisham. Dia tidak tahu menahu. Memandangkan dia yang paling setia, Tuan Hisham telah mengaburkan matanya.

Kau dia masih hidup sekarang, pastinya Dalia akan kembalikan Hariz ke PAA untuk berkhidmat dengannya.

Flashback end...

"Thanks. Agent Dalia Ufaira." Senyuman dihadiahkan.

Mereka beriringan jalan ke arah Malik dan uncle Zamarul.

"Welcome to PAA my baby brother." Malik memeluk Zayn. Sudah lama merindui untuk memeluk adik lelakinya itu. Selama enam tahun, mereka tidak berhubung. Itu pun adalah sebahagian daripada rancangan uncle Zamarul juga.

"Pa. Finally I'm here. Standing in front of you. Take over PAA." Tangan didepa pada uncle Zamarul.

"That's my boy." Depaan tangan disambut dengan pelukan daripada uncle Zamarul.

Akhirnya, keluarga uncle Zamarul dapat bersatu seperti sedia kala. Mereka meraikannya di hadapan PAA yang susah payah dibangunkan oleh uncle Zamarul sendiri.

Sebenarnya, Zayn merupakan anak bongsu uncle Zamarul yang diberi kepercayaan untuk masuk ke AAWF tanpa bantuan sesiapa. Dia akan menolong uncle Zamarul untuk menghancurkan pengkhianat yang menjadi musuh papanya.

Identiti sebenar Tuan Hisham pula ialah penghianat. Sanggup membunuh kawan baik sendiri semata-mata nak dikenali. Sanggup berdendam untuk seorang perempuan yang tidak suka padanya. Dan sanggup menggunakan anak sebagai spy walaupun dia tahu kerja itu sangat berisiko.

...END...

Officially end.
Thanks my beloved reader.

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now