Bab 19

7.1K 345 0
                                    

"Macam mana boleh kena ceroboh? Bukan ke tak ada orang dapat masuk kawasan ni kalau tak ada pas?" Dalia memeriksa laci yang menyimpan maklumat peribadi Bravo dan Falcon yang berselerak. Ada yang sudah di lantai. Ada yang sudah terkeluar dari fail.

Malik hanya memerhati. Tangan diletakkan di dagu gaya berfikir. Sebenarnya, dia juga tidak tahu apa-apa. Datang sahaja pagi tadi, sudah berselerak. Yang membuatkannya lagi hairan, pintu tidak ada kesan-kesan diceroboh langsung.

"Malik. Awak rasa tak apa yang saya rasa? Dalia memandang muka Malik dengan pandangan yang penuh makna. Dia berharap Malik dapat menangkap apa yang ada dalam kepalanya saat ini.

Jari dipetik mengeluarkan bunyi sebelum muka diraut. Nafas dihembus kuat. Malik sudah dapat meneka apa yang ada dalam fikiran Dalia.

"Maksud awak, orang dalam?"

Anggukan Dalia menjawab soalan itu.

Mereka kembali ke pejabat. Mereka perlu berbincang soal ini. Jika lama dibiarkan, PAA akan musnah.

"Awak ada syak sapa-sapa ke?" Pertanyaan Malik menyedarkan Dalia. Dalam kepala hanya ada seorang. Hariz! Tapi, dia tidak ada bukti untuk menuduh lelaki itu.

Dalia hanya menggeleng. Kalau dia cakap yang dia syak Hariz, pastinya Malik akan mengambil tindakan. Baginya, biarlah dia betul-betul pasti dahulu siapa dalangnya sebelum tindakan diambil.

"Dekat bilik tu ada CCTV tak?" Dalia mendapat idea. Mungkin CCTV boleh membantu.

"Tak. Tapi kat luar bilik tu ada. Bilik tu terlalu sulit untuk nak pasang CCTV."

"Ok. Can you help me Malik."

Malik mengangguk laju.

"Awak tengok ni, tak de apa-apa pun." Mereka berdua berada di hadapan komputer. Rakaman CCTV pada malam semalam ditilik. Tapi, tiada apa-apa yang mencurigakan.

"Bilik tu tak boleh masuk ikut laluan lain, tapi macam mana pulak boleh tak ada jejak ni? Malik masih tidak puas hati. Dia terus-terusan memainkan rakaman tersebut.

"I got clue!" Dalia memetik jari sehingga menarik perhatian Malik.

Wajah Dalia dipandang penuh tanda tanya. Malik menganggukkan kepala membuat isyarat.

"Saya rasa CCTV dah kena hack."

"Maksud awak, orang yang buat kerja ni, orang dalam? Orang PAA jugak?"

"Dalia mengangguk laju. Dari awal tadi dia sudah menyuarakan. Tapi, Malik tidak percaya.

"Ok tak apa. Kalau macam tu saya akan siasat." Dalia sudah berkira-kira untuk meninggalkan bilik pejabat setelah menyuarakan kesanggupanya untuk menyiasat. Tiba-tiba tangan ditarik. Dia melihat tangan yang memegang tangannya sehingga sampai ke mata pemilik tangan itu.

"Kita akan siasat." Tangan Dalia dilepaskan. Malik sudah tersenyum kepadanya. Perkataan kita sengaja ditekankan. Mengapa Malik semakin aneh perangainya? Dalia hanya membalas senyuman dan berlalu ke luar.

Dia perlu menjalani latihan. Walaupun ada perkara yang perlu disiasat, tugas tidaklah harus dilupakan.

Bravo akan menjalankan misi penting bulan hadapan. Oleh itu, latihan terpaksa diperbanyakkan untuk mengekalkan stamina ahli-ahlinya.

Selepas Dalia hilang dari pintu, Malik menyandarkan kepala ke kerusi yang dia duduk. Dia tersenyum senang. Senang hati dapat berduaan dengan Dalia tadi. Rasanya, Dalia satunya perempuan yang dia boleh bersembang. Kalau sebelum ini, dia tidak langsung boleh 'masuk' dengan mana-mana perempuan. Baginya, semua perempuan adalah makhluk yang lemah dan menyusahkan.

Namun, bukan Dalia. Rasa suka mula berputik. Adakah ini yang dinamakan cinta?

Malik menggeleng kepala apabila teringatkan perasaannya yang sudah semakin gila. Dia juga keliru nak melayan atau tidak perasaan ini. Akhirnya, dia bangun menuju ke kantin untuk membasahkan tekak.

TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now