Bab 33

7.6K 339 0
                                    

"Jadi, Tuan Hisham yang buat onar dalam AAWF. Betapa bodohnya kami percayakan dia. Thanks Faira, kalau awak tak ada,tak tahu lah saya macam mana. Mungkin saya still jadi lembu dia."

Dalia senyum. Akhirnya.

"Ye, tapi misi kat port tu, awak kena terlibat tau." Pinta Dalia.

"Of course."

Tanpa mereka sedar ada sepasang mata sedang memerhati mereka dari bangunan yang letaknya dua kilometer dari hadapan.

Uncle tersenyum melihat dua orang itu. Moga-moga hubungan mereka terus baik.

***

"Hei Zayn! Kau ingat, kau dah ambik tempat aku, dah dapat kepercayaan Tuan Hisham, kau boleh jadi leader. Kau ingat sikit. Sebelum kau datang, aku satunya leader untuk AAWF ni. Kau jangan ingat kau layak!" Hariz berlalu pergi. Selepas dimarahi Tuan Hisham tempoh hari. Dia melepaskannya kepada Zayn memandangkan kata Tuan Hisham, Zayn yang akan menggantikan tempatnya.

Zayn masih beriak bersahaja. Dia ke arah vending machine. Kedatangan Fuad bagaikan seperti dipinta.

"Fuad, aku dah tahu aktiviti Tuan Hisham. Dia sebenarnya nak jadikan kita lembu dia. Dia haramkan AAWF." Zayn seakan berbisik memandangkan tempat itu terbuka.

"Mana kau tahu?"

"Ada la orang PAA cakap. Sebab tu diorang serang lori cip tu. Pasal pub tu pun sama. Takkan la diorang nak rampas cip. Buat apa diorang nak." Kata-kata Zayn dibalas dengan anggukan.

"Jadi, PAA suruh aku pergi jugak misi kat port tu. Dia suruh jadi saksi bila diorang nak dakwa Tuan Hisham nanti. Kau ok."

"Aku ok je. Dah tak sabar. Dah lama kita kena tipu Zayn."

"Bagus la. Aku akan terus berhubung dengan PAA."

"Ok." Selepas berbual, kaki dibawa ke haluan masing-masing.

***

"Kenapa Tuan turunkan pangkat saya?" Hariz bertanya. Ada nada geram dalam ayatnya. Dia sakit hati diperlakukan begitu oleh Tuan Hisham.

"Kenapa? Sebab kau tu tak boleh harap! Bodoh! Kerja senang pun tak boleh nak buat! Dia sepuluh kali lebih layak dari kau! Dah keluar! Aku malas tengok muka kau!" Tuan Hisham keluar dari bilik pejabat. Masih marah pada Hariz. Pintu dihempas kuat sehingga jam yang tergantung di bahagian atas terjatuh dan pecah berderai.

Hariz menggenggam penumbuk. Sakit hati pada Tuan Hisham sakit hati lagi pada Zayn yang kononnya sepuluh kali lebih layak darinya.

Sedang asyik Zayn menjamu selera di kantin bersama Fuad, Hariz datang membuat kacau. Dia menarik kolar baju Zayn dan melepaskan satu tumbukan sehingga membuatkan ada cecair merah mengalir.

"Ni sebab kau rampas kedudukan aku dalam AAWF." Sekali lagi tumbukan dilepaskan. Kali ini mengenai pada tempat yang sama. "Ni sebab kau rapat dengan Tuan Hisham! Hariz berlalu selepas melepaskan amarah.

Fuad membantu Zayn untuk bangun. Lelaki itu nampak sakit. Cecair yang keluar dari tepi mulut dilap dengan kain sapu tangan.

"Kenapa tu?" Zayn hanya menggeleng perlahan. Rasa kebas sebelah muka. Power jugak tumbukan Hariz itu.

"Hei! Kau dah gila ke? Kenapa kau pergi tumbuk si Zayn tu. Macam mana kau tumbuk dia pun, aku tak kan naikkan balik kau jadi leader. Kau sedar sikit! Tak habis-habis nak bagi aku marah." Tuan Hisham makin membara. Sejak Hariz ke sini, banyak masalah yang timbul. Tambah pula lusa misi di port akan dilaksankan. Semakin serabut otak memikir.

***

Zayn melihat mukanya pada cermin, lebam dan pecah, itulah gambaran mulutnya. Sakit, kebas semua rasa sedang bercampur.

Dia kemudiannya membawa kaki ke balkoni, dia sudah berjanji akan berbincang dengan Dalia pasal misi lusa. Wanita itu sudah menunggu di sana.

"Sorry awak, lewat sikit keluar." Permintaan maaf dibuat setelah dia melihat Dalia sudah berada di balkoni. Mungkin sudah lama menunggu.

"Kenapa dengan muka awak Mikhail? Lebam-lebam ni?" Riak risau pada wajah Dalia menyenangkan hati Zayn.

Dia ketawa senang.

"Tak de pape lah. Sikit je ni?" Masih berdalih. Zayn cuba menyorokkan benda yang terjadi.

"Betul? Ke... Hariz pukul awak?" Dalia menyilangkan tangan. Macam tahu ja, macam ada magik perempuan ni.

"Macam tu la." Jawab Zayn perlahan.

"Saya dah agak dah. Awak hati-hati tau. Dia tu bahaya. Dia pernah tembak saya yang perempuan ni." Dalia cuba memberi amaran. Dia bimbang Zayn akan diapa-apakan.

Zayn tersenyum senang. Semakin dia senang dengan gadis ini.

TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now