Bab 4

9.5K 453 3
                                    

"Weh tu tengok perempuan tu."

"Aku dengar tu team leader baru kita."

"What?"

"Team leader kita gegirl? Menarik!"

"Boleh ke nak jadi team leader?"

"Macam adik aku je. Ha ha"

"Boleh try ni."

"Boleh sangat! Ce try, kot-kot sangkut."

"Hai.."

Semasa melalui bilik latihan, banyak suara-suara sumbang sedang berbisik sendiri setelah melihat Dalia. Dia hanya tersenyum bersahaja.

"Korang tunggu la nasib korang nanti."

Dalia bercakap sendiri dalam hati. Mata tertarik pada seorang lelaki yang berada di hujung sekali. Rasanya dia pernah tengok kelibat lelaki itu.

Dia hanya melihat dengan pandangan yang kosong. Berkali-kali dia mengingatkan diri supaya tidak membuat perkara yang boleh memalukan diri sendiri.

Menegur team members pun boleh dianggap memalukan diri tau tak?

Mata memanah wajah setiap seorang manusia yang berdiri di hadapannya. Dia harus bersikap profesional untuk memastikan dia dihormati.

"Ok Bravo, ni adalah team leader baru awak semua. Meet Miss Dalia Ufaira."

Semua di situ bertepuk tangan dan ada juga yang bersiul gaya nak ngorat. Seronok mereka dapat team leader baru.

Dah la perempuan, cantik pulak tu. Mahunya ada yang tak lena tidur malam ni.

Dalia yang dari tadi diam sudah mula bersuara. Bukak sahaja mulut, tergamam semua yang ada. Ada yang sampai ternganga. Ada yang keluar peluh. Gerun! Ni perempuan ke hitler.

"Aku agen Dalia Ufaira. But you can call me agen Dally. Aku ada rules sendiri kat sini. Kalau korang betul nak duduk bawah aku, korang kena ikut arahan aku. Jangan membantah. Ingat! Woman is always right! Kalau tak... korang ingat lagi kes CEO Sinaran Holding yang mati dekat kondo dia tu? That's my work! Sekarang korang dah tahu kan misteri tu.? Once again kalau taknak mati tanpa kesan, ikut arahan aku."

Selesai membuka mukaddimah, Dalia menyilangkan tangan ke badan. Rasa macam nak gelak guling-guling dia bila tengok perubahan muka 'lelaki-lelaki sejati' yang ada kat depan sekarang ni.

Dalia nampak muka lelaki yang macam dia kenal itu tiada riak. Malah lelaki itu mencebik tapi masih terkawal.

Yakinlah Dalia dia adalah orang sama yang dia jumpa dua tahun lepas.

Tapi kenapa? Kenapa dia dalam team ni. Atau... dia pengintip.

Patutlah lately ni team ni macam ada yang tak kena! Setiap kali misi mesti fail.

Sewaktu memeriksa file team Bravo semalam, Dalia tertarik dengan seorang ahli dalam team itu.

Hariz ...

Aku akan singkirkan kau! Selagi aku bertanggungjawab dalam team ni, kau takkan boleh jalankan tugas kau dengan baik.

Dalia bermonolog sendiri.

Ingin sahaja dia bertanya benda yang betul kepada Hariz memandangkan lelaki itu hanya seorang di sini. Kalau dia nak singkirkan, sekarang pun boleh.

Tapi, dia perlu bersabar! Mungkin akan ada maklumat lain yang bakal dia dapat nanti.

Kaki kemudiannya diayunkan ke arah pintu. Dia perlu menukar pakaian untuk latihan seterusnya.

TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now