Bab 26

6.8K 315 0
                                    

Pejabat menjadi sasaran Dalia. Hari ini, dia akan beritahu Malik hal sebenar berkaitan Hariz atau Imran Isa. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum tombol dipulas. Dia cuba tersenyum.

"Eh, Dalia, come!" Malik menyambut mesra kedatangan Dalia. Dia memperlawa Dalia duduk di kerusi bagi perbincangan yang dia rasa agak formal. Kalau tidak, takkan Dalia beria-ia baca doa bagai tadi. Dia nampak melalui cermin pintu.

"Er... Malik... Saya nak cakap something yang akan buat awak terkejut." Tergagap Dalia menyusun ayat. Dia takut Malik tidak dapat menahan amarah nanti.

"Eh. Jap. Kenapa ni? Macam serius sangat je." Malik menutup buku laporan. Dia menolak je tepi dan menongkat tangan ke dagu sambil memandang tepat mata Dalia.

Dalia jadi tidak keruan. Dia tidak boleh jika ada yang merenungnya begitu. Tambah pula waktu ada benda yang penting dia akan cakap. Jika tidak dia akan jadi gagap untuk bersuara.

"Jangan pandang macam tu boleh?" Suara sedikit tegas.

Malik hanya tersenyum. Dia mengalihkan pandangan.

"Ok you better tell now." Arahan sudah Malik keluarkan.

"Sebenarnya, ada spy dalam Falcon." Nafas dihembus kuat. Dia takut dengan reaksi yang bakal Malik tunjukkan. Namun, seperti biasa, Dalia kembali terkejut. Tiada tanda-tanda Malik terkejut atau marah. Tenang sahaja riaknya.

"Dah lama awak tahu? Ke baru je?" Malik kembali bertanya. Tangan ligat menyambung kembali kerja yang dia tinggal tadi. Senyuman masih di bibir.

"Dari hari first saya kat sini lagi. Awak tak terkejut ke?" Dengan wajah yang hairan, Dalia kembali bertanya.

Malik membawa mata ke wajah Dalia.

"Jadi awak kenal la?"

"Dia yang 'ukir' parut kekal dekat kaki saya." Malik mengangguk sebelum dia mendekatkan wajah ke arah hadapan.

"Dally, papa yang nak simpan dia untuk kita bongkarkan aktiviti AAWF tu. Dally tahu kan? AAWF tu bukan yang orang lain sangka. Berselindung di balik nama je." Malik merendahkan nada gaya berbisik. Kali ini bukan perbincangan antara pengurus dan ejen. Tapi, sebagai abang dengan adik angkat.

"What? Betul ke semua ni abang? Dally ingat AAWF tu pasukan khas yang dapat sokongan kerajaan sebab diorang rekrut budak-budak SF." Dalia makin menghampirkan wajahnya ke Malik. Takut-takut ada yang dengar.

"Ha. Sebab tu la, papa tak masuk pejabat sejak si Imran Isa tu masuk sini. Sebabnya, papa dah tahu helah diorang. Diorang sebenarnya tuduh PAA yang buat kerja haram. Kononya, PAA ni buat kerja bunuh membunuh. Tapi, diorang bodoh sebab tak tahu yang kita bunuh orang yang tepat." Kata-kata Malik mengundang kerutan di dahi Dalia.

"Sebenarnya, Dally syak ada sorang lagi spy kat sini." Dalia bercakap tanpa suara. Hanya mulut yang kumat-kamit. Cukup untuk difahami Malik.

Anggukan menjadi respon pada kenyataan itu.

"Abang tahu. Tapi, kita tak dapat tahu lagi siapa. Dally ada syak someone?" Kening Malik dinaik dan diturunkan beberapa kali.

Dalia sudah serba salah. Perlu kah dia bagitahu yang dia pernah syak lelaki yang ada di hadapannya sekarang ini sebelumnya. Dia gigit bibir bawah. Muka sudah cuak. "Ah Dalia, cakap je lah. Terus terang je."

Wajah Malik yang masih tersenyum lagi menaikkan ketakutan pada wajah Dalia.

"Kenapa? Dally rasa, abang spy yang sorang lagi tu?" Malik buat-buat muka garang. Dia hendak ketawa tengok muka Dalia yang sudah ditundukkan. Kemudian letusan ketawa terjadi menyebabkan Dalia sudah hendak menangis. Menangis bukan sebab takut, tapi malu.

"Sorry, Dally mana la tahu. Abang sorang je yang sesuai dengan spy yang sorang lagi tu mengikut siasatan Dally." Kepala masih tunduk.

"Nonsense la Dalia Ufaira. Ok look. Honestly, abang dah syak someone. Tapi baru syak la. And, I need your help. Dekati dia." Kepala dibenamkan ke kerusi beroda empat itu. Senyuman senget pula kali ini yang terukir.

Dalia angkat kepala. Dia merenung wajah Malik. Anggukan dan senyumannya terukir setelah dia juga sudah dapat menangkap siapa spy yang Malik syak itu.

TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now