Bab 2

12.1K 494 7
                                    

Upacara tamat latihan di SFC(Special Force College) meriah sekali. Bertambah meriah dengan kehadiran pegawai-pegawai berpangkat besar.

Di dataran sedang berlangsungnya acara kawad berirama dan persembahan daripada para pelatih.

Waris-waris yang dijemput dikumpulkan di khemah khas yang boleh menampakkan semua acara dari sana.

Zayn Mikhael tersenyum bangga. Dapat menyarungkan suit serba hitam dengan memegang senapang sudah membuatkan dia rasa gembira. Lima tahun menghabiskan masa di pusat latihan tanpa langsung dapat keluar adalah pengalaman yang paling pahit dalam hidup.

Hari ini bukan sahaja dia, malahan semua rakan sebatch dengannya sudah dapat menikmati udara di luar. Pasti nyaman sekali.

Kehidupan di pusat latihan ini sangat mencabar mental dan fizikal. Setiap hari ada sahaja yang di'tendang' keluar kerana tidak tahan dengan latihan yang sangat mencabar.

Mujur sahaja hatinya kental, kalau tidak, mahunya dia pun lari.

"Zayn kau menung apa?"

Tepukan di bahu menyedarkan Zayn yang masih menyandar di sebuah pokok. Dia berpaling.

"Tak de la. Aku rasa sedih pulak nak tinggalkan tempat ni."

"Sedih? Kau dah gila ka apa? Orang lain happy nak blah dari sini, kau boleh pulak sedih? Are you lost your mind?"

Tumbukan di bahu disambut dengan ketawa. Mata sudah beralih kepada sekumpulan pelajar baru yang sedang mengusung makanan untuk diberikan kepada mereka. Teringat pula Zayn zaman dulu-dulu.

"Kau ingat lagi tak Ash, dulu waktu first kita masuk sini? Tu... cuba kau tengok student baru. Dulu kita macam tu la. Jalan tunduk je."

Ketawa Ash sudah pecah. Mana tidak ingatnya. Dulu nak jumpa senior pun tunduk je. Takut punya pasal. Muka-muka senior pulak dah macam pembunuh bersiri. Tak pernah nak senyum.

"That how time flies. Will miss our memory Zayn."

Sekali lagi tumbukan hinggap di lengan Zayn. Itu la cara mereka bermesra. Agak kasar tapi, dengan cara itu juga mereka semua satu kumpulan boleh bersama.

"Kau dah dapat tawaran belum Ash? Aku dengar Zahid dapat tawaran dengan ADF(Anti Drug Force)."

"Belum, ye la aku bukan terer macam korang. Sipi-sipi ja. Kau dah dapat?"

Sarung tangan separuh jari di tangan ditanggalkan dan diletakkan ke atas lutut.

"Dah. Tapi jauh la. Aku dapat AAWF(Anti Assassin and Weapons Force)."

"Wow. Kau tahu tu impian aku tau. Kalau aku masuk AAWF, mak aku buat kenduri 3 hari 3 malam. Caya la bro. Bukan calang-calang orang dapat masuk. I am proud of you."

Ash menunjukkan gaya tabik.

Tergelak mereka.

Kehadiram Om di situ telah membantutkan perbualan mereka. Om adalah junior. Tapi, ketua platun sangat mempercayainya. Seorang yang boleh diharap dan sangat komited dengan tugas yang diberi. Dia juga salah seorang team leader yang hebat.

"Zayn! Kapten Arshad panggil ke pejabat."

Om berdiri tegak apabila bercakap dengan seniornya. Mereka sudah dilatih untuk menghormati antara satu sama lain.

Di pusat latihan ini, peraturan sangat ketat. Jika ada yang tidak mengikut arahan atau melanggar peraturan, dendanya boleh menyebabkan seseorang itu tarik diri dari sini.

"Baik Om. Saya segera ke sana."

Setelah Om melangkah jauh dari mereka, Zayn berlalu ke arah pejabat.

Tok!

Tok!

Masuk!

Setelah badan sudah berada di dalam bilik Kapten Arshad, pintu ditarik perlahan supaya tidak mengeluarkan bunyi.

Betapa berdisiplinnya pelatih-pelatih di SFC ini sampai tutup pintu pun tak boleh bunyi.

"Duduk Zayn."

Tenang suara Kapten Arshad memberi arahan.

File di atas meja ditutup dan disimpan ke dalam laci.

"Awak tahu tujuan saya panggil awak datang sini?"

"Tak tahu Kapten!"

Dengan badan yang tegak, Zayn bersuara. Walaupun duduk di kerusi, tubuh perlu berada dalam keadaan bersedia.

"Sebenarnya, saya nak ucapkan tahniah sebab awak dapat jugak habiskan latihan 5 tahun dekat sini. Dan, awak telah terpilih menjadi sebahagian AAWF. Saya sangat bangga dengan awak."

Huluran tangan disambut kemas. Senyuman lelaki Zayn terukir.



TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now