Bab 25

7K 315 0
                                    

"Bravo dah berjaya rampas lori cip tu. Kita dah tak boleh buat apa. Semakin kuat pulak Bravo tu sejak perempuan tu datang. Zayn, saya nak awak siasat cepat sikit siapa perempuan tu. Saya dah tak sabar nak hancurkan Bravo." Senyuman jahat terpacar pada wajah Tuan Hisham. Ahli-ahli mesyuarat yang lain hanya mengangguk faham.

Entah mengapa Zayn dapat merasakan ada sesuatu yang pelik pada Tuan Hisham. Dahulu, dia tidak lah seperti ini. Sejak daripada Bravo berjaya merampas lori tempoh hari, Tuan Hisham sudah bertukar personalitinya. Dia jadi kusut, kerja-kerja yang dilakukan juga tidak pernah siap. Jadi pemarah. Jika ada yang silap, pasti dimarahi.

AAWF yang lain juga perasan akan hal yang berlaku. Namun, mereka cuma mendiamkan sahaja. Mungkin lelaki itu punya masalah lain lagi.

"Weh! Kau perasan tak Tuan Hisham?"

"Aku pun rasa macam tu."

"Tapi kenapa.?

"Dia nampak desperate."

"Entah la. Sebelum ni, mana pernah dia marah kita."

"Dia ada masalah kot?"

Zayn terdengar beberapa orang sedang berbual mengenai Tuan Hisham di bilik rehat. Dia hanya mendengar tanpa memberi apa-apa respon. Dia malas la bergosip ni. Kalau terdengar oleh Tuan Hisham banti, apa pulak kata lelaki itu.

Fuad ke arah Zayn yang sedang asyik dengan telefon bimbit di tangan. Bahu Zayn ditepuk. Dia melabuhkan punggung di sebelah Zayn.

"Aku nak tanya sikit?" Fuad menongkat kepala dengan tangan sambil mata memandang tepat ke arah Zayn.

"Tanya apa? Tanyalah." Zayn berpaling ke arah Fuad.

"Kau perasan tak? Tuan Hisham tu dah lain sangat semenjak dua menjak ni?" Fuad sedikit berbisik. Takut ada yang terdengar perbualan sulit antara dia dan Zayn.

"Perasan jugak. Tapi kenapa? Dulu dia tak macam ni tau." Zayn juga merendahkan nada.

"Tahu. Aku rasa ada something ni. Kau nak tak kalau aku ajak buat something tu?" Kepala diangguk-anggukkan.

"Kalau untuk kebaikan, aku on je."

"Bagus! Memang baik pun. Nanti aku cakap kat kau apa benda yang kita kena buat tu." Zayn mengangguk faham.

***

"Hisham! Sekarang macam mana? Mana kau cakap pasukan-pasukan kau yang terlatih tu? Aku dah rugi banyak ni."

"Er... a...aku. Aku tak tahu pulak Bravo tu boleh bertindak cekap macam tu."

"Tu la masalah kau! Kau selalu sambil lewa. Dah banyak kali aku pesan, bertindak cepat. Ni kau nak tunggu jugak sampai lepas jambatan. Kau tengok semua dah terlepas! Aku tak kira, kau kena kerah semua team kau untuk misi kat port nanti. Kalau tak, dengan kau, dengan AAWF sekali musnah! Faham!"

"A...Alex jangan macam tu. Aku bukan tak buat kerja, cuma tak berjaya ja."

"Jangan banyak cakap la. Kau tu memang tak boleh harap. Aku dah cakap dari awal lagi dulu, aku tak nak kau. Kau yang beria-ia kan. So, kau tanggung!"

"Alex..."

Tut!

Tut!

Tuan Hisham membaling telefon ke dinding. Dia serabut. Sakit hati, kecewa, semua ada. Impian yang selama ini dia bina akan musnah kalau sekali lagi misi gagal. Dia buntu untuk berbuat apa. Kepala benar kusut.

***

"Kau ambik telefon ni, sorokkan. Kalau perlu guna, baru kau keluarkan. Jangan sampai si Dally tu tahu kau ada simpan phone." Hariz mengambil telefon bimbit yang hanya berfungsi untuk menelefon dan mesej ke dalam kasut sebelum dia terus dengan latihannya.

Si pemberi telefon itu mengeluh panjang. Dia juga jadi serabut apabila dapat tahu yang misi telah Bravo selesaikan dengan mudah. Pasti teruk Tuan Hisham memarahi dia dan Hariz nanti.

TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now