Bab 28

6.9K 325 0
                                    

"Marie! Kejap lagi tolong kumpulkan Bravo dengan Falcon dekat dewan. Saya ada benda nak cakap dengan diorang." Dalia menghampiri Marie yang baru keluar dari pejabat.

"Baik Miss. Tapi, Miss nak cakap apa?" Riak muka Marie sudah lain. Cuba mengorek apa yang ingin Dalia sampaikan kerana dia pastinya tidak dibenarkan untuk menyertai Bravo dan Falcon nanti.

"Tak de apa pun. Saya nak sembang-sembang je dengan diorang. Nak bincang pasal misi bulan depan." Dalia menghadiahkan senyuman pada Marie. Tangan ligat memulas tombol pintu pejabat sebelum dia masuk ke dalam.

Sofa menjadi sasaran Dalia menghenyakkan tubuh menghilangkan lelah. Kelibat Malik tidak pula kelihatan. Semenjak isterinya sudah pulang, semakin lewat pula datang kerja. Dalia memejamkan mata.

***

"

Fuad! Jap!" Fuan memandang ke belakang dan mendapati Zayn sedang memanggilnya. Dia mendekati dan mereka berdua bersembang di tangga.

"Kau dah dapat tahu apa-apa tak?" Zayn seolah berbisik. Takut didengari orang lain perbincangan mereka yang agak sulit ini.

"Belum. Kau?" Fuad juga begitu. Mereka sebenarnya sedang menyiasat pengurusan AAWF kerana mereka mencurigainya. Mereka perasan ada sesuatu yang tidak kena selepas kegagalan misi lepas. Selalu sahaja lelaki berpakaian kulit berwarna hitam keluar masuk dari bilik Tuan Hisham. Selepas mereka pulang, pasti angin Tuan Hisham tidak baik.

"Belum jugak. Tak pe, kita siasat lagi." Usai bersembang, masing-masing melangkahkan kaki ke hala tuju masing-masing.

***

"Hai awak! Busy ke? Lama saya tak nampak awak kat sini." Teguran daripada Dalia menyentakkan Zayn yang sedang melayan perasaan dan memikirkan soal kerja. Dia mengangkat kepala dan dipusingkan ke arah Dalia. Gadis itu nampak lain hari ini. Dia memakai tshirt hitam lengan panjang dan rambut disanggul tinggi. Nampak cantik. Nampak merah sedikit bibirnya, mungkin nak keluar.

"Ha ah busy sikit. Penat kerja. Awak nak pergi mana?" Zayn bertanya dengan mata tidak lepas-lepas memandang Dalia.

"Pergi mana? Eh. Tak pergi mana-mana lah. Sa...saya baru balik. Ha ah baru balik." Tergagap sedikit jawapan Dalia. Takut kalau ada yang syak. Dia sebenarnya akan keluar untuk menjalankan misi solonya lagi. Akan ada seorang lagi yang akan mati malam ini.

Zayn sudah lama memikirkan soal ini. Rasanya, dia patut memberitahu atau lebih tepat, mendapatkan pandangan Dalia mengenai masalah yang timbul di AAWF. Dia sudah percayakan wanita itu.

"Awak! Em... kalau...kalau saya nak share something, boleh tak? Awak sudi tak nak dengar?"

"Boleh je." Dalia ke arah hujung balkoni. Dia merapatkan tubuh di besi supaya dirinya dan Zayn lebih rapat. Kalau begitu tidak perlulah mereka terjerit-jerit. Jiran pun tak marah.

"Macam ni. Kat 'office' saya tu kan. Hari tu, kami ada tugasan. Sebelum ni, boss saya tu baik je melayan pekerja. Tup tup bila dah tugasan tu gagal, dia macam bukan diri dia. Dia dah berubah. Dulu dia baik tau, tapi sekarang ni... Bukan saya nak cakap dia tak baik, tapi dia dah berubah. Lepas tu, saya dengan kawan saya asyik nampak lelaki-lelaki misteri yang keluar masuk pejabat dia. Kalau diorang dah balik, mesti angin dia tak baik. Apa pendapat awak?" Zayn menerangkan panjang lebar. Tangan dimain-main serentak dengan mulut menceritakan.

"Awak kerja syarikat mana ni? Saya rasa la kan. Boss awak tu ada buat bisness dengan orang tak baik la. Tak pun dia ada share partner yang... awak tahu kan?" Pandangan daripada Dalia diambil serius. Bagi Zayn, ada juga betulnya. Mungkin dia akan menumpukan siasatan pada lelaki-lelaki itu dahulu sebelum kebenaran akan terbongkar.

"Maybe..."

"Maybe." Dalia menghadiahkan senyuman paling manis. Setiap kali tengok muka Zayn, pastinya dia tenang. Dia dapat rasakan ketenangan terutama bila tengok mata lelaki itu yang sudah macam mat saleh. Warna biru kot!

"Dah lewat ni. Awak masuk la. Tak elok perempuan duk luar malam-malam." Zayn menukar topik perbualan. Hajat di hati nak tengok Dalia senyum. Dia tahu, setiap kali dia tunjukkan sifat caring dekat Dalia. Pasti wanita itu akan senyum. Dan dia pasti, itu adalah senyuman yang ikhlas.

"Ok. Bye. Esok sembang lagi ye." Ada ketawa di hujung ayat Dalia. Dia masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu kaca itu. Rasa senang berkawan dengan Zayn. Tapi, rasa cinta, tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya.

Senyuman perlahan-lahan dikendurkan. Selepas sahaja jam menunjukan pukul 12 tengah malam hari ini, dia akan bertukar menjadi Miss Assassin.

TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now