Bab 29

6.9K 320 0
                                    

Hariz berjalan menyusuri lorong untuk ke dorm. Sampai sahaja, terus telefon dikeluarkan. Dia menaip mesej kepada Tuan Hisham mengenai apa yang disampaikan Dalia tadi. Seperti biasa, dia akan me'report' segalanya.

Malik dan Dalia sudah bersedia. Mereka akan menyerbu dorm. Idea Dalia ialah supaya membuat spot-check. Jika terjumpa apa-apa, mereka akan terus membuang Hariz dari PAA.

Di saat semua pelatih merehatkan tubuh yang kepenatan. Malik dan Dalia masuk ke dalam. Semua pelatih kembali berdiri dan menunjukkan hormat.

Dalia mengangguk pada Malik meminta supaya Malik sahaja yang bercakap. Dia sudah tidak sabar nak geledah. Tidak sabar nak singkirkan Hariz.

"Kami nak check dorm ni! Kami dapat maklumat ada antara korang semua ni yang bawak telefon. Benda terlarang. Dah banyak kali pesan, tapi tak jalan-jalan jugak. Masih juga nak bawak. Nak tunjuk keras kepala korang tu? Kenapa tak hantar surat resign je kalau tak nak ikut peraturan!" Apabila Malik bersuara, semua menunduk. Baru lah diorang semua tahu, Malik sudah naik marah.

Dalia mengalihkan pandangan ke arah Hariz yang berdiri di tepi almari peribadi yang dikhaskan. Nampak takut muka itu. Peluh di dahi sudah mendecit. Lalu dia senyum dalam hati.

Kini, Dalia pula diminta untuk bersuara.

"Keluarkan phone tu! Atau korang semua aku jemur tengah dataran tu. Cepat!" Masih tiada respon. Senyap sunyi keadaan. Hanya bunyi kipas yang berpusing.

Masing-masing menunjukkan muka takut dan tidak berani untuk bersuara. Dalia tahu, mereka yang lain tidak tahu menahu soal ini. Yang tahu hanya sorang, Hariz!

"Baik lah tak nak mengaku. Buka almari korang semua!" Semua mengikut arahan seperti yang disuruh. Takut-takut kunci dibuka.

Dalia dan Malik menyelongkar semuanya. Dari hujung sampai hujung. Dari depan sampai belakang. Namun, masih tidak jumpa.

Anggukan Malik memberi isyarat pada Dalia supaya mereka mencari di tempat lain selain almari. Penghuni-penghuni dorm dikumpulkan berbaris di hujung sudut.

Dalia ke tempat Hariz. Cadar diselak. Bantal diketuk-ketuk. Masih tiada. Sedang hendak beralih ke tempat lain dia terpandangkan susunan kasut-kasut di bawah katil. Perlahan kasut dikeluarkan. Dia mengangkat dan menunggangkan sebelum satu 'benda' jatuh.

Dalia menggeleng kepala. Akhirnya! Tak payah la dia hadap muka Hariz lagi lepas ni.

"Ni tempat sapa?" Dengan telefon masih di genggaman, Dalia bertanya. Keras suara wanita itu. Malik di sebelah.

"Imran... kenapa bawak phone? Ada apa-apa yang kami tak tahu ke? Atau, awak ni spy?" Kening diangkat. Tangan disilang. Telefon telah diserahkan pada Malik. Lelaki itu sedang memeriksa maklumat yang ada.

Yang lain sudah terkejut dengan soalan Dalia. Sanggup wanita ini tuduh Hariz spy? Tapi, betul ke?

Malik menarik tangan Dalia. Dia membisikkan sesuatu.

"Bawak dia masuk bilik gelap. Ada something yang weird dalam phone ni." Muka di kerutkan.

Dalia mengangguk perlahan.

"Imran. Masuk dark room. Sekarang! Yang lain, sambung rehat." Dalia berlalu ke bilik gelap untuk menunggu Hariz di sana.

"Dalia, ada dua nombor je yang dia simpan dalam phone ni. Satu, owner AAWF satu lagi, mesti partner dia." Malik dan Dalia berbincang dalam perjalanan ke dark room.

Dark room digunakan untuk menyoal siasat. Akan ada seksaan-seksaan kecil yang akan menyebabkan pesalah mengakui kesalahan yan dilakukan mereka.

15 minit menunggu. Akhirnya sampai juga Hariz. Dia duduk di kerusi. Lampu dipasang. Hanya sebiji lampu di atas kepala. Cukup memberi rasa panas sehingga tahap melecur kalau lama di sini. Betapa kejamnya PAA menyediakan seksaan.

Malik terlebih dahulu memulakan soalan.

"Kenapa kau bawak phone?"

"Saya nak call mak saya."

"Hei! Jangan nak tipu la. Kau tu spy AAWF. Sapa hantar kau!" Meja ditepuk kuat. Sudah naik turun nafas Malik. Dalia masih tenang.

"Jadi, korang berdua dah tahu la..." Hariz gelak di hujung ayat. Sudah macam orang gila. "...korang tu yang pembunuh! Aku datang sini untuk buat bakti dekat AAWF. Kalau tak, ramai lagi korang bunuh! Tambah-tambah kau perempuan. Tak padan dengan perempuan!" Sinis kata-katanya.

Dalia masih beriak bersahaja. Biar la apa pun dia nak kata. Yang pasti kata-kata Hariz semua dusta.

TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now