Bab 16

7.5K 354 4
                                    

Seorang wanita bejaket kulit warna koko cair sedang mengacau-ngacau air di hadapannya dengan straw. Kemudian telefon bimbit di sebelah cawan diambil dan laju tangan bermain-main di atas skrin. Sudah bosan dia menunggu. Walaupun baru sahaja lima minit, dia rasa macam dah tunggu lima tahun.

"Ala, habislah aku. Aduh Jenna. Sorry la."

Dalia berlari-lari anak. Dia sudah terlewat lima minit. Dia sudah masak dengan perangai Jenna itu. Walaupun sekejap menunggu, dia sudah tidak sanggup. Dia tidak suka menunggu. Mungkin kerana mereka telah dilatih.

Dalia masuk ke kafe yang selalu dia dan Jenna lepak. Lega hati apabila nampak Jenna masih berada di salah satu meja yang agak jauh dari kesibukkan manusia di dalam kafe ini.

"Sorry, aku mandi tadi. Kau tak kesah kan." Dalia buat muka comel. Tangan diangkat ke atas tanda bersalah. Dia juga tidak sengaja hendak lewat. Ingatkan sempat nak membersihkan diri dulu. Tapi, terbabas pulak.

Jenna meletakkan kembali telefon bimbit ke atas meja. Zip jaket dibuka hingga hujung. Terdedah baju yang dipakai di dalam.

"Nasib, aku ada kesabaran lagi tunggu kau. Kenapa yang lambat sangat kau ni? Tengok air aku dah tinggal suku."
Jenna sudah membebel. Kalau dia sudah bebel memang tak cukup la sehari. Akan bersambung-sambung lagi esok lusa.

"Ok. Ok la. Aku belanja kau hari ni. Order la air lagi." Cebikkan dari Dalia menimbulkan rasa lawak pada Jenna. Dia tergelak melihat rakannya itu sebelum mereka melepaskan rindu.

"So, how? Dengar dah jadi The Best Female Agent in RST. Wow. Congrate la." Dalia memulakan bicara. Dia tahu berita itu pun daripada internet. Nak harap Jenna cerita? Memang tak la. Asyik sibuk ja dengan kerja dia.

"Well, aku kan power." Jenna mendabik dada diikuti ketawa yang sedikit mengekek.

"Kau pulak? Sejak-sejak aku kat Rusia, banyak yang aku dengar pasal kau." Kening diangkat kedua-dua belah.

"Pasal apa? Kau jangan macam-macam." Dalia tersenyum. Dia tahu, pasti banyak perkara yang sudah sampai ke pengetahuan Jenna. Walaupun rakannya itu jauh beribu batu, dia tetap mengikuti perkembangan Dalia.

"Tanvi kau dah bunuh. Lepas ni siapa pulak?"

"Lepas ni kau aku bunuh!" Dalia membulatkan mata sebelum mereka berdua ketawa.

"Lama kau balik?"

"Tak kot. Lusa aku nak balik Rusia. Ada kerja lapangan pulak. Tu yang sibuk sikit tu."

"Hmm... best pulak kan?" Dalia menongkat dagu ke atas meja sambil straw masih di mulut.

Jenna pula telah memeluk tubuh.

"Kau kenapa tolak tawaran tu dulu? Kalau tak, mesti kita dah teammate. Mesti gempak pasukan tu."

Dalia merenung ke luar kafe. Tiba-tiba teringatkan kejadian dua tahun lepas.

"Ada benda yang still tak selesai kat sini. Aku kena selesaikan jugak walaupun dah agak lambat."
Dalia kembali menyandar ke kerusi.

Jenna hanya menguntumkan senyuman. Dia tahu, Dalia tidak akan berhenti kalau dia dah buat sesuatu kerja.


Tanpa mereka sedar, dari jauh ada sepasang masa sedang memerhati pertemuan mereka berdua di kafe itu. Telefon bimbit di dalam poket seluar diambil dan dihalakan ke arah mereka berdua sebelum gambar terpapar di skrin. Beberapa keping gambar ditangkap sebagai 'petunjuk'.

'Seseorang' itu kemudiannya berlalu pergi selepas mendapat gambar yang dia inginkan walaupun agak kabur. Ada senyuman di bibirnya. Cermin mata yang disangkutkan di leher baju diambil dan diselitkan ke telinga. Dia berlalu dan menyelit ke dalam ribuan orang yang sedang melintasi jalan di sudut jalan yang sibuk.

TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now