Bab 20

7.3K 327 1
                                    

"Hello Malik."

"Ye pa. Kenapa call ni?"

"Malam nanti balik rumah papa kejap. Ada something nak discuss."

"Ok. Pa. Nanti Malik balik. Mama ada?"

"Mama kat Amsterdam lagi. Minggu depan papa pergi jemput dia. So, ada apa-apa Malik teringin nak makan? Papa nak masak."

"Ok. Malik nak my favourite la. Boleh tak?"

"Ok. Anything for you. Jaga PAA elok-elok tau. Ok bye. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam pa."

Malik menamatkan panggilan. Dia tersenyum sendirian. Sudah lama dia tidak balik ke banglo papanya. Dia juga sudah rindu pada orang tuanya itu. Setelah berpindah keluar dari banglo itu, Malik banyak menghabiskan masa di luar ataupun menguruskan PAA. Jarang-jarang sekali dapat meluangkan masa dengan ibu bapanya.

Deringan telefon pejabat menyentakkan lamunan Malik. Telefon dicapai sebelum suara wanita keluar dari corong.

"Encik Malik, saya nak sambung cuti boleh? Saya tak sihat lagi ni."

"Hmm. Ye la ye la. Itu je la yang kau tahu. Tak pe la. Aku bagi kau dua hari lagi. Tapi, make sure ada surat m.c."

"Terima kasih Encik Malik."

Tut!

Tut!

Tut!

Telefon dijauhkan dari telinga. Apa kena dengan Marie ni. Tiba-tiba ja letak. Macam tergesa-gesa gayanya. Mungkin dia kat klinik kot.

Malik cuba positif. Dia tidak mahu berfikiran buruk pada pembantunya itu. Walaupun sering dimarahi, Marie sangat komited. Sehingga hari cuti pun dia datang ke PAA untuk menyambung kerja yang tidak siap.

Dalia menolak pintu pejabat. Kepala dijengukkan. Dia ketuk pintu beberapa kali bagi menarik perhatian Malik yang sedang khusuk dengan laptopnya.

Tok!

Tok!

"Eh. Dalia, masuk lah." Laptop dilipatkan sedikit bagi melihat wajah Dalia di pintu.

"It's ok. Tak apa. Saya just nak tanya, Marie mana? Dua tiga hari ni tak nampak pun." Dalia masih di pintu.

"Oh. Dia cuti. M.c. tak sihat katanya."

"Tak pe lah. Malik... saya kena keluar. Tak tahu balik pukul berapa. Mungkin saya dah tak masuk. Awak tolong pastikan Bravo dengan Falcon berlatih ye." Permintaan yang dibuat Dalia dibalas dengan senyuman. Dia tahu, Malik akan menolongnya.

"Everything for you Dalia." Malik mengangkat ibu jari tangan.

Dalia mengangkat tangan dan menghadiahkan senyuman kepada Malik sebelum berlalu.

***

"

Sebenarnya, Dally ada benda nak cakap kat uncle. Sebab tu la datang sini."

"Cakap apa?" Uncle mengerutkan dahi.

"Dally syak spy sorang lagi tu..."

"Siapa? Dally please?" Uncle bangun dari duduk. Dia memandang tepat muka Dalia.

"Someone yang pandai komputer. Dia dah hack CCTV sebab tu tak ada kesan. Dally perlukan maklumat semua pelatih termasuk staf. Termasuk Marie." Dalia juga sudah bangun. Dia ke peti sejuk. Air yogurt dikeluarkan.

"Kenapa Dally syak Marie? She the one yang uncle percaya." Uncle sudah di meja makan. Dia menunggu Dalia di meja itu.

"Dalam hal ni semua orang kita tak boleh percaya uncle. Maybe dia tak buat, tapi dia adalah suspek. Dally pun tak tahu kenapa. Tapi, Dally rasa ada yang tak kena. Kalau nak tuduh Hariz, dia ada dekat dorm waktu tu. Dally dah tengok CCTV dorm."

Uncle hanya mengangguk. Mungkin ada benarnya kata-kata Dalia itu. Tapi, siasatan perlu lagi dibuat untuk menangkap pesalah sebenar.

"Tak pa. Uncle tak payah risau." Dalia senyum.

"Oh ye. Minggu depan, uncle nak ke Amsterdam. Jemput aunty. Petang nanti uncle akan balik banglo. Apa-apa hal, uncle kirim dekat guard. Dally jaga diri baik-baik duduk kondo." Uncle memesan seperti Dalia anak-anak kecil.

Dalia mengangkat tangan dan diletakkan di tepi dahi. Gaya seperti tabik hormat.

"Ok boss."

Ketawa mereka pecah.

TBC...

Miss Assassin✔Där berättelser lever. Upptäck nu