Bab 21

7.2K 321 0
                                    

Malam itu sekali lagi Dalia terbau masakan yang membangkitkan selera. Dia ke arah balkoni. Pintu kaca dibuka. Dia duduk di kerusi. Mata memejam rapat menghayati bau yang menusuk ke rongga hidung. Bau itu datang bersama hembusan angin yang kadang-kadang menghembus kuat.

Sedang asyik Dalia melayan perasaan, dia terlihat kelibat seseorang sedang duduk di meja balkoni rumah sebelah. Dia cepat-cepat tersedar dan sudah berkira hendak masuk. Namun, pandangan lelaki itu mematikan niat Dalia. Senyuman yang dihadiahkan membuatkan Dalia kembali duduk.

"Hai." Senyuman lelaki itu nampak dalam samar-samar cahaya bulan.

"Er... hai. Awak baru pindah ke?" Dalia sudah memulakan ayat. Sejak dia sedar akan kehadiran seseorang di rumah sebelah, sering kali dia terbau masakan yang membangkitkan selera. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia tanya dari awal. Tapi, takkan la nak sergah rumah orang pulak. Dia masih bermaruah untuk melakukan hal sebegitu.

"Oh. Ha ah. Saya baru je pindah sini. Dua hari lepas." Zayn sudah merapatkan tubuh ke hujung besi penghadang. Dia saja mahu bermasyarakat dengan jiran sebelah.

Dalia mengangguk. Senyuman dihadiahkan.

"Awak pula dah lama tinggal kat sini?" Soalan kembali ditanya pada Dalia.

"Saya pun baru tiga minggu kat sini. By the way, nice to meet you. Jiran..." Dalia menunduk tanda hormat.

"Thanks. Siapa nama awak? Saya Mikhail."

"Saya Da... Faira. Call me Faira." Dalia menghadiahkan senyuman.

Mereka bersembang malam itu lama. Seperti sudah lama kenal lagaknya.

***

"Makan lagi Malik. Papa masak special ni." Uncle menghulurkan pinggan yang berisi ikan siakap tiga rasa kepada Malik.

Pinggan itu disambut.

Gembira uncle tengok Malik makan begitu selera sekali. Kalau tidak, mesti Malik akan makan di luar sahaja. Maklum sahaja lelaki, tidak mahunya masak. Lebih suka membeli.

Selepas mereka makan, mereka duduk santai di ruang tamu untuk memulakan perbincangan dan meluangkan masa bermesra antara ayah dan anak.

Malik tiba-tiba bersuara selepas soal Dalia menjadi topik perbualan.

"Pa, kalau Malik cakap, Malik suka Dally macam mana?" Malik masih beriak bersahaja walaupun dia tahu papanya pasti terkejut.

"What? No Malik!" Uncle sudah memandang tajam muka anaknya itu.

"Relaks la pa. Malik just cakap kalau." Perkataan kalau ditegaskan sebelum dia tertawa perlahan.

Lega rasa hati uncle. Dia ingat betul-betul si Malik ni suka Dalia. Nasib baik la Malik hanya bergurau.

"Bagus la kalau macam tu. Tapi, you have to remember, Dally is your sister." Amaran diberikan pada Malik. Jari telunjuk diacukan pada muka Malik.

"Ye pa. Adik angkat. Malik tak pernah lupa semua tu." Malik duduk di sofa sambil mata tertancap pada skrin televisyen. Rasa rindu pulak bila terkenangkan dia sudah lama tidak ke mari. Kalau dulu, televisyen tu la yang dia hadap hari-hari sampai mamanya naik marah.

"Bagus! Awak tu dah ada Sarah. Ingat sikit. Mentang-mentang la Sarah tu jauh, nak suka kat orang lain pulak." Uncle masih menyakat Malik. Tapi, sia-sia, Malik hanya menggelengkan kepada dan senyum bersahaja.

"Malik tak nak cuti ke? Melawat Sarah ke? Dah lama papa tengok Malik tak ke sana?"

"Tak pe la. Dia sibuk. Kan dah last sem ni. Malik tak nak la pergi, nanti ganggu pulak. Tak pasal-pasal hujung tahun nanti papa dapat cucu. Biar dia habiskan study dulu. Nanti Malik ikat kaki dia kat rumah ye pa. Kasi ketat-ketat sampai tak boleh lari." Tawa dua beranak itu pecah akibat jenaka yang Malik buat. Ada-ada sahaja Malik tu.

"Ok la tu dapat cucu, boleh merasa jugak papa ni ada cucu. Kawan-kawan papa dah dua tiga cucu diorang." Uncle masih cuba bergurau.

"Mana boleh pa, kesian la Sarah. Dah la jauh. Tak kan dia nak bawak perut sorang-sorang kat negara orang tu? Tak tenang hati Malik ni tau. Kalau papa nak, nanti dia balik sini terus, kami kasi. Ok tak?" Malik mengangkat kening.

Uncle hanya ketawa. Dia bukan la serius, niat hanya nak bergurau sebabnya, sudah lama tak bersembang macam ni. Malik asyik sibuk je. Dia pula, asyik dengan Dalia. Hubungan mereka berdua sudah semakin jauh. Cara ini lah yang boleh mengeratkan semula hubungan itu.

TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now