Bab 8

8.9K 425 0
                                    

Zayn dan ahli-ahli AAWF yang lain berehat selepas melalui latihan yang panjang. Penat pulak apabila berlatih macam ni.

Maklum sahaja sudah lama bercuti.

Kehadiran Farid di sebelah telah menyebabkan Zayn berpaling. Dia tersenyum.

Farid duduk di sebelah Zayn sambil mengipas-ngipas topi ke muka. Sekadar menghilangkan rasa panas dan sedikit peluh yang berdecit di dahi.

"Farid, aku nak tanya sikit?"

Zayn menunjukkan minat untuk bersembang.

"Boleh."

Farid menganggukkan kepala. Wajah masih memandang ke hadapan. Hanya telinga yang terpasang.

"Kenapa Tuan Hisham hantar Hariz ke PAA?"

"Oh. Pasal tu. Sebenarnya, PAA tu dah makin bahaya lately ni. Dah banyak nyawa orang tak bersalah melayang. Diorang tu pro. Susah nak tumpas."

Zayn mengangguk.

"Jadi, apa tujuan hantar Hariz. Seorang pulak tu."

"Spy..."

Farid bercakap sambil menyenyitkan mata.

Terangguk Zayn.

"Tak ade back up ke. Kan bahaya kalau sorang-sorang. Dah la kena stay."

Zayn meluahkan lagi rasa ingin tahu. Sebenarnya banyak lagi benda yang dia nak tahu. Tapi, dia akan tanya sikit-sikit dahulu.

"Kau rasa dia sorang ke?"

Farid berpaling. Muka Zayn dipandang. Mata biru lelaki itu ditikam tajam.

Kepala Zayn sudah memikirkan macam-macam. Tiba-tiba dia sudah dapat idea.

"Kejap-kejap. Maknanya, ada lagi orang AAWF kat sana? Selain Hariz?"

Anggukan Farid menjadi jawapan kepada persoalannya.

Patutlah relaks ja Hariz setahun kat sana, rupanya dah ada back up. Tapi, bagus juga. Tak ada lah dia terancam.

"Eh Zayn aku dengar kau budak SF. Betul ke?"

Farid berminat hendak tahu.

"Ha ah."

Hanya anggukan Farid menjadi balasan kepada ayatnya.

"Ok ok. AAWF masuk barisan. Kita dah nak mula balik latihan ni."

"Ha tu Tuan dah panggil. Jom-jom, mengamuk pulak dia nanti."

Farid menepuk bahu Zayn sebelum mereka berdua masuk kembali ke dalam barisan.

***

Dalia masuk ke bilik latihan. Hari ini dia akan 'basuh' Bravo cukup-cukup. Ini juga kali pertama dia dapat melatih Bravo. Biar diorang tahu sikit kuasa wanita.

Apabila melihat team leader yang 'cantik' sudah masuk. Ahli-ahli Bravo sudah bangun menunjukkan hormat.

Tersenyum Dalia di sambut begitu.

Malik yang ada di belakang hanya mengikut jejak Dalia. Dia sebenarnya malas hendak komen lebih. Nanti tak pasal-pasal pulak mulut puaka Dalia menyakitkan hatinya.

"Aku nak pecahkan Bravo kepada dua."

Semua yang ada di situ terkejut mendengar apa yang keluar dari mulut Dalia.

Malik juga sudah buat muka tidak puas hati. Pandai-pandai ja perempuan ni buat keputusan sendiri.

Dia mencuit Dalia.

"Aku nak cakap dengan kau."

Dalia ke belakang.

Mereka berbincang gaya berbisik. Tapi Malik masih tidak dapat menahan suara.

"Apa kau buat ni? Jangan nak pandai-pandai!"

Dalia bosan dilakukan begitu.

"Encik Malik, tolong jangan ganggu kerja saya. Saya tahu apa saya buat. Tolong. Saya ada hak sebagai team leader!"

Dalia bersuara perlahan. Tapi cukup membuatkan Malik terdiam.

Dia berpatah balik. Mengadap ahli Bravo yang masih keliru dan tertanya-tanya.

"Balik pada apa yang aku kata. Aku nak pecahkan korang. Ada yang bantah?"

Beberapa saat Dalia menunggu jawapan sebelum dia memutuskan keputusan.

"Kalau tak de bantahan, aku akan asingkan korang mengikut nama yang aku suka. Nasib korang la dapat group mana ye. Ingat woman is always right!"

Semua yang ada di situ menunduk. Semua menjawab faham.

Dalia senyum dengan wajah yang penuh makna.

Dia kemudiannya berlalu ke luar dari bilik itu.

"Siap kau Hariz, tak lama lagi dah identiti kau akan terbongkar. Kau tunggu ye."

Dalia jalan ke pejabat.

TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now