Bab 27

6.9K 306 0
                                    

Enam bulan sudah berlalu. Tapi, Dalia masih tidak dapat menangkap partner Hariz. Sudah kecik besar dia tengok muka lelaki itu. Kalau ikut hati, nak ja dia tanya Hariz. Tapi, Malik tidak mengizinkan. Katanya, bahaya jika mereka terus bertanya. Takut AAWF membuat serangan terhadap mereka.

Dalia sudah bersiap-siap. Dia akan ke banglo milik uncle untuk berbincang. Tadi, Malik ada memesan juga supaya dia tidak lupa ke sana. Ada perkara yang sangat perlu bincangkan ketika ini.

Enjin kereta dimatikan. Dalia keluar dari kereta. Pintu utama rumah sudah terbuka luas bagaikan menyambut kedatangan Dalia. Dia lihat dalam garaj sudah ada kereta Malik. Maknanya, mereka hanya menunggu kedatangan dia sahaja.

Perlahan pintu di hampiri.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

Dalia tersenyum. Dia dengar suara uncle dari dalam yang menjawab salammya tadi.

"Masuk Dally. Dah sampai pun." Dalia ke ruang tamu.

"Mana Kak Sarah uncle, rindu la. Dah lama tak jumpa. Asyik tak sempat je." Dia perasan wajah Malik yang mencebik. Tak habis-habis dengan muka poyo dia tu. Naik meluat Dalia kadang-kadang.

"Tanya la abang tu. Uncle nak pergi toilet jap eh. Korang sembang dulu." Uncle bangun meninggalkan Dalia dan Malik sendirian.

Malik sudah tersenyum sedikit. Tapi, dia cuba menyembunyikannya. Dia sebenarnya nak kenakan si Dalia ni. Dah lama jugak mereka tidak bergurau senda. Sebelum Dalia datang ke PAA, dia berkeras untuk papanya tidak menggalakkan wanita itu menyertai. Dia bimbang keselamatan Dalia. Bukanlah benci pun.

Dalia hanya membatu. Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Laju jari menaip sesuatu di atas skrin.

Tit!

Tit!

Dally
Kak Sarah mana? Tak nampak pun.

Malik ketawa. Perangai tak matang Dalia dah datang balik!. Dia whatapps je. Cari jalan mudah. Walaupun Malik depan mata, dia rela tidak bercakap.

"Hoi adik, nak tanya, tanya je lah. Tak payah nak whatapps. Apa lah." Kepala Dalia diketuk perlahan.

"Sakit la!" Dalia mencebik sambil tangan ligat menggosok kepala yang dia rasa sudah lebam akibat diketuk tadi.

"Ada kat atas tu. Kejap lagi turun la. Kat abang tak rindu ke?" Malik mengelip-ngelipkan mata. Sahaja buat muka comel sikit. Biar dia boleh tengok muka menyampah Dalia kejap lagi.

Cebikan di mulut Dalia cepat sahaja terbentuk. Tangan diletakkan ke bahu dan kepala di dongakkan ke atas. Mata dijulingkan. Itulah muka menyampah Dalia.

"Dah dah la sembang tu. Meh makan ni. Sarah mana?" Auntie Maya sudah memanggil. Dari tadi lagi dia di dapur. Dia tidak suka jika ada orang turut di dapur jika dia sudah memasak. Katanya kehadiran orang akan mengurangkan kesedapan masaknanya. Ada ada sahaja.

"Sarah kat atas. Dia mandi tadi." Malik menarik kerusi lalu dilabuhkan punggung ke atas kerusi yang bertentangan dengan auntie Maya.

Dalia pula di sebelah auntie.

"Dally, akak rindu la. Lama tak jumpa." Kehadiran Sarah di meja meriuhkan lagi keadaan. Dari jauh sudah jerit. Malik tepuk dahi.

Uncle dan Malik sudah menggeleng sesama sendiri. Kalau dua orang perempuan ni dah bertemu, pasti ada sahaja topik baru yang nak dibualkan.

Usai makan, Dalia, Malik dan uncle naik ke bilik kerja yang dikhaskan. Mereka akan berbincang mengenai masa depan PAA.

Dalia mula bersuara tanpa diminta. Laju sahaja dia nak mengutarakan pendapat.

"Kalau kita bongkarkan identiti Hariz secepat mungkin tak boleh ke uncle? Dally rasa, kalau dah Hariz tak ada dekat PAA, lagi senang kita nak kesan partner dia." Mata dua lelaki masih menatap wajah Dalia. Mungkin memikirkan ada benarnya kata-kata Dalia itu.

"Ha ah. Malik pun setuju. Nanti boleh la kita siasat dengan senang hati kalau si Hariz tu blah. Lagipun Malik dah geram sangat tengok muka tak bersalah dia. Rasa nak tumbuk je." Penumbuk dinaikkan ke atas.

"Eh. Eh. Sabar dulu. Tapi, papa pun macam setuju dengan rancangan tu. Tapi, korang rasa, boleh ke kita bongkarkan macam tu je. Kita tak ade plan ni." Pen yang berada di tangan diketuk ke dahi. Uncle masih berfikir.

Serentak dengan itu, bunyi petikkan jari dari seseorang menarik perhatian mereka semua. Semua mata sudah tertumpu pada Dalia.

"Dally ada plan bagus!" Kening dinaikkan dan diturunkan beberapa kali bersama dengan senyuman senget yang terukir penuh makna.

TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now