Bab 18

7.2K 341 0
                                    

Pagi itu seperti pagi-pagi yang biasa, Dalia akan masuk ke dapur. Dia akan menyediakan sarapan memandangkan sekejap lagi dia akan ke PAA. Bau wangi makanan membuatkan Dalia naik hairan. Belum pun dia hidupkan api, dah bau wangi. Pelik pulak.

Dia mencari bau itu merata tempat sehingga dia ke balkoni. Semakin menghampiri balkoni, semakin kuat bau itu. Dia membuka pintu kaca dan keluar. Mata yang masih dipejamkan membuatkan Dalia tidak sedar dia sudah di besi penghadang. Dia tersenyum sendiri setelah sedar diri sudah di luar. Kepala digaru perlahan.

Dalia masuk balik ke dalam. Kerja yang terbantut tadi disambung kembali. Roti diambil dari kabinet dapur dan jem dibawa keluar dari peti sejuk. Roti itu kemudiannya dibakar sehingga rangup.

Secawan air dan sepinggan roti dibawa ke meja kopi. Televisyen dihidupkan. Dalia menikmati sarapannya sambil menonton televisyen. Dia menaikkan kedua belah kaki ke atas sofa dengan menyandarkan belakang ke tempat letak tangan.

Usai makan, dia sudah berkira-kira hendak bangun dari sofa dan mengemas. Seluar terselak sedikit hingga ke paras lutut sehingga menampakkan satu parut di bawah lutut. Dalia terhenti seketika. Tangan di letakkan ke parut itu. Dia megusap perlahan. Tiba-tiba kepala teringatkan kejadian dua tahun lepas. Kejadian di mana, sahammya sebagai wanita jatuh.

2 tahun lepas...

Dalia lari ke lorong yang gelap setelah selesai menjalankan misi. Terdapat beberapa gelandangan yang sedang merehatkan badan di sepanjang lorong. Agak lama berjalan, Dalia perasan dia diikuti. Tapi, dia tidak tahu siapa yang mengikutinya. Dia melajukan langkah hingga ke hujung lorong.

Dia menarik nafas lega setelah dia kini sudah berada di tempat yang diterangi lampu. Orang yang mengikuti langkahnya tadi juga sudah tiada. Dia fikir orang itu mungkin juga sudah berpatah balik. Dia kembali berjalan seperti biasa.

Tiba-tiba, lampu yang terang dari arah belakang menyentakkan Dalia. Dia cuba lari selaju mungkin. Jika ada tempat bersembunyi, dia sudah masuk. Namun, lorong itu kosong. Tiada tempat sesuai untuk sembunyi.

Dia terdengar bunyi tembakan. Terkejut Dalia. Dia masih berlari. Namun, kereta itu laju memintas dari hadapan. Badannya bertemu kereta dan dia jatuh bergolek di jalan.

Seorang lelaki yang duduk di sebelah pemandu mengeluarkan pistol. Sayup-sayup kelihatan wajah lelaki tersebut. Picu ditarik sebelum tembakan terkena pada bahagian bawah lutut Dalia. Kereta itu kemudiannya laju sahaja pergi dari situ.

Dan lelaki yang menembaknya telah membuatkan dia berdendam terhadap lelaki itu. Hariz! Ya, lelaki yang menyamar di PAA. Semenjak itu Dalia tidak pernah melupai wajah lelaki itu sehingga mereka bertemu tempoh hari.

Dalia sudah mengerang kesakitan. Terasa kakinya macam terbakar. Panas dan sakit. Dia memegang tempat tembakan itu. Seluar sudah berlubang dan ada darah hangat yang mengalir.

Mujur sahaja uncle datang menyelamatkannya. Kata uncle, malam itu dia tidak sedap hati. Jadi, dia mengambil keputusan untuk meninjau kerja Dalia dari jauh. Jika diikutkan, uncle sudah hendak pulang apabila dia selesai. Namun, uncle terlupa mengembalikan sesuatu kepada Dalia.

Dia ikut Dalia ke lorong dan ternampak kejadian yang berlaku pada Dalia. Mujur sahaja ada uncle, kalau tidak mungkin dia lagi parah kerana kehilangan banyak darah.

Namun, Dalia masih bersyukur. Kalau sahaja peluru itu terkena lutut, mungkin dia tidak lagi boleh memegang title 'pembunuh upahan'.

Bunyi telefon bimbit menyentakkan lamunan Dalia kepada kejadian dua tahun lepas. Telefon bimbit dicapai sebelum dia membawa langkah ke bilik.

Panggilan daripada Malik menyebabkan dia rasa ingin tahu apa yang sudah berlaku di PAA.

Menurut Malik, pejabat PAA diceroboh. Nasib baik tiada yang hilang. Tapi, ada sesuatu yang aneh. Tempat menyimpan barang berharga tidak pula diusik. Hanya tempat menyimpan maklumat orang yang bekerja di PAA sahaja yang digeledah. Pasti ada sesuatu yang tidak kena!

Dalia harus siasat benda sebegini. Dia masuk ke bilik air untuk membersihkan badan.

TBC...

Miss Assassin✔Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum