Bab 30

7.3K 336 0
                                    

"Zayn masuk bilik saya sekarang!" Semua yang ada di bilik rehat terkejut. Tuan Hisham terjerit-jerit. Mereka jadi gerun melihat rupa lelaki itu. Dengan rambut yang tidak terurus, mata merah. Takut pula melihat dalam keadaan begitu.

Cepat-cepat Zayn berlari ke bilik Tuan Hisham. Takut bila lambat nanti, lelaki itu naik marah lagi.

"Zayn! Awak belum dapat lagi kesan perempuan jalang tu!" Tuan Hisham menghamburkan kemarahan.

"Be...belum lagi Tuan." Zayn masih menunduk. Dia jadi takut untuk bersuara. Nak tengok muka Tuan Hisham pun tidak mampu.

"Dah nak dekat setahun saya bagi task! Takkan tak boleh-boleh dapat lagi! Awak ni lembap! Keluar!" Cepat-cepat Zayn bangun. Lagi lama di dalam, lagi dia takut. Dah macam orang mabuk ganja muka Tuan Hisham tu.

Zayn urut dada. Nasib baik sekejap ja tadi. Kalau tidak, mahunya dia jadi gila kena marah macam tu.

***

"Kau ni tak boleh harap! Macam mana diorang boleh tahu ni? Phone tu...phone tu mana?" Tuan Hisham masih mengamuk. Kini, dia menghamburkan rasa marah itu pada Hariz pula. Selepas dibuang secara rasmi dari PAA, Hariz datang ke AAWF mengikut arahan yang diberikan Tuan Hisham.

"Saya tak tahu Tuan. Perempuan tu yang jumpa phone tu. Diorang dah ambik." Perlahan-lahan Hariz menerangkan.

"Bodoh! Lain kali hati-hati la sikit. Kurang ajar betul perempuan tu! Kau tahu perempuan tu tinggal kat mana? Aku sendiri yang akan hapuskan dia. Tak padan dengan perempuan! Dia ingat, dia pandai sangat?"

"Tak tahu." Hariz masih menunduk.

"Semua benda kau tak tahu! Kau tahu apa? Tahu nak habiskan duit aku. Dah banyak aku laburkan kat kau. Tapi, apa yang aku dapat? Dapat balik kau dengan kepala otak bodoh kau tu!" Pandangan mata tajam seperti pedang. Jari beberapa kali dituding ke kepala Hariz. Kalau ikut hati, mati Hariz ni dikerjakan hari ini. Nasib la dia boleh lagi sabar.

"Dah keluar! Menyampah pula tengok muka kau." Selepas menghantar pemergian Hariz dengar ekor mata, Tuan Hisham menghenyakkan badan ke atas kerusi. Mata dipejam rapat. Tangan digenggam. Mulut terketar-ketar menahan amarah.

"Perempuan! Kau tunggu hari je. Aku sendiri akan hantar kau pergi kubur! Jangan nak berlagak pandai sangat la. Setakat perempuan, aku boleh handle sorang." Hati sudah bermonolog sendiri. Keluhan di lepaskan.

***

"Kita tengok sapa pulak yang guna isyarat phone ke sana." Jari Malik menari-nari di atas keyboard. Dia pandai menggunakan teknologi. Sebab itu la Dalia menyuruh dia sahaja yang mengesan spy dengan alatan berteknologi. Kalau nak harapkan Dalia, dia mana lah pandai bab bab komputer ni. Yang dia pandai cara nak guna pistol ja.

"Boleh berkesan ke?" Pertanyaan Dalia hanya dibalas senyuman. Dia masih ragu-ragu.

"Wait and see." Kening diangkat sebelah.

***

Zayn memegang gambar yang diberikan Tuan Hisham dahulu. Dia sudah tidak tahu macam mana nak cari perempuan dalam gambar itu. Dah la kabur, arah sisi pulak tu.

Kaki dibawa ke balkoni. Dia duduk di kerusi. Membiarkan angin sejuk menyapa kulit. Tiba-tiba teringat Dalia. Apa la dia buat tak keluar-keluar lagi. Tapi, pintu terbuka. Mungkin dia terlupa hendak tutup.

Selepas bersiap, Dalia mengambil kunci kereta dan dimasukkan ke dalam poket jaket. Dia akan ke rumah uncle malam ini. Ada perkara yang nak dibincangkan. Sedar akan pintu balkoni tidak tutup, dia bergegas ke sana. Dia keluar sekejap mengambil angin.

Setelah lama menatap gambar yang dibulatkan, Zayn membuang pandangan ke arah kiri iaitu ke arah rumah Dalia. Tiba-tiba dia jadi kalut. Dia tengok Dalia dan wanita dalam gambar itu. Sama! Pakaian, gaya rambut, wajah dari sudut tepi. Semuanya sama. Pipi ditampar beberapa kali bagi mendapat kepastian.

Niat untuk menegur sudah tiada. Malah, niat lain yang datang. Hati sudah bermonolog.
"Faira? Kenapa orang yang dalam gambar ni macam awak? Awak cakap, awak kerja office. Betul ke? Takkan la awak ni ejen. Ish..." Zayn jadi keliru. Tapi memang benar, yang berada dalam gambar itu memang Dalia.

Dia meraup muka. Badan disandarkan ke besi balkoni. Terlalu banyak benda yang nak difikirkan. Misi juga sudah hampir dekat. Dia tidak tahu apa yang nak dibuat bagi menghilangkan kekusutan dalam kepala.

TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now