satu

18K 397 31
                                    

Hari ini bermulanya persekolahan tahun 2018.Seperti tahun-tahun sebelumnya,Ain Farhana berdiri di bahagian pagar masuk.Dia yang memegang jawatan sebagai biro disiplin menjadikan dia lebih sibuk.Tambahan pula,tahun ini dia akan mengambil SPM.

Setelah memastikan semua pelajar yang datang lewat sudah tiada lagi,dia melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah.Sempat dia memerhati sahabatnya,Aisya Syarina yang sedang sibuk di belakang pentas tapak perhimpunan.Maklum lah,sebentar sahaja lagi perhimpunan rasmi akan bermula.

Beberapa minit kemudian,Aisya Syarina mula ke hadapan pentas.Dia mencapai microfon dan menyuruh para pelajar dan guru untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku,lagu Negeri Melaka dan juga lagu sekolah.Kedengaran bising-bising daripada kalangan pelajar perempuan.Biasalah,siapa sahaja yang suka perhimpunan?

Setelah itu,Aisya Syarina memanggil Izwan Farhan untuk bacaan doa memandangkan dia biro kerohanian.Tidak lama selepas itu,Daniel Haziq selaku ketua pengawas membacakan ikrar rukun Negara dan juga ikrar pelajar.

Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan daripada guru bertugas.Ucapannya agak cliche seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu 'Selamat Kembali ke Sekolah,bagi yang tidak sihat tidak perlulah datang dan juga jika ada sebarang masalah bolehlah berjumpa dengan guru bertugas'.

Kemudian slot bersama guru kaunselor dan juga guru disiplin.Perhimpunan diakhiri dengan ucapan daripada Pengetua.

Tepat hampir jam 8.20 pagi,para pelajar dibenarkan untuk masuk ke dalam kelas.

Izwan Farhan dan Ain Farhana masuk hampir serentak memandangkan tugas mereka sudah habis.

"You guys so sweet you know!" usik Emir Hafizi sengaja ingin bergurau dengan pasangan sepupu itu.

Itu perkara biasa yang terpaksa dihadap oleh mereka berdua.Mereka mula sekelas sejak tingkatan 3 sehinggalah sekarang.

Mereka hanya mendengar sahaja usikan itu.Namun dalam hati,hanya Tuhan sahaja yang tahu.Ain Farhana menyembunyikan senyumannya.

Mungkin orang akan mengata dia apabila mengetahui dia mempunyai perasaan terhadap sepupu sendiri namun itulah hakikatnya.Dia sendiri tidak sedar bila perasaan itu hadir.

Dia tiba di mejanya.Aisya Syarina sudahpun berada di sebelahnya.Tidak lama kemudian,Puan Sarah masuk untuk waktu Bahasa Melayu.

♡♡♡♡

Tepat jam 1 petang,mereka dibenarkan pulang ke rumah.Memandangkan jarak antara rumah dan sekolah tidaklah begitu jauh,Ain Farhana berjalan kaki.Selalunya dia akan pulang bersama Aisya Syarina namun sahabatnya itu ada hal pula.Jadi dia terpaksa pulang sendirian.

Dalam perjalanan ingin pulang ke rumah,beberapa pelajar lelaki sengaja menganggu laluannya dengan memberhentikan motosikal di hadapannya.Siapa sahaja yang tidak kenal mereka?Mereka terkenal kerana sering melakukan kesalahan disiplin.Geng TBB.

Itu nama kumpulan mereka.

Maksudnya?

Entah,dia sendiri tidak mahu ambil tahu!

Apa yang dia tahu sekarang,dia mahu sampai di rumah.

Dia melepaskan keluhan.

"Korang nak apa?Boleh tak jangan ganggu aku?" ujarnya kedengaran agak tegas.

"Rileks lah,Ain.Kitaorang bukan buat apa pun.Yang kau gelabah sangat ni kenapa?" kata Aiman salah seorang daripada mereka.

My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Onde as histórias ganham vida. Descobre agora