tujuh

6.9K 271 14
                                    

Petang hari Rabu itu,Aisya Syarina menunggu sahabatnya di kantin sekolah.Sesekali dia membelek-belek jam yang berada di pergelangan tangan kirinya.

Dari jauh,Ain Farhana memerhati.Dia tersengih seorang diri.Pasti Aisya Syarina sedang menunggu ketibaannya.Maklumlah,sahabatnya itu duduk membelakanginya.Dia mula ingin mengenakan sahabatnya.

"Baaa!"

Apabila sudah mendekat,Ain Farhana menepuk meja.Terkejut Aisya Syarina dibuatnya.

"Ain!Kau ni suka tau.Kalau aku ada sakit jantung tadi,memang dah arwah aku ni.Kau juga yang menyesal.." katanya yang geram dengan tindakan Ain Farhana.

"Sorry lah.Aku gurau je.Saja nak usik kau.Janganlah marah.." pujuk Ain Farhana.

"Yelah.Aku maafkan kau.."

"Yeay!Sayang kau!"

Ain Farhana keriangan.

Setelah itu,semua murid diminta berkumpul di dewan tertutup untuk taklimat perjalanan merentas desa pada tahun itu.Dengar kata,ada pembaharuan sedikit.

Tidak lama kemudian,mereka diarahkan bergerak ke tapak perhimpunan untuk aktiviti memanaskan badan.

♡♡♡♡

Sesudah tiba di perkarangan sekolah,Izwan Farhan merehatkan diri di tempat berteduh yang berhampiran kantin.Letih badannya dengan latihan sebentar tadi.Dia sememangnya aktif dalam acara mewakili sekolah.

"Air kau.." ujar Asyraf Khairil sambil menghulurkan botol mineral buat sahabatnya yang baru dibeli tadi.

"Thanks,bro.."

"No problem.."

Dia mula memulas penutup botol mineral lalu diteguk agak rakus.Sungguh dahaga dirasanya.

Dari jauh,Ain Farhana memerhati dalam diam.Dalam keadaan berpeluh sebegitu pun masih terserlah kekacakan sepupunya.

"Woi!Aku cakap dengan kau ni.Kau berangan apa?" kedengaran suara sahabatnya yang agak menjerit.

Ain Farhana bagaikan tersedar.Dia mula mengambil botol minumannya.Acah-acah sahaja lagaknya.

Setelah itu,dia mula bersuara.

"Kau cakap apa tadi?"

"Aku nak balik dah.Jom lah gerak.." kata Aisya Syarina.

"Ohh,okay.."

Mereka berdua mula berdiri dan mengatur langkah memandangkan mereka sudah dibenarkan pulang.

♡♡♡♡

Pahang

Puan Syaqila,Farisya dan Puan Faizah duduk di luar rumah sambil menikmati angin yang sepoi-sepoi indah bahasa.Mereka berdua enak menjamu mangga apple bersama sambal kicap sebagai juadah pada petang itu.

"Sedap betul mangga apple ni,nek.." ujar Farisya teruja.

"Alhamdulillah,sekarang tengah musim.Rezeki keluarga Isya lah dapat merasa.." kata Puan Faizah.

"Mak,dengar kata Tihah dengan Na nak jadi besan eh?Tak lama lagi makan nasi minyak lah kita yea?Syukur.."

Kunyahan Farisya mula diperlahankan.Dia cuba sedaya upaya mengawal riak wajahnya.Nampaknya berita itu sudah tersebar luas.

"Betul lah tu.Cuti bulan tiga ni kalau tak silap.." balas Puan Faizah sambil mula ingin meneguk air masak.

"Haih,tak sangka jodoh Ain dengan Iz.Dorang dua dah lah macam kucing dengan anjing waktu kecil.Kejap baik,kejap gaduh.Bila dah besar nak jadi suami isteri pula.Hebatnya kuasa dan perancangan Allah.." ujar Puan Syaqila sambil tersengih mengingatkan kisah sewaktu kecil antara kedua-dua buah anak sedaranya.

"Rahsia Allah,Qila.."

Farisya dari tadi hanya mendengar.Entah mengapa,hatinya terasa sakit sangat.Cemburu.Itu yang dirasainya sekarang.

"Isya ni tak nak bagi dia kahwin lagi ke?Isya?Dah ada calon?" kata Puan Faizah bernada gurauan.

Farisya hanya tersenyum mendengar kata-kata neneknya.

"Mana boleh.Qila nak dia habis belajar dulu.Cari kerja pastu baru boleh kahwin.." balas Puan Syaqila.

Dia tahu emaknya itu sedang bergurau.

"Insya-Allah,nenek doakan.Semoga dia akan jaga cucu kesayangan nenek ni hingga ke syurga.." doa Puan Faizah.

"Insya-Allah,nek.."

Farisya kemudian meminta diri untuk ke dalam.Puan Faizah dan Puan Syaqila menyambung perbualan mereka sehingga hari mulai senja.






Sorry guys yg menunggu update😌Happy reading💖Dont forget to vote n comment.Thank you😘

My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now