sembilan

6.6K 244 2
                                    

Seminggu kemudian,

Hari itu merupakan hari Jumaat dan merupakan hari merentas desa peringkat sekolah.Majlis dimulakan dengan bacaan yassin yang dibimbing oleh Izwan Farhan.

Tepat jam 8.03 pagi,senamrobik diadakan.Beberapa orang atlet ternama turut berada di atas pentas bersama beberapa orang guru yang membimbing senamrobik itu.

Semua murid seakan bersorak apabila mendengar lagu 'Orang Bilang'.Lagu yang selalu dimainkan apabila setiap kali senamrobik.

Airina bersorak kerana crushnya,Izwan Farhan begitu rancak menari mengikut tempo.Hensem sangat!Dia berasa seperti mahu menari bersama lelaki itu.

Ain Farhana pula hanya tersenyum melihat gelagat sepupunya.Jarang sepupunya itu menunjukkan bakat namun di sekolah pasti ada sahaja gelagat lelaki itu yang semakin hari semakin mencuit hatinya.

Di sekolah sahaja lah dia dapat melihat semua itu.Jika di luar sekolah mahupun di kampung,karakter Izwan Farhan amat berbeza sama sekali.Bercakap bila perlu.Hurm..

Tidak lama kemudian,pelajar dilepaskan bermula dengan tingkatan 1 dan 2.Beberapa minit selepas itu baru tingkatan 3,4 dan akhir sekali tingkatan 5.

♡♡♡♡

Majlis penutupan hari merentas desa diadakan pada jam 12 tengahari.Majlis dimulakan dengan lagu Negaraku,ucapan daripada pengetua iaitu Puan Noriha.

Kemudian,majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan pelajar tingkatan 1 dan 2 bagi pemenang kategori P1 dan L1 serta disampaikan oleh Penolong Kanan Petang,Puan Hasni.

Beberapa minit kemudian,tingkatan 3 pula bagi kategori P2 dan L2.Kali ini disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum,Puan Asma.

Tingkatan 4 dan 5 iaitu kategori P3 dan L3 disampaikan oleh puan pengetua.

"Tempat ke-16 dimenangi oleh Aliya Dalisya daripada rumah hijau.." kata Puan Hartini.

Skip

"Tempat ke-10 disandang oleh Aisya Syarina daripada rumah biru.."

"Tempat ke-9 dimenangi oleh Ain Farhana juga daripada rumah biru!"

Skip

"Bagi kategori L3,tempat ke-20 disandang oleh Emir Hafizi daripada rumah ungu.."

Skip

"Tempat ke-6 dimenangi oleh Daniel Haziq daripada rumah hijau.."

Skip

"Tempat ke-3 disandang oleh Asyraf Khairil daripada rumah biru.."

"Naib juara dimenangi Izwan Farhan yang juga daripada rumah biru!"

"Johan bagi merentas desa pada tahun ini Akmal daripada rumah hijau.Tahniah diucapkan.Ni mesti dah berjanji mak menang sama-sama ni.." kata Puan Hartini bersama tawa kecil.

Kedengaran suara bersorak dan tepukan ywng kuat daripada rumah hijau.

"Okay,baiklah.Ini lah masa yang dinantikan para hadirin semua.Juara keseluruhan merentas desa pada tahun ini milik siapa agaknya?"

"Biruuu!"

"Kuningg!"

"Hijauuuu!"

"Merahhhhhh!"

"Unguuuu!"

Suara para pelajar daripada setiap rumah menjerit.

"Bertenang semua.Kita mula daripada no 5.Tempat ke-5 pada tahun ini bagi acara merentas desa jatuh kepada rumah......kuning!Tahniah diucapkan.Guru penasihat dan pengerusi rumah kuning dipersilakan naik ke pentas.."

Skip

"Diantara rumah ungu dan biru,siapa yang juara?!"

"Biruuu!"

"Unguu!"

Sorakan semakin kuat daripada kedua-dua rumah.

"Baiklah,keputusannya dah ada.Yang menjuarai keseluruhan merentas desa pada tahun ini disandang rumah......un....biruuuu!Tahniah rumah biru.Dengan ini,secara automatik rumah ungu naib juara.Tahniah juga diucapkan.Jangan sedih,tahun depan boleh cuba lagi.."

♡♡♡♡

Malam itu,Ain Farhana kelihatan agak kepenatan.Sebaik sahaja solat Isyak,dia hanya berehat di dalam bilik.Puan Aina ada mengetuk bilik mengajaknya makan malam namun dia mengatakan yang dia tidak mahu makan.Dia mahu berehat.

Dia membaringkan tubuhnya di atas katil.Tangannya mencapai fon.Aplikasi whatsapp ditekannya.Status whatsapp ditekan.Rata-rata semua rakan-rakan dan kenalannya memuat naik gambar merentas desa siang tadi.

Guru disiplin dan guru pengawas ada mengatakan jika mereka membawa fon,tanggungjawab sendiri jikalau hilang.Sekiranya ditayang kepada mereka,mereka akan rampas dan akan dikembalikan pada akhir tahun.

Kemudian,aplikasi intagram pula ditekan.Ig story yang bernama @iz_frhn menarik perhatiannya.

Gambar sepupunya itu bersama sahabat-sahabatnya.Siapa lagi jika bukan Asyraf Khairil,Emir Hafizi,Akmal dan Daniel Haziq.

Sesudah itu,dia yang sudah mengantuk mula mematikan fon dan memejamkan mata.Selimut ditarik hingga ke paras perut.

My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now