sebelas

6.6K 256 17
                                    

"Yeay,freedom!" jerit Aisya Syarina sebaik sahaja mereka selesai menjawab kertas terakhir ujian penilaian 1.

Mereka mengambil beg masing-masing yang berada di luar kelas.

"Over lah,kau.." kata Ain Farhana.

"Biarlah.." ujar Aisya Syarina tidak mahu mahu mengalah.

Mereka mula dibenarkan pulang.Masing-masing kelihatan ceria kerana esok bermula cuti sekolah selama seminggu lebih.Cuti penggal lah katakan.Siapa sahaja yang tidak suka?

♡♡♡♡

"Iz,kamu dah kemas ke apa yang patut?Kang esok lambat pula bertolak.." ujar Puan Fatihah pada malam itu sekadar mengingatkan anak terunanya itu.

"Dah,umi.Umi tak payah lah risau.." kata Izwan Farhan selamba.

"Mana umi tak risau?Kamu tu nak kahwin.Lagi beberapa hari je lagi.Nasib lah buat kat rumah nenek.Kalau kat sini,memang tak menang tanganlah umi.." bebel Puan Fatihah sambil itu kedengaran keluhan dilepaskan.

Izwan Farhan hanya tersengih mendengar bebelan umi kesayangannya.

"Tengok tu.Umi cakap dia sengih pula.Umi serius ni,Iz.Kamu ni nak kahwin ke tak sebenarnya ni?Buat gaya macam tak nak kahwin.Suruh try baju kahwin pun susah.Geram je umi tengok sengihan kamu tu.Rasa macam nak pulas-pulas je mulut kamu tu.."

Sengihan Izwan Farhan mula mati apabila dibahaskan soal itu.Entah mengapa dia seakan tidak teruja akan soal itu.

Memang benar kata uminya.Suruh ambil baju dan try di butik pengantin pun dia tidak pergi.Dia lebih mengutamakan latihan bolanya.

Encik Izman yang dari tadi mendengar mula menyampuk.

"Awak ni.Iz dah besar.Janganlah membebel macam tu kat dia.Dia tahu lah apa yang dia buat.."

"Abang ni.Kalau saya tengah bebelkan anak,mesti ada je abang menangkan dorang.." kata Puan Fatihah geram dengan suaminya pula yang sentiasa membela anak mereka jika dia sedang membebel mahupun marah.

"Anak abang kan?Mestilah.." sengaja Encik Izman berkata begitu.

Suka dia melihat perangai isteri kesayangannya yang satu itu.

"Dah lah,saya nak naik atas.Tidur lagi bagus.Abang dengan Iz jangan tidur lambat pula.Esok kita nak gerak pagi.."

♡♡♡♡

Keesokkan hari, Ain Farhana sudah siap bertudung.Dia jadi teruja kerana mahu pulang ke kampung.Pada masa yang sama, majlis pernikahannya bakal berlangsung lagi beberapa hari.

Dia tersenyum sendirian berada di hadapan cermin.Tidak menyangka dia bakal bergelar isteri orang tidak lama lagi.Isteri kepada crush sendiri pula tu.Bahagianya!

"Ain,buat apa lagi tu?Senyum sorang-sorang depan cermin.Ish,budak ni.Berangan je yang dia tahu.Cepatlah turun.Nanti lambat gerak.Budak ni.Haih.." kata Puan Aina yang sudah mula membebel apabila singgah di bilik anak daranya yang sedang tersengih seorang diri di hadapan cermin.

Senyuman manis Ain Farhana mati.Dia mula tersedar dalam dunia yang nyata.Dalam hati dia merungut kecil.

'Ibu ni suka potong line tau!' getusnya.

Dia mula melangkah keluar dari bilik.Sempat tangannya mencapai bantal dan anak patung sotong kesayangannya.

Dia turun ke tingkat bawah.Baru sahaja dia tiba di ruang tamu kedengaran tawa daripada satu-satunya abang yang dia ada.

"Ain,kau tu tak lama lagi jadi bini orang orang.Tak payah kot bawa patung sotong tu.Macam budak-budaklah kau.Siap ada bantal busuk pula tu.Malu lah kalau Iz tengok.." ujar Alif Fadzri.

Ain Farhana hanya buat tidak tahu.Seakan tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh abangnya itu.

"Dah,masuk kereta.." kata Encik Fakhri pula.

♡♡♡♡

Mereka tiba di perkarangan rumah nenek di Pahang.Kelihatan beberapa buah kereta sudah siap diparkir dalam pagar rumah.Pasti Puan Syaqila sekeluarga.

Farisya yang sedang bermain dengan anak buahnya yang berusia setahun setengah bulan itu memandang ke arah mereka yang baru tiba.Sempat matanya bertembung dengan Izwan Farhan.Dia tertunduk malu.

Dia bersalaman dengan pak cik dan mak ciknya.Setelah itu,Ain Farhana mendekatinya.Mereka berdua mula ke arah beranda untuk berbual panjang.

"Bakal pengantin ni happy je.Ye lah,orang tu kan nak kahwin dah.." usik Farisya.

"Kau ni.Entah lah,Isya.Aku sendiri tak tahu apa perasaan aku sebenarnya.Aku cuma boleh cakap yang aku tak percaya aku akan kahwin secepat ni.." balas Ain Farhana dengan wajah yang begitu ceria.

Farisya senyum walaupun dalam hati dia terluka.

"Aku doakan kau dengan Iz bahagia till jannah.."

"Thanks.."

My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now