empat belas

5.7K 215 2
                                    

"Rocky,aku rindu kau.."

Ain Farhana yang baru tiba di dalam bilik setelah selesai makan malam mendekati suaminya yang duduk di atas katil.

"Ehem!Rindu Rocky je ke?Aku tak rindu?" tegurnya.

Izwan Farhan pantas memandang wajah Ain Farhana.Beraninya gadis itu.Desis hatinya.

"Okay-okay.Aku gurau je.Janganlah pandang macam tu.."

Ain Farhana tersengih kecil.Dia cuba menutup malunya.Dapat dirasa bahang pada wajahnya.

Dia mula membaringkan tubuhnya.Ditarik selimut hingga ke paras dada.Mata dipejamkan.

"Mana lah tak gemuk?Lepas makan,baring.Elok sangat lah tu.Bangun,kau tak solat isyak lagi.." bebel Izwan Farhan.

Mendengar sahaja perkataan gemuk,pantas mata Ain Farhana dibuka.Sensitif betul mendengar perkataan itu.Dia bangun dari pembaringan.Pandangan tajam turut diberikan kepada Izwan Farhan.

"Eh,sorry sikit.Aku baring je.Tak tidur lagi.Rileks lah.Isyak tak masuk lagi.Bagi lah aku rehat kejap.."

"Kau penat buat apa?Kau buat air je tadi.Ibu,umi dengan nenek yang masak.Kau tengok je kan?"

"Amboi,sedap eh mengata aku?Kau tak de kat dapur pun tadi.Macam mana kau tahu?Skodeng aku kan?Baik mengaku cepat.."

"Perasan.Aku tak skodeng kau pun.Kebetulan lalu kat dapur masa kau tengah bancuh air.."

Ain Farhana menganggukkan kepalanya.Kemudian dia kembali membaringkan tubuhnya.

"Ain,kenapa kau terima pernikahan ni?Kenapa kau sanggup bazirkan masa remaja kau dengan pernikahan ni?" soal Izwan Farhan tiba-tiba.

Ain Farhana sedikit terasa dengan kata-kata lelaki itu.Maknanya lelaki itu masih belum dapat menerima kenyataan?

"Aku ikhlas terima pernikahan ni.Err..aku keluar dulu lah.Aku baru teringat yang aku cas fon kat luar.." segera Ain Farhana beredar dari bilik itu.

Tiba sahaja di beranda,dia memandang langit yang gelap.

"Aku buat semua ni sebab aku sayangkan kau,Iz tapi nampaknya kau masih tak boleh terima semua ni.Aku takkan mengalah.Ye,takkan mengalah!Kau boleh,Ain!."

Ain Farhana tersenyum sendirian.Dia kembali menikmati kedinginan malam itu.

♡♡♡♡

Mereka sekeluarga mula berkemas untuk pulang ke Melaka.Encik Izman dan Encik Fakhri masing-masing memasukkan beg-beg pakaian ke dalam bonet kereta.

"Ain ni sibuk dengan patung sotong dia.Eh,awak tu dah berlaki.Ingat sikit.." tegur Puan Aina.

Ain Farhana hanya tersenyum kecil apabila ibunya berkata sebegitu.

"Mesti setiap malam peluk patung tu je.Kempunan Iz nak peluk kau,Ain.." usik Alif Fadzri kemudian dia ketawa jahat.

Ain Farhana memandang Izwan Farhan.Selamba sahaja lelaki itu.Tidak rasa apa-apa ke?Apalah nasib dapat suami macam kayu itu?Haih.Sabar jelah.

Masing-masing mula menyalam Puan Faizah sebelum memasuki kereta.

"Iz,jaga Ain.Tanggungjawab Iz dah makin berat sekarang.Ada masalah bincang elok-elok.Ain,dengar cakap Iz.Iz syurga kamu.Bukan lagi sepupu kamu.Hormat Iz.Nenek doakan kamu berdua sentiasa bahagia bersama.." ujar Puan Faizah kepada pasangan pengantin baru itu.

"Insya-Allah,nek.." balas mereka berdua serentak.

♡♡♡♡

"Besarnya rumah ni padahal kita duduk berdua je.." kata Ain Farhana sambil memandang sekeliling rumah yang dihadiahkan oleh oramg tua mereka sempena perkahwinan mereka.

Kedua orang tua mereka sudahpun pulang ke rumah masing-masing.

"Jom lah naik bilik.Membebel je kau ni.." kata Izwan Farhan sambil mengangkat begnya dan beg gadis itu kemudian mula memanjat anak tangga.

Ain Farhana mengekori langkah lelaki itu.Apabila tiba di bilik utama,Ain Farhana bersuara.

"Eh,kita..kita sebilik ke?Err..kau tak kisah?" soalnya teragak-agak.

"Aku okay je ke kau yang tak selesa?" balas Izwan Farhan.

Ain Farhana menggaru kepala yang tidak gatal.Dia okay sahaja jika mereka sebilik cumanya dia tidak percaya yang Izwan Farhan mahu sebilik dengannya.

Bukankah lelaki itu tidak menyukainya dan perkahwinan mereka?Haih.Tidak faham.

"Ain,kau berangan apa?Kau okay tak kita sebilik ni?Kalau tak okay,aku boleh je tidur bilik lain.."

"Hah?Err..okay.Aku okay.." kata Ain Farhana tersedar dari lamunannya.

"Okaylah kalau macam tu.Aku mandi dulu.Kau kemaslah apa yang patut.." ujar Izwan Farhan sambil mula memgambil tuala mandi di dalam beg dan melangkah ke arah bilik air.



Sorry sgt2 kpd sesiapa yg menanti saya edit citer ni😌Thank you so much x jemu menanti and still support saya❤.I'm so busy.Sorry again.Ni pun tgh try cari mood balik😊

My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now