dua belas

6.2K 246 2
                                    

Majlis pernikahan antara Izwan Farhan dan Ain Farhana bakal berlangsung sebentar sahaja lagi.

Ain Farhana yang berada di dalam bilik memandang wajahnya yang sudah siap bersolek dan berpakaian pengantin di hadapan cermin.

Farisya setia berada di sisinya.

"Aku tak bermimpi kan,Isya?" soalnya.

Farisya tersenyum.

"Tak,Ain.Kejap lagi Iz akan jadi suami kau.." balasnya sambil cuba memendam rasa.

Ain Farhana memusingkan tubuhnya menghadap sepupunya itu.

"Aku takut kalau aku tak mampu jadi isteri yang terbaik untuk Iz.Aku nak perkahwinan aku ni kekal sampai bila-bila.Kau doakan kami ye?"

"Pasti.."

Entah mengapa serta-merta Farisya jadi sebak.Dia cuba sedaya upaya menahan air matanya daripada jatuh membasahi pipi.

Serentak itu,Puan Aina tiba di muka pintu.

"Ain,jom lah keluar.Orang dah ramai tu.Kamu ni nak kahwin ke tak ni?"

"Okay,ibu.."

Ain Farhana mula berdiri.Farisya juga turut begitu.

♡♡♡♡

Dengan sekali lafaz,mereka berdua sah menjadi suami isteri.Ain Farhana menyeka air mata yang jatuh.Dia menyalam dan memeluk Puan Aina.

Tidak lama kemudian,Izwan Farhan mendekati Ain Farhana aka isteri yang baru dinikahinya.Nenek mula membuka bekas baldu cincin berwarna merah.Terdapat sebutir cincin berwarna silver.

Ain Farhana menghulurkan jari kanannya.Izwan Farhan tenang menyarungkan cincin pada jari manis gadis itu.Dengan penuh hormat,Ain Farhana menyalam tangan lelaki itu.

Dalam hati masing-masing sebenarnya bercampur baur.

Setelah itu,jurukamera mula menyuruh semua berkumpul untuk bergambar.Semua hadirin tersenyum bahagia melihat pasangan mempelai yang sama cantik sama padan itu.

Ada juga yang mengusik pasangan pengantin itu.

♡♡♡♡

Farisya duduk bersendirian di dalam bilik.Dia sudah tidak mampu menahan air matanya daripada jatuh.

Dia nekad mahu melupakan lelaki itu.Entah bagaimana dia boleh jatuh hati pada lelaki itu.Dia tidak mahu sesiapa tahu soal itu.

Terutamanya Ain Farhana.

Dia tidak mahu mereka berdua menjadi musuh gara-gara perasaannya terhadap Izwan Farhan.

♡♡♡♡

Selesai sahaja menunaikan fardhu zohor,Ain Farhana mula melipat sejadah dan telekung.

Itu kali pertama mereka solat berjemaah berdua.Sebelum ini ada,namun waktu itu ramai.Izwan Farhan kerap menjadi imam apabila pulang ke kampung.

Itu juga salah satu sebab mengapa Ain Farhana jatuh hati.

Izwan Farhan mula beredar ke katil.Ain Farhana hanya memerhati.Dia jadi serba tidak kena pula berdua dengan lelaki seperti itu di dalam bilik.

Sudahnya dia mula mengambil keputusan mahu keluar dari bilik itu.Pantas dia menyarung tudung sarungnya.

"Kau nak pergi mana?" soal Izwan Farhan yang baring sambil khusyuk dengan telefon.

"Err..nak keluar kejap.Nak tengok apa yang dorang semua buat kat luar tu.Seganlah kalau tak tolong apa-apa kan?" balas Ain Farhana.

"Tak payahlah.Dorang faham je kalau kita tak keluar.Kau ni.Tak penat ke?Malam karang ada doa selamat pula.Tak reti nak rehat ke?"

Ain Farhana tidak tahu mahu membalas apa.Sudah lah sesekali mata mereka menatap antara satu sama lain.Segan dia.Malu pun ada.Senang cerita,serba tidak kena lah.

"Erm..tak pe lah.Kau nak tidur,tidur lah dulu.Nanti aku kejut.Aku keluar dulu.Bye.."

Berkerut sedikit dahi Izwan Farhan.Bye?

Laju sahaja Ain Farhana melangkah keluar dari bilik itu.Dia mengetap bibirnya.Kemudian,bibirnya pula dipukul perlahan.

"Asal kau ni,Ain?Yang kau pergi bye kat Iz tu dah kenapa?Kejap lagi jumpa balik.Bukan kau nak pergi jauh pun.Aduh,buat malu je.Mesti Iz tengah gelak kat kau.." ujarnya sendirian.

♡♡♡♡

Malam itu,kenduri doa selamat dan juga tahlil diadakan.Majlis bacaan yasin dimulakan terlebih dahulu yang diketuai oleh Encik Fahmi.

Habis sahaja majlis,semua tetamu dijamukan dengan sedikit jamuan makan yang serba ringkas iaitu pulut kuning,rendang ayam dan daging serta air sirap dan teh o panas.

Jam mula menunjukkan pukul 10.33 malam.Semua tetamu pun sudah pulang.Tinggal mereka sekeluarga.

Ain Farhana dan Farisya mula mengemas apa yang patut.Kak Lisya,Izwani Farhani dan Kak Liyana turut ringan tulang membantu.

Izwan Farhan,Abang Naim,Abang Hairul,Alif Fadzri dan Abang Farid pula menggulungkan tikar yang terdapat beranda luar.

Ibu bapa mereka semua sedang rancak berbual di ruang tamu bersama nenek.Selesai sahaja mengemas,mereka juga turut bersama mereka.

"Alhamdulillah,semuanya dah selesai.." ujar Puan Fatihah.

"Alhamdulillah.."

"Lepas ni,Ain dah nakal tak boleh nakal-nakal.." usik Alif Fadzri.

"Bila masa Ain nakal?Ibu,tengok abang ni.Suka hati dia je cakap Ain nakal.." balas Ain Farhana.

"Ain,malu sikit dengan Iz tu.Ish,perangai tu tak berubah ye?Haih,budak ni.." tegur Puan Aina.

Semua yang hanya ketawa.

"Mak masuk bilik dulu lah.Dah penat sangat ni.Mengantuk pun ada.Ain,malam ni tidur dah berteman.." ujar Puan Faizah sambil sempat mengusik pasangan muda itu.

"Masuk lah,mak.Rehat ye?" kata Encik Fakhri.

"Biar Isya bawa nenek masuk bilik.." kata Farisya pula sambil mula berdiri.

"Yelah.."

Dalam diam,Izwan Farhan memerhati Farisya dan nenek.Dia perasan Farisya seakan mahu mengelak daripada bertemu dengannya.Mungkin tidak mahu Ain Farhana salah faham.

My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now