lima belas

5.8K 206 5
                                    

"Iz,jom sarapan.Aku dah siapkan nasi goreng kampung.Tak tahu lah okay ke tak dengan selera kau.." ajak Ain Farhana apabila terlihat suaminya sedang menuruni anak tangga.

Izwan Farhan mula mendekati meja makan dan menarik kerusi.Dilabuhkan punggungnya.Ain Farhana mencedukkan nasi ke pinggan lelaki itu.

"Cukup lah tu.Terima kasih.Kau duduklah.Sarapan sekali.." kata Izwan Farhan.

Ain Farhana hanya menurut.

Mereka mula bersarapan.

"Erm..okay ke?Aku tak terror macam ibu.Aku main bantai je masak.Asalkan boleh makan.." jujur Ain Farhana berkata.

"Okay lah ni.Sedap.."

Jawapan Izwan Farhan membuatkan bibir Ain Farhana menguntumkan senyuman.Bahagia hatinya dipuji suami sebegitu.

"Aku nak keluar tau kejap lagi.Nak jumpa Asyraf.."

Mati senyuman Ain Farhana.

"Tak boleh berenggang langsung.Hurm.."

Dia mengeluh perlahan.

"Aku nak ambil Rocky lah.Kau ni.Macam tak tahu pula aku dengan Asyraf macam mana.Tak payah lah buat muka macam tu.Buruk tau,Ain?"

"Eh,suka hati je kata aku buruk.Sebab aku tahu kau dengan Asyraf macam mana lah aku buat muka.Lelaki kalau dah jumpa member,semua benda boleh lupa tau?Silap hari bulan,jalan balik rumah ni pun kau dah tak ingat.." bebel Ain Farhana.

Izwan Farhan tersengih kecil.Kuat membebel rupanya gadis itu.Sejak berkahwin,pelbagai kerenah Ain Farhana dia mula tahu.

"Err..cakap pasal Rocky,dia tinggal sini ke nanti?Erm..kau pun tahu kan aku dengan kucing macam mana?Nanti ada yang terbalik meja.."

"Ain,soalan apa kau tanya ni?Dah aku tuan dia mestilah dia tinggal dengan aku.Jangan risau,Rocky baik.."

Dahi Ain Farhana sedikit berkerut.

Baik?

Baik apanya?

Dia pernah dicakar sewaktu mendukung kucing kesayangan lelaki itu.

Itupun dipaksa dan dicabar oleh lelaki itu.

"Err..tidur?Rocky tidur sebilik dengan kita ke?Please,Iz.Jangan bawa masuk bilik.Nanti aku nak tidur macam mana?" rayunya.

"Of courselah Rocky tidur dengan aku.."

Ain Farhana mengeluh lagi.Nampaknya lelaki itu langsung tidak kisah dengan dirinya yang takut akan kucing.Sayang sangat kucing itu berbanding isteri sendiri.Sakitnya hati!

Dia mula berdiri dan mengemas meja.Dia ingin merajuk namun melihat reaksi lelaki itu yang seakan tidak ambil peduli membuatkan dia tidak jadi.Dia segera mengangkat pinggan dan beredar ke dapur.

♡♡♡♡

"Eh,jumpa kat sini pula.Ada jodoh ni.." kata Airina yang teruja dengan kehadiran Izwan Farhan di McDonald yang berdekatan di kawasan perumahan mereka.

Asyraf Khairil hanya mendengar.Apalah yang gadis itu sedang mengarut.Sahabatnya sedikit pun tidak ada tunjuk rasa suka pada gadis itu.

"Boleh tak aku nak join kau,Iz?Bosanlah makan sorang-sorang.." kata Airina.

"Boleh,apa salahnya?Jom jelah.."

"Baiknya kau ni.Tak sombong langsung.Memang ramailah crushkan kau ni.Sporting.."

Izwan Farhan hanya tersenyum.

"Jomlah duduk.."

Airina mengangguk.

"Kau memang selalu ke makan sini,Airina?" soal Asyraf Khairil.

"Haah.Korang?Jarang nampak?"

"Selalu kitaorang bungkus je.Makan kat rumah lagi happy.Makan dengan family.Lagi meriah.."

"Untungnya korang.Parents aku selalu busy.Tak de masa untuk aku.Hurm.." ujar Airina cemburu dengan kebahagìaan keluarga kedua-dua lelaki di hadapannya.

"Sabarlah,weh.Dorang cari rezeki untuk kau.Doa jelah yang terbaik.Aku nak pergi toilet kejap.Dari tadi tahan.." kata Asyraf Khairil sambil tersengih kecil.

Pantas dia berdiri dan menuju ke arah toilet.

"Pengotor lah kau.."

Kini tinggal lah mereka berdua.

"Iz jom selfie.Aku nak post kat ig sebab hari ni aku bertuah dapat makan dengan jejaka idaman Malaya.."

Pantas sahaja Airina mencari filter instagram yang diminatinya.

♡♡♡♡

"Hari yang paling bertuah.Date dengan bakal.." ujar Ain Fahana sebaik sahaja melihat ig story dan caption Airina.

Menyirap darahnya.Airina memang sedang cari pasal dengannya.

"Asal tak sambung ayat kau tu?Bakal apa?Bakal suami?Bakal imam?Sedap kau je label Iz tu kan?Dia dah kahwin lah!Gedik!Gatal dengan suami orang!"

"Eh,tapi dia kan tak tahu?Arhhh tak kisah lah dia tahu ke tak.Yang penting sekarang ni aku tak suka.Mamat tu pun satu.Cakap lepak dengan Asyraf je.Ni tetiber sesat pula minah tu.."

Ain Farhana meletakkan fon ke tepi.Dia membaringkan tubuhnya.Mata dipejam rapat.

Beberapa minit kemudian,Izwan Farhan tiba di bilik bersama Rocky.Dilihatnya Ain Farhana sedang enak dibuai mimpi.

Dia meletakkan Rocky di atas katil.Rocky mula berjalan‐jalan di atas katil itu.Dia duduk di atas selimut yang menutupi tubuh Ain Farhana.

Ain Farhana menarik selimutnya.Dapat dirasakan sukar untuk menarik.Dapat dia mendengar dengan jelas sesuatu sedang berbunyi.

"Meow.."

"Meow.." 

Dia mula membuka kelopak matanya.Kucing itu betul-betul dì hadapannya.

Dia apa lagi?

Menjerit dan mula berlari.

Terkejut kucing itu.Dengan Izwan Farhan sekali terkejut.

Izwan Farhan segera mendapat Ain Farhana yang sudah berlari ke tingkat bawah.

"Woi,kau pahal?" ujarnya apabila tiba di ruang tamu.

Dia melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu.

"Kau tu hah dah kenapa?"

Bantal kecil yang dipeluknya segera dipukul ke bahu Izwan Farhan.Puas hatinya.

"Okay-okay aku minta maaf.Aku rasa Rocky suka kau.Tu yang dia nak bermanja dengan kau.."

"Aku tak suka dia.Aku takut dengan dia ada lah.Huh.."

Izwan Farhan tersengih kecil.Geli hatinya melihat reaksi Ain Farhana tadi.

My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon