dua puluh dua

6.2K 188 32
                                    

Izwan Farhan berjoging bersama gengnya di padang.

Tepat jam 6.20 petang,hujan turun dengan lebat sekali.

Izwan Farhan yang berada di tengah padang bersama rakan-rakannya berlalu pulang ke rumah.Dia meredah hujan yang lebat itu.

Dia basah kuyup akibat dia pulang dengan motosikal.Ain Farhana berlari mendapatkan suaminya.

"Iz,kau okay?"

"Aku okay.."

Izwan Farhan menggigil kesejukan.Dia berlalu naik ke atas.Ain Farhana turut naik ke atas.

"Kau mandi dulu.Kejap lagi aku buatkan hot chocolate untuk kau.." ujar Ain Farhana.

Izwan Farhan hanya menurut.Dia berlalu ke dalam bilik air.

Setelah itu,Ain Farhana turun ke bawah untuk menyediakan hot chocolate.

Izwan Farhan yang sudah siap mandi hanya baring di atas katil.Kemudian,Ain Farhana naik ke atas semula.

"Iz,minum ni.Bagi badan kau panas.."

Izwan Farhan mengambil gelas itu.

Ain Farhana bangun untuk menutup kipas namun langkahnya dimatikan.

"Kau nak pergi mana?"

"Aku nak tutup kipas.Nak bagi badan kau berpeluh.."

"Ala,tak payah lah.."

"Macam mana nak baik kalau macam ni?"

"Ala bukan teruk pun.Sikit je.."

"Ish,orang degil macam ni lah.." rungut Ain Farhana.

♡♡♡♡

Pada sebelah malam pula,Ain Farhana mengelap dahi Izwan Farhan dengan kain basah.

"Iz,esok kau cuti jelah.."

"Tak nak.."

"Kau ni.Demam pun nak degil juga.."

"Ala,demam sikit je nak kecoh.Belum mati lagi.."

Ain Farhana terdiam.Tangan yang mengelap berhenti secara tiba-tiba.Dia memandang wajah lelaki itu namun hanya seketika.

Izwan Farhan mula tersedar dengan kata-katanya.

"Ain,sorry.Tak de niat nak buat kau terasa.."

"Kalau ye pun nak gurau,tak payah lah guna perkataan mati.Aku tak nak umur 17 tahun aku digelar janda.."

Ain Farhana menayangkan muka sayu.

"Okay,tak.Aku terlepas tadi.Kau lah.Aku baru je demam.Belum yang teruk lagi..

"Mestilah aku takut.Aku terlalu sayangkan kau pastu senang-senang kau nak tinggalkan aku?"

Mengalir air mata Ain Farhana.Izwan Farhan menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

"Ain,okay-okay.Aku tak cakap dah bukan-bukan.Janganlah menangis.." katanya seakan memujuk.

♡♡♡♡

Jam hampir menunjukkan ke arah angka 1.44 pagi.Izwan Farhan mengiring ke kanan dan ke kiri.Tidak boleh tidur.

Dia mula menghadap dan menatap wajah Ain Farhana yang lena tidur di sisi kanannya.Dia tersenyum.

"Seronok kau dapat lena eh?Aku yang tak sihat ni tak boleh nak tidur tau tak?" ujarnya seorang diri.

Dia kemudiannya bersin pula.Tidak dapat menahan diri daripada ketidakselesaan,langkah diatur ke bilik air.

Keluar sahaja dari bilik air kelihatan Ain Farhana sedang duduk di atas katil.Terkejut dia.

"Kau pergi mana?" soal Ain Farhana.

Izwan Farhan mendekati katil.

"Aku pergi bilik air je.Kenapa?"

Ain Farhana mengeluh panjang.

"Kan aku dah cakap.Kalau nak apa-apa,bagitahu aku.Nak pergi mana-mana,cakap dengan aku.Kau tu bukannya sihat sangat,Iz.."

"Aku okay.Lagipun,aku malaslah susahkan kau.Kau dah lena tadi.."

"Kenapa kau bangun?"

"Aku sejuk.Tak tahan.."

"Kenapa tak cakap awal-awal tadi?Tulah.Aku nak slowkan kipas kau tak bagi.."

Izwan Farhan tersengih kecil.

"Sekali sekala kau jadi mak cik best juga kan?Membebel je.."

"Aku bebel sebab sayang.Tak salah kan?"

Izwan Farhan mendiamkan diri.Dia mula kembali berdiri.Langkah diatur ke luar bilik.Tidak selesa dengan suasana di saat itu.

"Nak pergi mana tu?" tegur Ain Farhana.

"Aku haus.."

"Tak pe,biar aku ambil.."

Ain Farhana mula mengatur langkah ke bawah.Izwan Farhan hanya membiarkan.Dia memikirkan kata-kata Ain Farhana tadi.


My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now