tiga

7.6K 287 5
                                    

Ain Farhana tersenyum seorang diri di dalam bilik sambil menghadap kerja sekolahnya.Dia teringat kejadian pagi tadi di mana dia dan Izwan Farhan satu kereta kerana sepupunya itu menumpangkannya untuk ke sekolah memandangkan keadaannya yang sebegitu.

Walaupun suasana hanya diam sunyi sepi ditambah lagi dengan rasa segan dengan lelaki itu,dia tetap berasa bertambah bahagia.Siapa sahaja yang tidak suka dapat menatap wajah crush sendiri kan?

"Anak ibu ni belajar ke berangan?" tegur Puan Aina di muka pintu.

Terus mati lamunan Ain Farhana apabila terdengar suara ibu kesayangan.Dia tersengih kecil.

"Hehehehehhh dua-dua.."

Puan Aina sudah tergeleng-geleng kepalanya.Bertuah punya anak.

"Jom turun bawah.Mak Ngah ada kat bawah tu.." ajaknya apabila teringatkan kakak iparnya yang berada di ruang tamu.

Bulat mata Ain Farhana dibuatnya.Pelik dan agak terkejut.Tiba-tiba sahaja ibu saudaranya datang ke rumah.Ingin melamarnya ke?

Merepeklah Ain!

"Kenapa Mak Ngah datang,ibu?Ada hal penting ke?" soalnya inginkan kepastian.

"Mak Ngah nak jenguk kamu.Kamu kan tak sihat.Apa punya soalan Ain tanya ibu ni?"

"Ohh.."

Agak panjang Ain Farhana nengatakan perkataan 'ohh'.

"Amboi,panjang ohh?Dah,jom turun.Tak baik biar tetamu kat bawah macam tu.."

Ain Farhana mula bergerak ke arah tempat penyidai tudung expressnya.Puan Aina menegur anak gadisnya.

"Tak payah pakai tudung.Mak Ngah datang sorang je.."

Entah mengapa Ain Farhana berasa hampa disaat ibunya berkata sebegitu.Dia kemudiannya mengikuti langkah ibunya daripada belakang.

Apabila tiba di tingkat bawah,kelihatan Puan Fatihah sedang asyik dengan fon.Ain Farhana mendekati ibu saudara untuk bersalaman.

"Ain,macam mana kaki?Teruk ke?" soal Puan Fatihah prihatin selepas mereka bersalaman.

"Tak de lah teruk sangat,Mak Ngah.Dah surut sikit.Hurm..Mak Ngah datang sorang je ke?"

"Haah,Ain.Mak Ngah datang sorang jelah.Tadi Mak Ngah ajak Iz ikut sekali tapi dia kata dia ada training bola pula.Kak Wani kamu keluar dengan tunang dia.Hurm.."

Kedengaran keluhan terbit di bibir Puan Fatihah.

Ain Farhana mengangguk faham.

♡♡♡♡

Seminggu kemudian,

Ain Farhana membeli makanan di kantin memandangkan waktu rehat telah tiba.Aisya Syarina tiada sekali kerana ada urusan bersama guru disiplin.Dia bertembung dengan TBB.

"Akak pengawas kita dah okaylah.." ujar salah seorang TBB.

"Aku rasa aku tak bermusuh pon dengan korang.." kata Ain Farhana berani.

"Memang kau tak bermusuh dengan kami tapi kitaorang geram.Kenapa kitaorang selalu diberi slip?Pastu kena tolak merit pula tu.."

"Tu salah korang.Peraturan sekolah.Mana boleh suka hati nak datang lewat.."

"Kau ni kan.."

Tangan salah seorang TBB mula naik namun sempat diselamatkan oleh Izwan Farhan.

"Kau lagi?"

"Apa yang korang tak puas hati dengan sepupu aku ni?" kata Izwan Farhan tegas.

"Dia ni banyak sangat report pasal kitaorang dekat cikgu.."

"Dah korang buat salah.Tu tanggungjawab dia.."

"Kau dengan dia sama je.."

Kemudian TBB berlalu pergi.

"Kau okay?" kata Izwan Farhan.

Ain Farhana hanya mengangguk.

"Lepas ni kalau nak pergi mana-mana.Bawa lah teman.Kalau dia tampar kau tadi macam mana?Buatnya kau pengsan tadi macam mana?" serius Izwan Farhan berkata.

'Dia caring pasal aku?Ya Allah..' kata Ain Farhana dalam hati dengan girang.

"Kau ni aku cakap dengarlah.Ni berangan je kerjanya.."

"Aku dengarlah.."

"Apa yang kau dengar?"

"Aku blah dulu.Nah,roti untuk kau.Terima kasih selamatkan aku.." kata Ain Farhana sambil menghulurkan roti berperisa coklat kepada Izwan Farhan.

"Hei,kau tak makan ke?" soal Izwan Farhan yang pelik dengan sepupunya kemudian dia menyambut huluran itu.

Apa pun dia bersyukur.Mungkin rezekinya pada hari itu.Selamat duitnya.

"Aku kena bertugas.Bye.."

Ain Farhana laju menuju ke tempat bertugasnya.Izwan Farhan memerhati tingkah laku gadis itu sehingga hilang daripada pandangan matanya.

My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now