enam

7.2K 261 7
                                    

Puan Fatihah menghidangkan teh o panas dan juga keropok lekor di atas  meja kemudian mengambil tempat di sebelah suaminya yang sedang khusyuk menonton berita utama tv3.

"Minum,bang.." ujarnya.

"Terima kasih.." kata Encik Izman.

"Sama-sama kasih.."

Puan Fatihah tersengih.

Encik Izman mula menghirup minuman itu.Kemudian diambil pula keropok lekor lalu dicicah bersama sos cili.

Mata Puan Fatihah melilau mencari anak terunanya.

"Mana pula Iz ni?Iz!Tak nak makan sekali ke?" laungnya.

Izwan Farhan yang kebetulan baru hendak menuruni anak tangga membalas.

"Ye,umi.Kejap.On the way.."

Dia tiba di tingkat bawah tidak lama kemudian.Dia mengambil tempat di hadapan umi dan walidnya.

"Buat apa kat atas tu?" soal Puan Fatihah.

"Tak de apa,umi.Duduk je.."

"Sunyi kan rumah ni?Kakak kamu dah tinggal dengan suami dia.Lepas ni kamu pula.Tinggal umi dengan walid je lah nanti.."

Berkerut sedikit dahi Izwan Farhan.Cuba menghadam kata-kata uminya.

"Umi,Iz takkan tinggalkan umi.Iz bukan nak kahwin lagi.."

"Err..Iz.Umi sebenarnya ada benda nak cakap sikit dengan kamu.Harapnya kamu tak marahkan umi ye?" ujar Puan Fatihah.

Rasanya itulah masa yang sesuai untuk berbincang mengenai hasratnya.

"Umi ni suka buat suspen.Apa dia,umi?"

Puan Fatihah memandang suaminya terlebih dahulu sebelum membuka mulut.Nafas ditarik kemudian dihembuskan.

"Umi sebenarnya nak jadikan Ain sebagai menantu umi.Iz setuju?"

Izwan Farhan memandang wajah syurganya seakan tidak percaya.Terkejut dia dibuatnya.

♡♡♡♡

"Apa ibu?!Ibu serius ke ni?!" agak kuat suara Ain Farhana pada malam itu dek kerana terkejut dengan kata-kata ibunya.

"Ada nampak ibu main-main ke?Ain,Mak Ngah tu berkenan sangat dengan Ain.Okay,ibu tak paksa untuk Ain terima.Ibu nak Ain yang buat keputusan.." balas Puan Aina.

"Iz?Iz cakap apa,ibu?Dia..dia terima ke?" soal Ain Farhana sedikit kalut.

Ikutkan rasa di hati,dia gembira tapi tak pernah terlintas lagi di fikirannya untuk berkahwin dengan lelaki itu.

"Tu ibu tak tahu.."

Hampa Ain Farhana mendengar jawapan ibu kesayangannya.Aduh,apa dia mahu jawab ni?Setuju ke tidak setuju?

"Ibu tak paksa Ain.Ni masa depan Ain.Fikir baik-baik.Ibu tak nak Ain menyesal di kemudian hari.Perjalanan hidup Ain masih panjang.Okay lah.Ibu masuk tidur dulu.Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.."

Ain Farhana memerhati ibunya keluar dari biliknya hingga hilang dari pandangan.Dia kembali berfikir tentang hasrat Mak Ngah yang ingin menjadikannya sebagai menantu.

Buntu dia dibuatnya.

♡♡♡♡

Pagi itu,Ain Farhana bertugas seperti biasa.Beberapa minit selepas itu,dia terlihat Izwan Farhan.Lelaki itu nampak biasa sahaja.Dia jadi tertanya-tanya.Adakah sepupunya itu masih belum tahu hasrat Mak Ngah?

Dia cuba berlagak selamba apabila lelaki itu mendekatinya namun semakin dekat semakin berdebar-debar pula jantungnya.

Dalam fikirannya,terlampau banyak persoalan yang bermain di mindanya.Semua jadi serba tak kena apabila lelaki itu ada.

"Ain.." ujar Izwan Farhan.

"Ap..apa?"

"Tali kasut kau terbuka.."

Tercengang Ain Farhana dibuatnya.What?!Terkebil-kebil matanya memandang jejaka itu.Matanya mula dialihkan ke arah bawah.Memang benar tali kasutnya terbuka.Macam mana boleh dia tidak perasan?

"Bukan tu sebenarnya aku nak cakap.Umi nak kau sekeluarga datang makan kat rumah Jumaat malam.."

"Ohh,okay.."

"Aku gerak dulu.."

Izwan Farhan pantas meninggalkan Ain Farhana.Ain Farhana memerhati lelaki itu kemudian dia mengikat tali kasutnya.Aduh,selekehnya!

Setelah selesai menahan beberapa orang murid yang datang lewat,dia mula melangkah ke arah tapak perhimpunan.

Guru yang bertugas membuat pengumuman tentang aktiviti merentas desa yang bakal berlangsung pada Jumaat depan.

Jadi latihan perlu dibuat pada setiap hari Rabu.Kedengaran bising-bising dari arah pelajar perempuan Tingkatan 4 dan 5.

Kemudiannya,mereka dibenarkan masuk ke dalam kelas masing-masing dan selepas bertugas,semua pengawas diminta tunggu sebentar.

My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now