lapan

6.8K 246 6
                                    

Jumaat malam pun tiba.Mereka sekeluarga berkumpul di ruang makan.Ain Farhana dan Izwan Farhan duduk berhadapan.Mereka mula menikmati makan malam.

Beberapa minit kemudian,mereka selesai.Seperti biasa,kaum hawa mula mengemas apa yang patut dan kaum adam pula menyambung perbualan di ruang tamu.

Kemudian,setelah selesai,semua berkumpul di ruang tamu.Kedua ibu bapa mereka rancak berbual sedang mereka hanya mendengar dan mendiamkan diri.

Sungguh terasa janggal berkeadaan sebegitu.

"Na,Kak Ngah dah tak sabar ni.Rasa macam semua benda Kak Ngah nak buat.." ujar Puan Fatihah.

"Kak Ngah tak sabar?Na lagi tak sabar.." balas Puan Aina.

Encik Fakhri dan Encik Izman hanya tersengih mendengar kata-kata isteri mereka.

"Kamu berdua ni diam je?Tak de pape nak cakap ke?" tegur Puan Fatihah sambil matanya tepat ke arah Ain Farhana dan Izwan Farhan.

"Tak tahu nak cakap apa,umi.." jujur Izwan Farhan berkata.

"Ka Ngah ni.Dorang dua ni segan lah kot.." kata Encik Fakhri sengaja ingin mengusik anak daranya serta anak buahnya.

"Nak segan apanya?Majlis pun dah tak lama.Lagi dua bulan je.."

Ain Farhana mula berasa pipinya terasa membahang.Dia jadi teringat pula kata-kata Izwan Farhan tempoh hari di sekolah.

"Aku tak jamin perkahwinan kita ni akan bahagia.Aku tak nak kau letak harapan yang tinggi,Ain.."

Mengingatkan kata-kata lelaki pujaan hatinya,dia jadi sedih.Rasa seperti mahu batalkan semuanya namun memikirkan kedua orang tua mereka yang begitu mengharapkan mereka bersatu,dia jadi buntu.

♡♡♡♡

Keesokkan harinya,Izwan Farhan mengambil kucing kesayangannya bernama Rocky yang berada di rumah kakaknya.

"Rocky.."

Haiwan peliharaan itu sungguh manja dengannya.Digomol-gomol kucing kesayangannya itu.

"Iz.." kata Izwani Farhani yang baru tiba sambil menatang dulang.

"Apa,kak?"

"Dah siap ke persiapan semua?Iz ni macam tak nak kahwin je.."

"Umi yang uruskan.Biarlah.Iz ikutkan je.Malas nak ambil tahu.." balas Izwan Farhan selamba.

"Hei!Mana boleh macam tu.Iz,kita kahwin ni sekali seumur hidup.Mana boleh sambil lewa je.Haih,ni kalau umi dengar,memang habislah kau,Iz.Akak tak tolong tau?"

Tergeleng-geleng kepala Izwani Farhani mendengar kata-kata adiknya.Sangat mengambil mudah perkara sebegitu.

Hairul Ilyas turut bersetuju dengan isterinya.

"Iz,abang faham perasaan Iz.Iz tak bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami lagi kan?Tak pe.Slow-slow.Okay?" ujarnya sambil menasihati.

"Thank you,bang.."

"Akak ni bukan apa,Iz.Ain tu baik budaknya.Lepas ni,Iz tak boleh dah layan Ain sebagai sepupu lagi.Dia akan jadi isteri Iz.Akak berharap korang bahagia dunia dan akhirat.."

Izwan Farhan hanya mendengar sambil mengusap lembut badan dan kepala Rocky.Entah mengapa setiap kali soal itu dibangkitkan,dia seakan tidak mahu membahas soal itu.

♡♡♡♡

Ain Farhana tersedar dari lena.Jam sudah menunjukkan ke angka hampir 4.30 petang.Sungguh dia mengantuk sebaik sahaja solat zohor tadi.

Dia bangun dari pembaringan.Getah rambut berwarna hitam yang ada di pergelangan tangan kanannya di ambil lalu mengikat tinggi rambutnya yang panjang mengurai hampir mengenai pinggang.

Dia mengosok-gosok matanya bagi menghilangkan rasa mengantuk dan juga menghilangkan taik mata.Sambil-sambil itu kedengaran bunyi notification whatsapp.

Tertera nama Aisya Syarina.

Sya
Weh
Jom pergi pantai
Ambil angin🤣

You
Baru bangun weh😆

Sya
Pukul 5 kita gerak eh?

You
Boek👌

Sya
😘

Ain Farhana mula melangkah ke dalam bilik air.Setelah selesai menunaikan fardu Asar,dia bertudung dan turun ke bawah.

"Anak dara sorang ni nak pergi mana?Tak reti dok rumah langsung.Haih.Macam mana dah kahwin nanti ni,Ain?" ujar Puan Ain yang sudah mula membebel.

Ain Farhana hanya tersengih.

"Nak keluar dengan Aisya je.Tak jauh pun.Pergi ambil angin dekat pantai je.Ain janji Ain tak balik lambat.." katanya sambil mengangkat kelima-lima jarinya seperti sedang berikrar.

"Hati-hati sikit.Kamu tu tak reti berenang.." pesan Puan Aina.

"Beres,ibu!Sayang ibu.Bye,assalamualaikum.." sempat Ain Farhana menyalam dan mengucup kedua-dua belah pipi ibu kesayangannya sebelum melangkah pergi ke rumah Aisya Syarina.

Puan Aina hanya memerhati anak daranya sehingga hilang dari pandangan matanya.Anak bertuah seorang ni!Ada sahaja telatah dan kerenahnya.

My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now