dua puluh

5.6K 199 13
                                    

Hari jumaat itu merupakan hari sukan tahunan pada tahun itu.Selepas bacaan yasin dan doa,para pelajar diarahkan ke padang.

Sukan tahunan dimulakan dengan perbarisan.

Pembawa-pembawa bendera berjalan dahulu.Seterusnya diikuti dengan rumah hijau,rumah ungu,biru,merah dan kuning.Tema pada tahun itu ialah superhero.

Selepas itu,acara dimulakan dengan larian 4x100.Seterusnya,4x400,lontar peluru,100 meter,200 meter,lempar cakra dan lain-lain.

Tepat jam 11.45,semua murid berkumpul di tengah padang untuk acara penyampaian hadiah.Secara rasminya juara pada tahun itu disandang rumah biru.

♡♡♡♡

Malam itu,Ain Farhana membebel seorang diri di dapur sambil menyediakan makan malam.Sakit hati dengan Airina.

"Kalau ikutkan hati,nak je aku bagitahu kau yang Iz tu suami aku.Sibuk je mengatal.Sabar aku pun ada had tahu tak?" katanya geram.

Sikap gadis itu yang semakin mencuba untuk merapatkan diri dengan suaminya membuatkan dia jadi sebegitu.Dia cemburu.

Dia teringat kejadian siang tadi.Gadis itu mengajak suaminya bergambar dan juga makan bersama.

Dia yang sedang memotong timun,tanpa sedar dia terhiris jari telunjuknya.Darah mengalir keluar.Dia terkejut lalu menjerit.

"Ouch!"

"Aduhh!"

Izwan Farhan yang sedang asyik menonton televisyen segera menuju ke dapur kerana jeritan Ain Farhana.

Apa yang berlaku?

"Kau kenapa,Ain?"

Ain Farhana menunjukkan jari telunjuknya yang luka.Dia mula ingin menangis.

"Macam mana boleh jadi macam ni?Tu lah bebel tak ingat dunia.." ujarnya.

Ain Farhana termalu sendiri.Lelaki itu dengar ke?

Izwan Farhan segera membasuh luka Ain Farhana.Sesekali Ain Farhana merintih kesakitan kerana berasa nyilu dan pedih.Sungguh dia tidak selesa.

"Cuba tahan sikit.Luka kau ni kena basuh.Takut nanti ada kuman.."

Ain Farhana hanya mendengar.

Izwan Farhan membawa isterinya ke tempat duduk yang terdapat di dapur itu.Sempat dia mengambil peti kecemasan.

Luka Ain Farhana dibalut dengan plaster.

"Aku dengar kau membebel tadi tapi tak jelas.Kau marahkan siapa?" soalnya setelah siap.

"Err..tak de siapa.Erm..thanks.Aku nak sambung masak.." ujar Ain Farhana sambil mula berdiri namun Izwan Farhana segera mencapai tangannya.

"Tak payah.Nanti apa pula yang luka.Kita order je.Kau nak makan apa?"

"Order?"

Bersinar mata Ain Farhana.

"Ye lah.Aku tak nak kau terluka lagi.."

Ain Farhana tersenyum bahagia mendengar kata-kata Izwan Farhan.Caring juga suaminya itu.

"Cepatlah.Nanti kedai tutup.." gesa Izwan Farhan.

"Erm..nak mcd.." kata Ain Farhana tersengih kecil.

"Amboi,demand pula dia ni.."

"Tadi tanya aku nak makan apa.Ni aku dah cakap nak makan apa,banyak pula komen kau.."

"Ye lah.."

♡♡♡♡

Kedua-dua belah keluarga mengunjungi mereka disaat waktu makan tengahari.

"Ain,kenapa jari tu?" tegur Puan Aina.

Ain Farhana tersengih.

"Err..kena pisau ibu.." balasnya.

"Macam mana boleh kena?Iz?Kamu kacau Ain ke masa Ain tengah masak?" kata Puan Fatihah pula.

Izwan Farhan memandang uminya.Aik?Dia pula yang dipersalahkan?

"Apa pula Iz?Umi ni.Iz duduk diam-diam je kat sofa ni malam tadi.Ain tu hah.Berangan apa tah sampai boleh terkena pisau.." katanya membela diri.

"Ain ni rajin sangat masuk dapur tu yang sampai boleh luka tu.." kata Encik Fakhri mengusik anak perempuannya.

"Sudah lah tu.Kita makan dulu.Kejap lagi sambung borak.." kata Encik Izman pula.

Memandangkan semua lauk-pauk sudah siap dihidangkan di atas meja,mereka mula melabuhkan punggung di kerusi untuk menikmati juadah itu.

Mujurlah kedua-dua orang tua mereka memberitahu mahu berkunjung.Itu yang Ain Farhana dan Izwan Farhan masak banyak dari hari biasa.

Ain Farhana tidak menyangka yang suaminya itu pandai memasak.Sungguh meringankan kerjanya.Memang tip toplah suami pujaannya itu.Serba serbi boleh.



My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now