empat

7.5K 294 11
                                    

Pagi Sabtu itu,rumah keluarga Izwan Farhan dibanjiri dengan ramai tetamu.Maklumlah,majlis pernikahan di antara kakaknya bersama pilihan hati.

Ain Farhana tersenyum seorang diri melihat pujaan hatinya yang baru tiba di ruang tamu bersama sahabat-sahabatnya iaitu Asyraf Khairil,Daniel Haziq dan juga Emir Hafizi.

"Senyum kat siapa tu Ain?" soal Farisya  menegur sepupunya itu yang duduk bersimpuh bersebelahannya.

Dia,Ain Farhana dan Izwan Farhan sebaya.Cuma yang bezanya dia bersekolah di Pahang.

"Hah?Err..erm..tak de.Mana ada aku senyum kat siapa-siapa.Aku suka tengok baju Kak Wani.Lawa kan?" kata Ain Farhana sambil menahan malu.

Aduh,tertangkap pula!

"Ohh,aku pun suka.Tak over pun.." sokong Farisya kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah kakak sepupunya yang sedang berbisik dengan Puan Fatihah.

Mungkin Puan Fatihah memberi pesanan.

Ain Farhana tersenyum tawar.

Beberapa minit kemudian,Izwani Farhani sah menjadi milik Hairul Ilyas dengan hanya sekali lafaz sahaja.Bacaan doa mulai didengari.

♡♡♡♡

Selesai sahaja menunaikan fardhu Asar,Ain Farhana melangkah keluar dari bilik yang dikongsi bersama Farisya memandangkan malam itu mereka bermalam di rumah keluarga Izwan Farhan.

Dia menuju ke tingkat bawah.Kedengaran suara-suara orang tua sedang berbual.

Sedang dia menuruni anak tangga kedengaran seseorang menegurnya.

"Ain.."

Dia pantas menoleh.

"Nenek.."

Dia pantas mendekati Puan Faizah.Risau akan neneknya yang ingin menuruni anak tangga.

"Nenek okay je,Ain.Tak perlu papah,nenek.."

"Biarlah,nek.Asalkan nenek sampai turun bawah.."

Apabila tiba di tingkat bawah,kelihatan semua ahli rumah sedang berkumpul di ruang tamu.

"Haa Ain,baru nampak muka?Macam dia pula pengantin.." usik Puan Syaqila,Mak Long mereka.

"Hehehehh terlelap tadi.Isya lah.Tak kejut Ain.."

Farisya pula yang dipersalahkan.Ain Farhana tersengih.

"Aku pula?Kau yang tidur,aku pula kena kejutkan?Aku tengok kau macam penat je,malaslah kacau.." ujar Farisya.

"Sudahlah tu.." kata Puan Aina pula.

Ain Farhana mula berdiri dan melangkah ke luar rumah.Baru beberapa langkah,dia ditegur.

"Nak pergi mana pula tu?" soal Encik Fakhri.

"Nak pergi laman luar je.." balas Ain Farhana.

Dia meneruskan langkahnya.Tudung syria hitam yang disarung di kepalanya berkibar-kibar akibat terkena angin.

Dia berdiri di hadapan kolam ikan yang di laman itu.

"Hai,awak!" ujarnya riang sambil melambai-lambai tangannya kepada ikan yang ada di dalam kolam.

Dia tersenyum sendirian.

"Kau mereng ke cakap dengan ikan?" tegur seseorang.

Ain Farhana mematikan senyuman kemudian dia memandang ke arah kirinya.Wajah Izwan Farhan tepat memandang ke arahnya.

"Err..salah ke bercakap dengan ikan?"

"Tak salah tapi ikan tu tak faham pun kau cakap apa.."

"Suka hati lah.Kau kat sini kenapa?Skodeng aku eh?" sengaja Ain Farhana berkata begitu.

"Jangan perasan lah,Ain.Umi suruh aku tengok kau.Kolam ni licin.Hati-hati sikit.."

Sesudah berkata begitu,Izwan Farhan mula beredar dari situ.Ain Farhana hanya memerhati lelaki itu sehingga hilang dari pandangan matanya.

"Tu je?Dia tak nak borak dengan aku lagi ke?" ujarnya sendirian.

Dari jauh,Farisya memerhati.Dia yang turut mempunyai perasaan terhadap Izwan Farhan membuatkan dia berasa cemburu melihat Ain Farhana berbual dengan lelaki itu namun didiamkan sahaja.Biarlah dia seorang sahaja yang tahu.

♡♡♡♡

Malam itu,Farisya yang baru hendak turun ke bawah terdengar perbualan di antara Puan Fatihah dan Puan Aina.Kebetulan pintu bilik yang kedua-dua ibu saudaranya duduki itu terbuka sedikit.

"Na,Kak Ngah ni berkenan sangat dengan si Ain tu.." ujar Puan Fatihah menyampaikan apa yang dia rasa.

"Amboi,Kak Ngah.Lain macam je cakap tu.Macam nak melamar si Ain je.." kata Puan Aina sambil tersengih.

"Memang pun.Kak Ngah berkenan nak jadikan Ain menantu Kak Ngah.Jadi isteri Iz.."

Terkejut Farisya dibuatnya.Entah mengapa dadanya berasa sakit mendengar kata-kata Puan Fatihah.Terasa sebak sangat.

Tidak mahu mendengar kata-kata yang menyakitkan lagi hatinya,dia kembali beredar masuk ke dalam bilik.Mujurlah sewaktu itu Ain Farhana tiada bersama.Air matanya sudah mulai membasahi pipinya.

Puan Fatihah dan Puan Aina kembali berbual.

"Kak Ngah serius ke ni?Na ni bukan apa,Na terima siapa je yang nak si Ain tu tapi bukan buat masa sekarang ni.Dia sekolah lagi.Na juga nak dia sendiri yang buat keputusan.Na tak nak memandai.Harap Kak Ngah faham.." ujar Puan Aina agak serba salah.

Dia masih terkejut dengan hasrat kakak iparnya itu.

"Kak Ngah faham.."

"Errm..mak okay ke kalau dorang berdua tu jadi?"

"Alaa,tak salah kahwin sesama sepupu.Insya-Allah,mak okay.Jangan risau.."

Puan Aina hanya mengangguk.Mereka kemudian melangkah turun ke tingkat bawah.

Happy reading❤

Team Ain Farhana

Or

Team Farisya

Ke

Team Izwan Farhan

My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now