sepuluh

6.7K 238 6
                                    

Pejam celik pejam celik,sudah memasuki bulan 3.Mereka kini sibuk dengan ujian penilaian 1 dan juga majlis pernikahan.

Ain Farhana dan Aisya Syarina tiba di koperasi memandangkan waktu itu waktu rehat.Namun Ain Farhana hanya berdiri di tepi.Malas mahu ikut beratur di barisan untuk membeli.

"Kau nak beli apa ni,Ain?" ujar Aisya Syarina.

"Air yogurt je lah.." balas Ain Farhana.

"Air je?Makan?Erm..nak perisa apa?"

"Tak pe,aku nak minum je.Aku nak perisa anggur.."

"Okay.."

Beberapa minit kemudian,sekotak air yogurt berperisa anggur dihulurkan kepada Ain Farhana.

"Thanks.."

"Most welcome,dear.."

"Aku gerak dulu lah.Nanti Daniel ronda aku tak de,mati.Bye.."

"Ye lah.."

Ain Farhana bergerak ke tangga blok akademik memandangkan itu tempat yang bertugas semasa waktu rehat.Aisya Syarina pula beredar ke makmal sains.

Sewaktu berada di makmal sains tingkat atas sekali,Aisya Syarina dapat menangkap bau asap rokok.Dia mengeluh perlahan.

Pasti geng TBB.

"Korang buat apa ni?" soalnya agak tegas.

"Aduhai minah ni lagi.Kau tak de tempat nak pergi ke,Aisya?" kata Aiman yang berani.

"Korang tu hah.Macam tak de kerja lain.Ni sekolah,bukan pusat hiburan.Sedap sangat ke rokok tu?Macam lah sekolah ni miskin sangat makanan.." perli Aisya Syarina.

"Dia nasihatkan kita lah,Man.."

Kedengaran tawa dari beberapa ahli geng TBB.

"Bawa-bawa lah insaf.Baik korang baca buku.Jumaat ni dah exam.."

Di saat itu,Daniel Haziq dan Asyraf Khairil tiba.

"Korang ni memang tak serik kan?" kata Daniel Haziq.

Geng TBB hanya membuat muka.Tanda protes apabila ditegur oleh ketua pengawas.

Tidak lama kemudian kedengaran loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat.

"Dah turun.Beratur.Tunggu apa lagi?" kata Asyraf Khairil pula.

Geng TBB menjeling Asyraf Khairil.Lambat-lambat mereka menuruni anak tangga.

"Ish!Sakitnya hati aku.." ujar Aisya Syarina.

"Tu baru sikit lah,Sya.Si Ain lagi lah.Muak dah layan perangai dorang tu.Macam-macam alasan yang dorang bagi.." kata Asyraf Khairil.

Mereka bertiga juga beredar turun dari situ.

♡♡♡♡

Izwan Farhan bersiap mahu bermain bola bersama sahabat-sahabatnya pada petang itu memandangkan mereka tiada training bola kerana minggu itu minggu peperiksaan.Jadi,segala aktiviti sukan mahupun kokurikulum ditangguhkan.

Dia mula mengatur langkah ke tingkat bawah.Semasa dalam perjalanan turun itu,kedengaran fonnya berdering menandakan pada panggilan masuk.

Tertera nama Asyraf Khairil.

"Mana kau?"

"Tak menyabarlah kau.Sabar sikit tak boleh ke?Aku baru nak keluar rumah.."

"Baru nak keluar rumah ke baru lepas singgah rumah Ain?" kedengaran suara Akmal pula.

Kedengaran suara mereka beramai-ramai ketawa.Ada sahaja ingin membahannya.

Itu belum lagi mereka tahu mengenai majlis pernikahan mereka yang berlangsung lagi beberaoa minggu.Jika mereka tahu,lagi teruklah dia kena bahan.

Nampak gaya sahabat-sahabatnya sudah sampai di taman.

"Kau tak payah nak merepek.Aku tengah nak otw lah ni.Tunggu kejap.5 minit lagi aku sampai.."

Talian dimatikan serta-merta.

Puan Fatihah dan Encik Izman yang sedang minum petang di halaman rumah memerhati anak teruna mereka yang baru sahaja melangkah keluar dari rumah.

"Jangan balik lambat,Iz.." laung Puan Fatihah.

"Baik,umi.." balasnya.

Dia bergerak ke motosikalnya.Dihidupkan enjin motosikal dan segera beredar meninggalkan perkarangan rumah.

Dia tiba di taman yang mereka janji untuk bertemu.Dia memarkirkan motosikalnya di sebelah motosikal Daniel Haziq.

Dia bergerak ke tengah padang.

"Lambatlah kau,Iz.." ujar Emir Hafizi.

"Siap mengalahkan perempuan.." kata Asyraf Khairil pula.

"Amboi,korang.Sedapnya mengata aku.." balasnya.

Kemudian,mereka memulakan permainan.

Dari jauh Ain Farhana memerhati.Kebetulan dia dan Aisya Syarina baru sahaja selesai meronda satu pusingan taman itu dengan menaiki basikal.

Bibirnya menguntum senyuman.Hensem!Tidak menyangka petang itu dia boleh melihat sepupunya.Jarang mereka ada di taman pada hari yang sama.Atau mungkin dia sahaja yang jarang nampak mereka?


My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now