sembilan belas

5.6K 188 2
                                    

Airina yang beratur di barisan kelasnya sebaik sahaja tiba di sekolah melihat jejaka idamannya yang sedang berselawat di hadapan pentas.Bibirnya menguntumkan senyuman.

Tidak lama kemudian,pengawas bertugas memaklumkan yang guru-guru ada mesyuarat.Jadi semua pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas.

Daniel Haziq mengarahkan anak-anak buahnya untuk membuat spot check.Kedengaran para pelajar mula bising.

Ain Farhana dan Aisya Syarina menuju ke barisan perempuan tingkatan 5.Beg-beg pelajar perempuan diselongkar.

Mereka dapat menangkap beberapa orang pelajar membawa lip balm,lip tint dan juga lip gloss.

Ada juga yang membawa fon ke sekolah.

Pihak sekolah sudah banyak kali menegaskan bahawa apabila fon dapat ke tangan mereka,mereka hanya akan pulangkan pada akhir tahun sahaja.

Mereka yang melakukan salah laku diberikan slip.

♡♡♡♡

"Iz.." ujar Airina teruja melihat jejaka idamannya apabila terserempak di koperasi.

Izwan Farhan hanya tersenyum.Asyraf Khairil di sebelah pula buat tidak tahu.

"Eh,kenapa muka tu?Iz tak sihat ke?" soal Airina nyata risau dengan Izwan Farhan.

Baru dia perasan wajah lelaki itu lebam sedikit.Di bibir pun ada.

"Sikit je.Ni pun dah surut.." balas Izwan Farhan.

"Kau tak payah risau lah,Airina.Aku dengan member lain boleh jaga Iz.Kalau kat rumah,ada umi dia boleh jaga.." kata Asyraf Khairil.

Dari jauh,Ain Farhana memerhati.Hilang sudah moodnya hendak makan.Dia pantas mengajak Aisya Syarina ke kantin.

♡♡♡♡

Pada petang itu,mereka ke sekolah kerana ada latihan rumah sukan.Semua murid berbaris mengikut rumah sukan masing-masing.

"Okay,hari ni kita akan pilih wakil dari rumah kita untuk larian,lontar peluru,lempar cakra,lompat tinggi dan lompat jauh.." kata Puan Husna selaku  ketua guru rumah biru.

"Erm..tahun lepas,Iz masuk 200 meter kan?Tahun ni,kamu wakil rumah kita juga.Boleh?" sambungnya lagi.

Izwan Farhan mengangguk.

"Okay,sekarang ni cikgu nak cari untuk 100 meter perempuan.Erm..siapa yang nak masuk 4x100 ke 4x400 ke,tulis nama.."

"Ain,Aisya masuk 4x400.." arah Puan Husna.

"Apa ni cikgu?Mana boleh paksa-paksa.." rungut Ain Farhana.

"Mengada-ngada.Masuk jelah.Esok waktu addmath jawab dekat depan.."

"Ala,mana aci cikgu.." kata Aisya Syarina pula.

"Tak kira.Masuk je.Banyak songeh pulak.Siku karang baru tahu.."

Semua ketawa.Tahu sangat perangai Ain Farhana dan Aisya Syarina yang sememangnya rapat dengan Puan Husna.

♡♡♡♡

Mereka tiba di rumah tepat jam 5.38 petang.Izwan Farhan dan Ain Farhana berehat di ruang tamu.

"Kesian dia.Kena lari.." ujar Izwan Farhan berbaur ejekan sambil mengusap lembut badan Rocky.

Ain Farhana tidak membalas soal itu sebaliknya dia menanyakan soal lain.

"Erm..kau nak makan ke malam ni?"

"Nak nasi ayam.."

"Ishh,ingat ni kedai ke main order-order je?"

"Dah kau tanya.Aku jawablah.."

"Yelah aku nak tahu kau nak makan ke tak bukannya kau nak makan apa.Lain kali faham soalan tu betul-betul baru jawab.."

"Kau ingat ni soalan Bahasa Melayu?"

"Aku naik dulu.Nak mandi.."

"Naiklah.Busuk tahu tak?Dah macam dekat kandang kambing dah.."

"Habis kau tu?" kata Ain Darhana tidak mahu mengalah.

Sakit hati juga kadang-kadang berlawan cakap dengan suaminya itu.Nasib sayang.

"Aku wangi.."

Ain Farhana membuat muka menyampah.Dia berlalu naik ke atas.Apabila tiba di bilik,dia mencapai tuala yang disidai di tempat penyidai.

Izwan Farhan tiba di bilik tidak lama kemudian.Dia duduk di atas katil.

"Cepatlah mandi.." ujarnya yang melihat isterinya masih belum keluar dari bilik air.

"Sabarlah.."

"Aik?Dalam bilik air mana boleh cakap.."

Tiada lagi sahutan dari dalam bilik air.

"Aik,diam dah?" kata Izwan Farhan.

Dia tersengih nakal.Suka dia mengusik Ain Farhana.

My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now