lapan belas

5.5K 193 4
                                    

Izwan Farhan menuju ke padang pada petang itu.Mereka memulakan latihan.Disaat dia mengambil bola,TBB menuju ke arahnya.Mereka pantas menyerang Izwan Farhan.

"Kau cakap dengan cousin kau tu,tak payahlah nak perasan bagus sangat.." ujar Aiman selaku ketua TBB.

Izwan Farhan menahan sakitnya.Pergaduhan mereka dileraikan oleh Asyraf Khairil dan Daniel Haziq serta Encik Nazri.

"Iz,kamu baliklah.Teruk tu cikgu tengok.." kata Encik Nazri.

"Tak pe,cikgu.Saya okay.." balas Izwan Farhan.

Dia meneruskan latihannya.Tepat jam 6.30 petang dia pulang.Ain Farhana terkejut melihat keadaan suaminya.Apa yang sudah terjadi?

"Iz,kau okay tak ni ?" kalut dia bertanya.

"Aku okay.Aku naik dulu.."

Izwan Farhan menuju ke tingkat atas.Ain Farhana mengekori langkah suaminya.Izwan Farhan berehat sebentar di atas katil.

"Iz,aku tuang ais kat kau erk?"

"Tak pe,aku boleh buat sendiri.."

"Siapa buat kau macam ni?" soal Ain Farhana ingin tahu.

Sungguh dia mula berasa ingin berapi apabila suami tercintanya diusik sebegitu.Teruk pula tu!Memang dia tidak boleh diam dan duduk sahaja.

"Erm..tak de siapalah.."

"Jangan tipu akulah,Iz.Ni kerja TBB kan?Kurang ajar betul dorang ni.."

Ain Farhana menahan geramnya.Jika berdendam dengan dia,kenapa mahu libatkan Izwan Farhan?Sengaja mahu mengujinya?

"Ain,kenapa kau risau sangat pasal aku?" kata Izwan Farhan tiba-tiba.

"Sebab aku cintakan kau,Iz.."

Terlepas pengakuan itu dari mulut Ain Farhana.Ain Farhana yang tersedar apa yang dia cakap,terus dia bangun.

"Kau nak pergi mana?"

"Aku..aku nak ambil ais dekat bawah.."

Izwan Farhan tersengih.Dia tahu isterinya malu.Laju Ain Farhana keluar dari bilik.Dia menuju ke dapur.

'Ya Allah,macam mana boleh terlepas ni?Ee..memalukan betul..'  getusnya.

Ain Farhana naik ke atas semula.Dia menuju ke katil.Izwan Farhan merenungnya.

Ain Farhana buat-buat cool.Dia menuang ais ke bibir suaminya.Sesekali Izwan Farhan menjerit kerana menahan sakit.

"Erm..esok kau tak payah pergi lah.." ujar Ain Farhana.

"Esok kan ada bacaan yassin.Kalau aku tak datang,siapa nak baca?"

"Ala,Akmal boleh gantikan kau.."

"Mana boleh.Aku kena pergi esok.."

"Kau ni degil lah.."

"Biarlah.."

Izwan Farhan masih merenung isterinya.Ain Farhana tidak keruan ditenung begitu.Dia bangun lalu turun ke bawah.

♡♡♡♡

Keesokkan hari,sewaktu rehat Ain Farhana masuk ke dalam kelas 5 Pirus untuk berjumpa TBB.Ketika itu,TBB sedang melepak di dalam kelas.

"Korang buat apa dekat Iz?!" marahnya.

"Kitaorang cuma bagi peringatan dekat dia suruh ingatkan kau.Kena tumbuk pun nak mengadu?Tak gentle langsung.."

Kedengaran mereka mengekek ketawa.

"Korang ni,memang menguji kesabaran aku betul!Korang marahkan aku tapi kenapa nak libatkan dia?"

"Darah yang mengalir dalam badan korangkan sama,jadi aku rasa tak salah.."

Ain Farhana terus berlalu pergi.Sakit hati bercakap dengan geng itu.

Aisya Syarina yang tengah meronda itu menyaksikan semuanya.Dia pun menuju ke kelas 5 Pirus.

"Korang buat apa lagi dekat dalam kelas ni?Turun sekarang.." ujarnya tegas.

"Ni lagi sorang minah yang tak berapa kenal TBB.."

"Korang ingat ni sekolah korang ke?Suka hati nak buat apa je?"

"Hei,Aisya.Kau jangan biadap.Kau dengan kawan kau tu sama je.."

"Korang yang biadap.."

"Hei,perempuan ni!"

Tangan Aiman laju naik namun niatnya terbantut dek kerana jeritan seseorang.

"Aiman!" jerit Daniel Haziq.

"Aduh,KP pula datang.."

Mereka memecut lari.

"Aisya,kau okay?"

"Aku okay.."

Mereka berdua berjalan bersama.

♡♡♡♡

Tepat jam 3.40 petang,mereka berdua sampai di rumah.Mereka pulang lambat kerana ada kelas tambahan.

"Iz,kenapa kau baik sangat?"

"Maksud kau?"

"TBB buat kau macam ni pun,kau boleh lagi coverkan dorang.Pastu bila orang tanya,kau jawab tak de apa.."

Dia berkata begitu kerana teringat Puan Hamidah menanyakan soal itu kepada suaminya sewaktu di dalam kelas tadi.

Lelaki itu masih boleh tersenyum dan buat seperti tiada apa-apa yang sedang berlaku.

"Ala,biarlah.."

"Kau ni,biar-biar.Nanti lagi teruk siapa susah?Aku juga.."

"Ishh,kau ni tak penat ke?Bebel je tahu.."

Izwan Farhan menuju naik ke atas sambil memanjat anak tangga.

"Ishh,dia ni.Orang risaukan dia,dia boleh buat tak tahu je?" kata Ain Farhana sendirian.

"Aku dengar.." laung Izwan Farhan dari atas.

'Ya Allah,malunya.Kau ni,Ain.Lain kali coverlah sikit..'  katanya dalam hati.

Izwan Farhan yang baru masuk ke dalam bilik tersenyum.

"Ain,Ain.Comel betul kau ni.." pujinya sendirian dalam bilik.

Ain Farhana yang masih berada di bawah, naik tidak lama kemudian.Dilihatnya Izwan Farhan sedang baring di atas katil.Nasib baik mereka sudah solat zohor di sekolah.

Kemudian,dia mencapai tuala dan menuju ke dalam bilik air.Dia keluar tidak lama kemudian.


My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now