enam belas

5.9K 206 20
                                    

Cuti persekolahan sudahpun tamat.Izwan Farhan mengemaskan tali lehernya.Dia mula turun ke tingkat bawah.

Ain Farhana yang sudah selesai bersarapan,memerhati suaminya.Senyuman manis terukir di bibirnya.Hensem seperti selalu.

"Kau senyum apa?" tegur Izwan Farhan.

"Aik?Senyum pagi-pagi pun salah ke?Kita kena lah ceria pagi-pagi ni.." kata Ain Farhana.

Izwan Farhan hanya mendengar.Dia mula menikmati sarapan yang sudah siap dihidangkan di atas meja.

♡♡♡♡

"Ain!Rindunya aku kat kau!" kata Aisya Syarina teruja melihat sahabatnya.

Tubuh Ain Farhana dipeluk erat.

"Aku pun rindu kau.." balas Ain Farhana.

"Cuti ni kau pergi mana je?"

Ain Farhana tersenyum bahagia.Teringat hari bahagianya.

'Aku pergi kahwin..' katanya di dalam hati.

Memang tidaklah mahu memberitahu depan-depan.Nanti boleh heboh satu sekolah.

"Woi!Aku tanya ni.Kau senyum pula!Ingatkan siapa?"

"Rileks lah.Kau ni emo pula pagi-pagi ni.Aku macam biasa lah balik kampung.."

"Ohh,samalah kita.."

Setelah rancak berbual,kedengaran pengumuman yang perhimpunan rasmi bakal dimulakan sebentar sahaja lagi.

"Eh,aku gerak dulu lah.Jumpa nanti.." ujar Aisya Syarina sedikit kalut.

Yelah,mana tidaknya.Dia yang selalu menjadi mc setiap kali perhimpunan berlangsung.

Ain Farhana mengangguk.Dia juga beredar ke arah pagar ĺuar.Seperti biasa,dia harus berhadapan dengan geng TBB yang boleh dikatakan hampir setiap hari datang lewat ke sekolah.

"Nah slip.." ujar Ain Farhana.

"Kau tuliskan lah,Ain.Macamlah kau tak tahu nama kitaorang.." kata Aiman.

"Tolong bagi kerjasama.Aku tak de masa nak layan korang.Aku cakap baik-baik ni.."

"Baiklah.Ain,satu aku nak cakap.Pagi-pagi tak elok masam-masam.Nanti rezeki tak masuk.Kau tu dah comel,jangan lah buat muka macam ni.Hilang comel kau.."

Kedengaran tawa dari geng TBB.Kemudian,mereka beredar ke tapak perhimpunan.Sempat mereka melambai-lambai ke arah Ain Farhana.

Ain Farhana hanya memerhati.Buang tebiat ke apa dorang ni?

Disaat itu,Airina pula muncul.Dia selamba sahaja berjalan masuk ke dalam pagar sekolah dan mahu menuju ke tapak perhimpunan.

Ain Farhana segera menahannya.

"Kau tak boleh masuk.Kau tak tulis nama lagi.."

"Kecohlah kau,Ain.Huh!"

"Aku hanya jalankan kerja aku.So,please bagi kerjasama.."

"Okay,fine!"

♡♡♡♡

Tengahari itu,semua guru terlibat dengan mesyuarat.Semua pengawas diarahkan bertugas ke dalam setiap kelas.

Izwan Farhan meronda di tandas lelaki.Pada masa yang sama,kelas Airina heboh dan agak bising.Dia segera masuk ke dalam kelas itu.

"Korang buat apa ni?Duduk tempat masing-masing.." ujarnya.

"Aduh.Semak lah kau ni,Iz.." kata Aiman.

Izwan Farhan hanya berlagak selamba.Dia memerhati sekelilìng kelas itu.Ada yang sedang tidur,main dan macam-macam lagi.

"Iz!" panggil Airina.

Izwan Farhan memandang Airina.Langkahnya diatur ke arah meja gadis itu.

"Ada apa?"

"Tolong ajarkan aku math.Tak faham lah soalan ni.."

Izwan Farhan mengangguk faham.

"Sini pensil.."

Dia mula memberikan penerangan.

Disaat itu,Ain Farhana juga meronda.Dia memberhentikan langkahnya di luar kelas itu apabila terlihat adegan mesra itu.

Beberapa minit kemudian,dia segera beredar dari situ.Sakit hatinya melihat mereka berdua.Siap bergelak ketawa lagi.Huh!

♡♡♡♡

Petang itu,Izwan Farhan bersiap-siap untuk training.

"Kau nak pergi mana?" soal Ain Farhana ingin tahu.

"Aku ada training.."

"Ohh.."

"Kau tak keluar ke?"

"Tak.Malaslah.."

"Erm..duduk rumah elok-elok.." pesan Izwan Farhan.

"Kau ingat aku bertinju ke dekat rumah ni?"

"Yelah.Kau kan ahli tinju.." usik Izwan Farhan sambil tersengih.

"Ishh.."

Ain Farhana mencebik.Izwan Farhan turun ke bawah.Dia menuju keluar dan menyarung kasut bolanya.Ain Farhana memerhati suaminya.

"Tengokkan Rocky tau.."

Ain Farhana mengangguk.Mujurlah kucing kesayangan lelaki itu berada di dalam sangkar.Tidak lah menganggunya nanti.

Izwan Farhan mula menghidupkan enjin motosikalnya.

"Take care.." ucap Ain Farhana.

My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now