tujuh belas

5.6K 203 3
                                    

Ain Farhana menuju ke pagar di mana tempat dia selalu bertugas.Seperti biasa geng TBB yang lambat.

"Korang ingat ni mall ke nak datang lambat setiap hari?"

"Ala,baru 20 minit lambat dah bising.Kecoh arhh.." kata salah seorang TBB.

Ain Farhana menyerahkan slip kepada mereka.Mereka terus menuju ke tapak perhimpunan.

'Ya Allah,stress nya..'  getus Ain Farhana dalam hati.

Kemudian,Ain Farhana menuju ke kelasnya.Dia duduk di tempatnya.

"Ain.." ujar Emir Hafizi.

"Hurm..nak apa?"

"Aku tak faham soalan ni.." katanya sambil menunjukkan soalan addmath yang tidak dapat diselesaikan dari tadi.

"Ish,suruh lah orang lain ajar.." rungut Ain Farhana.

"Kenapa ni?" tegur Emir Hafizi prihatin.

Dia perasan dari tadi lagi sahabatnya itu seperti ada masalah.

"Aku tak boleh arhh,hari-hari nak hadap TBB tu.Suka hati dorang je nak datang pukul berapa.."

Ain Farhana mengeluh.

"Sabarlah,tu lah dugaan kita bila jadi pengawas.."

"Amboi,kau cakap macam pernah jadi pengawas je.."

"Memanglah,aku pengawas waktu form 1 sampailah form 3.."

"Dah tu kenapa berhenti?"

Perbualan mereka terhenti apabila Izwan Farhan masuk bersama Aisya Syarina dan Asyraf Khairil.

"Sembang pasal apa?Rancak sangat aku tengok.." soal Aisya Syarina.

"Tak de,pasal TBB ni hah.."

"Dorang cari hal dengan kau lagi?"

"Ala,biasalah.Geram aku tahu tak?"

"Tak pe,kau sabar je.."

"Aku tengah sabar lah ni,kalau tak dah lama aku berhenti jadi pengawas.Ishh,menguji kesabaran betul dorang ni.."

"Kau nak berhenti?"

"Aku cakap je.."

"Ohh.."

Izwan Farhan yang duduk di belakang mereka mendengar perbualan itu.

Kemudian Puan Ainul masuk untuk mengajar matapelajaran Bahasa Melayu.

"Okay,semua hantar karangan yang saya bagi semalam.." pintanya.

Semua pelajar menghantar buku karangan itu.

♡♡♡♡

Tepat jam 2 petang,semua pengawas dikehendaki berkumpul di dalam bilik pengawas.Mereka memulakan mesyuarat.

"Ada yang nak cakap apa-apa?" soal Daniel Haziq di hujung perbincangan mereka.

Ain Farhana mengangkat tangannya.Semua pengawas tertumpu padanya.Dia bangun dari tempatnya.

"Ye,Ain.Kau nak cakap apa?"

"Aku nak tukar tempat bertugas.."

"Hah?Kenapa pula?"

"Aku rasa tak okay plus menyakitkan hati bila aku jaga situ.Lagi-lagi dengan TBB.Boleh lah Daniel.."

"Tak bolehlah.Kau kan biro datang lewat.Aku harapkan kau.."

"Ala,aku boleh tukar dengan Aisya.Aku boleh jadi mc.."

"Apa pula nama aku naik?" kata Aisya Syarina yang tidak puas hati.

"Sorry,Ain.." kata Daniel Haziq.

Ain Farhana hanya mengangguk faham.Terpaksa lah dia kentalkan hati dan kuatkan mentalnya.

♡♡♡♡

Malam itu,Ain Farhana duduk di sofa menonton tv.Tiba disaat itu, fonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.Tertera nama ibu kesayangannya.

"Helo,assalamualaikum.." ujarnya.

"Waalaikumusalam,Ain.Ibu rindu Ain.Ain sihat?"

"Alhamdulillah.Ibu?"

"Ibu sihat.Menantu ibu sihat?"

"Menantu ibu sentiasa sihat selagi dengan Ain.." balas Ain Farhana penuh lagak sambil tersenyum.

"Yelah tu.."

"Betul lah.."

Tanpa sedar,Izwan Farhan yang berada tingkat atas mendengar perbualannya.Ada sahaja jawapan isterinya itu.

Nampak benar yang gadis itu sememangnya menyukai dirinya walaupun Ain Farhana tidak pernah mengungkap kata-kata itu.

Namun,setiap perbuatan gadis itu sangat menunjukkan.Dia tidak tahu bagaimana mahu berterus terang dengan gadis itu yang dia sememangnya tiada apa-apa perasaan terhadap gadis itu.

Dia hanya menganggap Ain Farhana sebagai seorang sepupu ataupun kawan semasa di sekolah.Dia memerhati gadis itu rancak berbual dengan ibu mertuanya.

Sorry semua.Sekarang baru dpt sambung edit.Thank you kpd yg komen,dm tanya bila nk sambung story ni.Love you all❤

My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now