dua

8.7K 321 11
                                    

Ain Farhana menyarung tudung pegawasnya.Setelah memastikan owning tudungnya okay,dia menggalas beg sekolah dan beredar keluar dari biliknya.

Langkah diatur ke meja makan.Kelihatan ahli keluarganya sudahpun berada di meja dan bersarapan.

"Turun pun anak dara ni.Ain,orang lain pun nak pergi sekolah juga tapi tak de lah lama sangat bersiap macam kamu ni.Balik karang Iz teman lagi ke?" sengaja Puan Aina ingin mengusik anak daranya.

Ain Farhana kelihatan mencebik sedikit.Rasanya dia bersiap seperti biasa.Tidaklah lama sangat.Mungkin memakan masa 10 minit.Mungkin ibunya itu sengaja ingin menyindirnya berkenaan semalam namun sedikit berkias-kias.

Encik Fakhri dan Alif Fadzri yang sedang enak bersarapan hanya mendengar.

"Dah duduk sarapan.Tak payah cebik-cebik.Tak comel langsung.Nanti lambat nak ke sekolah.." bebel Puan Aina.

♡♡♡♡

Di dalam kelas,Ain Farhana menyiapkan kerja yang diberikan oleh Puan Husna.

"Ain.." panggil Aisya Syarina.

Ain Farhana memandang sahabatnya yang berada di sebelah.

"Petang ni kita joging.."

"Okay,dekat mana?"

"Tamanlah.."

"Okay pukul berapa?"

"Dalam pukul 5 macam tu.."

Izwan Farhan yang duduk di belakang mereka hanya mendengar perbualan mereka.

"Ain!Aisya!" panggil Puan Husna selaku guru kelas mereka dan merupakan guru matapelajaran Addmath kelas mereka.

"Dari tadi berbual je.Jawab soalan 3 dan 4 dekat depan!" sambungnya lagi.

Mereka berdua bangun serentak.

"Kau lah ni.." marah Ain Farhana.

"Aku pulak?" kata Aisya Syarina.

"Dua-dua sama je.." kata Puan Husna.

Satu kelas hanya memerhati gelagat dua sahabat itu.Ada juga beberapa pelajar tersengih melihat mereka.

♡♡♡♡

Tepat jam 2 petang Ain Farhana dan Aisya Syarina meluru ke bilik pengawas memandangkan mereka ada mesyuarat pengawas sebentar lagi.


"Ain,jangan lupa pukul 5 ni.." pesan Aisya Syarina.

"Ye,aku tak lupa.."

Setelah selasai bermesyuarat,mereka bersurai.

Ain Farhana tiba di rumahnya.Dia masuk ke banglo 2 tingkat itu.Dia meluru ke biliknya.Seperti biasa sesudah meletakkan beg,menanggalkan tudung dan stoking,dia turun ke tingkat bawah untuk menjamu selera.Setelah selesai,dia kembali naik ke biliknya.

"Ya Allah,panasnya.." ujarnya sendirian.

Kemudian dia masuk ke dalam bilik air beberapa minit kemudian setelah berehat daripada kepenatan.Setelah siap,dia segera memakai telekung lalu menunaikan solat zohor.

My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now