tiga belas

6.3K 229 22
                                    

Izwan Farhan menuju ke beranda rumah setelah bersarapan.Dia terlihat Farisya sedang asyik dengan instagramnya.

"Dulu kita sibuk dengan facebook.Sekarang,sibuk dengan ig.." ujar Izwan Farhan.

Farisya terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

"Iz..?" ujarnya kemudian pandangan dialihkan.

"Kau ingat tak dulu aku pernah tukar profile fb kau jadi gambar kereta?" sengaja Izwan Farhan mahu mengimbas kembali kenangan mereka sewaktu kecil.

"Mestilah ingat.Waktu tu aku pinjam kau punya notebook.Aku tak sempat logout lagi family kau dah nak balik.Hurm.."

Mereka berdua ketawa bersama.

"Err..aku..aku masuk dulu lah.Barang aku ada yang tak kemas lagi.Nanti mama aku bising.." kata Farisya yang sengaja mencipta alasan.

Baru sahaja melangkah,Izwan Farhan bersuara.

"Isya.Aku ada buat salah ke?"

Farisya menoleh.

"Tak lah.Erm..aku pergi dulu.."

Segera langkahnya kembali diatur.Izwan Farhan hanya memerhati.Dia memandang sekeliling ruang beranda itu.Sungguh nyaman kerana dipenuhi dengan pokok-pokok bunga kesayangan nenek.

♡♡♡♡

Di dalam bilik,Ain Farhana asyik mendukung anak Kak Lisya,Firash yang baru berusia 5 bulan.Dia sememangnya suka akan budak kecil.Lagi-lagi bayi.

"Dah boleh jadi ibu orang ni.." ujar Kak Lisya,mengusik.

"Hei,tak habis sekolah lagi.Tak payah mengada-ngada.Tu,SPM habiskan dulu baru boleh ada anak.." tegur Puan Aina seakan mengingatkan.

"Ye,ibuku sayang.." kata Ain Farhana.

Anak?

Anak dengan Izwan Farhan?

Wuishhh!

Tidak pernah dia berangan akan soal itu.

Sungguh diluar jangkaan!

"Ibu ingatkan je.Takut korang terbabas.."

"Okay,stop cakap pasal tu.Erm..Ain nak pergi toilet kejap.."

Ain Farhana tersengih.Dari tadi dia menahan rasa mahu buang air kecil.Dia sempat membuat peace kepada kakak sepupunya dan ibunya.

Dia laju keluar.

"Malu lah tu.." kata Kak Lisya.

♡♡♡♡

Keluar sahaja dari bilik air,dia terhantuk pula dengan seseorang.Aduh,apasal malang sangat ni?

Dia mengangkat wajahnya sambil mengosok-gosok kepalanya.Dia terkedu seketika melihat Izwan Farhan di hadapannya.Rasa mahu tercabut jantungnya.Eh?

"Sorry,Ain.Aku tak perasan.Kau okay tak ni?"

"Tak okay.Eh?Okay-okay.."

Ain Farhana menggaru pula kepalanya yang tidak gatal.Apa dia cakap ni?Ish,buat hal lah!

"Kau okay tak?Ada benjol ke?"

"Aku okay.Tak de apa-apa.Sikit je ni.."

Ain Farhana tersengih.

"Kalau ye pun nak bercinta,jangan depan tandas.Banyak lagi tempat,Ain,Iz.." ujar Puan Faizah.

Izwan Farhan mula berdehem.Ain Farhana menghampiri nenek.

"Mana ada,nek.Kitaorang.."

Ain Farhana mematikan kata-katanya.

"Kitaorang apa?"

"Erm..tak de apa-apa lah,nek.Erm..buah rambutan yang dalam peti malam tadi tak habis lagi kan?"

"Lapar lagi ke,Ain?Tadi baru je sarapan nasi lemak.Kamu biar betul?"

"Ain laparlah,nek.Perut Ain ni boleh lagi sumbat makanan.."

"Dah,tak payah merepek.."

Izwan Farhan yang turut mendengar perbualan itu turut ketawa kecil.Ada sahaja idea gadis itu.

♡♡♡♡

Sebaik sahaja makan tengahari,mereka sekeluarga berkumpul di luar rumah bagi menghantar keluarga Farisya yang sudah mahu pulang kerana ada majlis perkahwinan belah keluarga Puan Syaqila yang harus dihadiri.

Setelah itu,mereka berada di ruang tamu pula.

"Ain,pergi petik buah limau kat belakang tu.Sedap minum petang nanti.." ujar Encik Fakhri.

"Haa sambil tu boleh lah makan dengan pisang goreng.." tambah Puan Aina pula.

Puan Fatihah turut bersetuju dengan cadangan besannya.

Ain Farhana hanya menurut walaupun dia agak merungut sedikit.Panas-panas begitu ayahnya suruh petik buah limau?

Dia mula mengambil besen kecil.Lalu dituju ke arah belakang rumah.Mujurlah pokok limau itu tidaklah begitu tinggi sangat.Tidak perlulah dia terjengket-jengket.

Sedang dia mengutip buah limau itu,dua ekor kucing berkejaran melalui kawasan itu.

Dia pantas menjerit kerana terkejut.Sudah lah dia penakut dengan kucing.

"Kurang asam punya kucing!Kat sini juga kau nak main lari-lari.Huh!"

Kedengaran suara lelaki ketawa.

Dia pantas memandang.Ternyata Izwan Farhan dan Alif Fadzri.Dia menjeling mereka berdua.Ingat kelakar ke?Sakitnya hati!

My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now