lima

7.2K 290 1
                                    

Selesai sahaja minum petang,Encik Fahmi memasukkan beg-beg pakaian ke dalam bonet kereta memandangkan sebentar lagi mereka sekeluarga akan berangkat pulang ke Pahang.

"Kak Long,terima kasih sebab bantu Tihah uruskan majlis.Mak pun terima kasih banyak-banyak Tihah sekeluarga ucapkan.." ucap Puan Fatihah ikhlas kerana kakak iparnya dan juga emaknya banyak membantu untuk persiapan majlis pernikahan  dan juga majlis pertunangan anak sulungnya.

Tanpa mereka,memang tidak akan sempurna majlis itu.Nak harapkan dia,tidak menang tangan.

"Tak de apa lah,Tihah.Wani ni cucu mak.Nanti Iz pun mak akan bantu mana yang patut.." ujar nenek sambil senyum penuh makna.

Izwan Farhan hanya mendengar.Rasanya lambat lagi dia akan berkahwin.Tidak pernah terlintas lagi di fikirannya untuk bergelar suami orang di usia sebegini.Kalau boleh dia mahu stabil dahulu baru boleh menyunting anak dara orang.

Puan Aina dan Puan Fatihah saling berpandangan sesama sendiri.Puan Syaqila juga seakan memahami maksud di sebalik kata-kata ibu mertuanya itu.

Tengahari tadi mereka ada berbual.

Kemudian,masing-masing mula bersalaman.

"Aku balik dulu.Nanti kita jumpa lagi tau.." ujar Farisya.

"Okay,jangan rindu aku.." kata Ain Farhana tersengih.

"Kau yang rindu aku.Nanti lepas aku balik,kau yang meraung sorang-sorang.Macam lah aku tak kenal kau.."

Ain Farhana menjengilkan matanya.Malu dia dibuatnya.Sah-sahlah semua orang dengar.Tidak terkecuali Izwan Farhan.

"Kau ni,Isya.." katanya sedikit menekan.

"Aku gurau je.Saja usik kau.."

Farisya mula tersengih.

Mereka berpelukan.

Tiba di saat itu,Farisya teringat kejadian semalam.Telinganya terngiang-ngiang akan perbualan di antara Puan Aina dan Puan Fatihah.

'Untung kau,Ain..' getusnya di dalam hati.

Setelah agak lama berpelukan,pelukan itu dileraikan.

"Nanti jumpa lagi.Haih,budak berdua ni.Buat macam nanti tak boleh jumpa dah.." ujar Puan Aina.

"Kami balik dulu ye?Assalamualaikum.." kata Encik Fahmi.

"Waalaikumussalam.Hati-hati memandu.." balas Encik Fakhri.

♡♡♡♡

Keesokkan harinya,Ain Farhana menyiapkan diri untuk ke sekolah.Disebabkan semalam mereka sekeluarga pulang selepas isyak,sedikit sebanyak membuatkan dirinya masih berasa letih.

Dia tiba di sekolah beberapa minit kemudian.Ikutkan hati mahu sahaja dia ponteng tetapi rugi pula nanti.Hurm..

Selesai sahaja perhimpunan sekolah dan bertugas,dia masuk ke dalam kelas.Sampai sahaja di mejanya,dia duduk dan meletakkan beg kemudian dia meletakkan kepalanya di atas meja.

Mata dipejam.

Aisya Syarina yang baru tiba di dalam kelas memandang pelik ke arah sahabatnya.

Pantas dia menolak perlahan bahu Ain Farhana.

"Woi!Kau asal?Tak sihat ke?" ujarnya ingin tahu.

"Aku sihatlah.Aku cuma penat je.Tak cukup tidur.Tak cukup rehat.." balas Ain Farhana yang masih dalam keadaan sebegitu.

Suaranya pun lemah sahaja.

"Ohh,ni mesti pasal majlis kakak Iz kan?Tapi kan Ain,kau buat apa je?Kau ni penat macam kau pula yang kahwin.Haih.."

Ain Farhana mula mengangkat kepalanya.Dia memandang wajah Aisya Syarina.

"Kalau aku yang kahwin,memang aku tak datang sekolah.Aku ambil cuti sehari.."

"Amboi,ada hati nak kahwin.Iz,tengok cousin kau ni.Gatal.." sampuk Emir Hafizi si ketua kelas.

Ain Farhana memandang pula ke arah Emir Hafizi yang berada di meja belakangnya.Izwan Farhan pula hanya mendengar.

"Sibuk lah kau.."

Belum sempat Emir Hafizi kembali membuka mulut untuk membalas percakapan biro datang lewat itu,Puan Hamidah masuk untuk matapelajaran Sejarah pada pagi itu dan membuatkan Ain Farhana semakin mengantuk.

♡♡♡♡

Airina sengaja berjalan di hadapan kelas Izwan Farhan sewaktu rehat.Mana tahu rezekinya dapat berjumpa biro kerohanian itu.

"Iz!" ujarnya apabila terlihat pujaan hatinya melangkah keluar dari kelas bersama Akmal dan Daniel Haziq.

Izwan Farhan hanya melayan gadis itu namun hanya seketika.

"Sorry,Airina.Aku ada kerja nak buat.Lain kali lah kita borak.." balasnya ramah.

"Tak pe lah kalau macam tu.Aku nak bagi kuih ni je untuk kau alas perut.Mesti kau tak sempat makan kan?Nah,ambil lah.Aku belanja.." hulur Airina plastik yang berisi dua jenis kuih itu.

"Iz je ke?Aku dengan Daniel?" soal Akmal.

"Sorry,tu untuk Iz je.Special.." balas Airina.

"Untung lah kau,Iz.Ada yang terlebih prihatin.." perli Daniel Haziq sambil tersengih.

"Err...kitaorang gerak dulu lah.Terima kasih untuk kuih ni.." ucap Izwan Farhan kemudian mereka bertiga mengatur langkah.

Airina tersenyum puas.Tidak sia-sia dia hari itu kerana selalunya pujaan hatinya itu jarang nampak batang hidung pada waktu rehat.

Ain Farhana yang  duduk di dalam kelas dari tadi asyik memerhati mereka terasa panas matanya melihat kemesraan Airina dan Izwan Farhan.Sepupunya itu pun melayan sahaja kerenah gadis itu.

Ish!

Dia kemudian bangun dan melangkah ke luar kelas untuk bertugas.

My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now