dua puluh satu

5.5K 179 4
                                    

Sebaik sahaja selesai bertugas,para pengawas dibenarkan masuk ke kelas masing-masing.

Ain Farhana berjalan bersama Aisya Syarina dan juga Aliya Dalisya.Di samping itu,Izwan Farhan,Asyraf Khairil dan juga Daniel Haziq berjalan di belakang mereka.

Mereka semua duduk di meja masing-masing.Sewaktu itu,kelas mereka masih tiada guru.

"Ain.Jari kau kenapa?" ujar Aisya Syarina yang baru perasan akan jari sahabatnya yang berbalut dengan plaster.

"Kena pisau.Tak de apa lah.Sikit je ni.." balas Ain Farhana tersengih.

"Haih,siapkan sarapan untuk cik abang ke?" usik Aisya Syarina.

Ain Farhana menelan air liur.Dia cuba berlagak selamba.

Izwan Farhan yang berada di belakang mereka secara automatik tersedak.

"Iz,kau okay tak?" panik Asyraf Khairil bertanya.

Izwan Farhan mengangguk.

"Aku nak pergi tandas kejap.."

"Jom!"

Izwan Farhan dan gengnya menuju ke tandas.

Ain Farhana menarik nafas lega.Mujur sahaja tidak terbongkar.Dia jadi terfikir.Apa reaksi sahabat mereka apabila mengetahui statusnya bersama Izwan Farhan yang bukan hanya sekadar sepupu tetapi suami isteri?

♡♡♡♡

Mereka bertiga duduk di kantin sementara menunggu aktiviti kokurikulum bermula.

Ain Farhana khusyuk menikmati roti bom kesukaannya manakala Aisya Syarina dan Asyraf Khairil menikmati ayam goreng yang dibeli di luar sekolah.

"Tak sabarnya nak cuti.." kata Aisya Syarina keriangan.

Dia berkata begitu kerana cuti pertengahan bulan 5 semakin menghampiri.Itu yang terlebih teruja.

"Tu je lah yang kau ingat.."

"Biarlah.Erm..cuti ni kau pergi mana Ain?"

"Mana lagi dia nak pergi kalau tak balik kampung.Pastu sweet-sweet dengan Iz dekat kampung.." sampuk Asyraf Khairil.

"Ishh,dia ni.." marah Ain Farhana.

"Tapi betul kan?" usik Aisya Syarina pula.

"Korang ni kan.."

"Ala,tak mengaku pula.."

"Hurm..memang aku balik kampung.Puas?" kata Ain Farhana mengalah.

"Erm..sweet-sweet dengan Iz tak?" kata Asyraf Khairil masih ingin mengusik Ain Farhana.

"Tak!" laju sahaja Ain Farhana membalas.

Asyraf Khairil dan Aisya Syarina ketawa.

Tidak lama kemudian,kedengaran pengumuman yang menyuruh semua pelajar berkumpul di dewan terbuka.

Memandangkan minggu itu aktiviti kokurikulum adalah badan beruniform,mereka beratur mengikut unit beruniform masing-masing.

Izwan Farhan,Ain Farhana,Aisya Syarina,Asyraf Khairil,Daniel Haziq serta Airina kadet polis.

Aliya Dalisya pandu puteri dan Akmal serta Emir Hafizi merupakan unit uniform kadet remaja sekolah.

Semua pelajar mula dilepaskan ke tempat perjumpaan masing-masing.

Izwan Farhan selaku pengerusi kadet polis mengarahkan anak buahnya untuk beratur dalam barisan mengikut tingkatan.

Aisya Syarina selaku setiausaha mula mengira dan mengambil kehadiran.

"Okay,hari ni aktiviti kita kawad kaki.So tulis pada kad koko kamu semua.Ain,kutip kad koko ye?Iz,tolong conduct mereka.." kata Puan Ainul selaku guru penasihat kadet polis.

"Baik,cikgu.." balas Izwan Farhan.

Dia mula mengarahkan anak buahnya ke dataran.Dia menyusun mereka mengikut ketinggian.

Ain Farhana selaku naib pengerusi turut membantu.Begitu juga Daniel Haziq,Aisya Syarina dan Asyraf Khairil.

Airina tersenyum melihat Izwan Farhan.Apabila crushnya memakai t-shirt kadet polis,membuatkan lelaki pujaannya itu bertambah hensem.

Izwan Farhan mula memberikan arahan.

"Luruskan barisan.."

"Skuad..sedia.."

"Bergerak ke kiri..kiri pusing.."

Apabila tiba pada arahan itu,Airina bergerak terlambat sedikit.Izwan Farhan menegur.

"Airina,lambat.."

Airina yang tersedar mula tersengih.

"Ops!Sorry.."

Ain Farhana yang dari tadi memerhati hanya mendengar.Dia geram sebenarnya namun dia cuba untuk bersabar.

Ada sahaja drama yang cuba gadis itu cipta!Si suaminya pula asyik melayan sahaja kerenah gadis itu!Haih.

"Bergerak ke kanan..kanan pusing.."

"Dari kanan cepat jalan.."

Kedengaran suara riuh dari arah tingkat 1 dan 2.Suara murid dari sesi petang.Barangkali teruja melihat mereka yang sedang berkawad.


My cousin...I LOVE YOU ♡edit♡Where stories live. Discover now