Bab 1

8.8K 357 9
                                    

Tengah hari itu, Haze ke pejabat ibunya untuk makan tengah hari bersama. Yusri, sahabat rapatnya turut ada bersama. Bantu untuk memudahkan pergerakkan dia. Yusri tekan butang lif untuk ke atas. Sambil-sambil itu dia pandang saja kawannya itu ralit membalas mesej di telefon.

"Nanti kau join sekalila kitorang makan.. Daddy aku pun ada nanti" kata Haze sambil menyimpan telefon bimbit dalam kocek.

"Tak apala.. Family lunch kot.. Takkan la aku nak menyemak sekali.. Aku bukannya anak tiri daddy kau"

"Kau nak ke jadi anak tiri daddy? Kalau nak, aku boleh je hantarkan rombongan merisik pergi rumah kau, melamar mak kau untuk daddy aku."

"Bodoh" mereka berdua mengekek bersama.

"Kita boleh jadi adik beradik. Kau tak nak ke?"

"Tak nakla. Meluat aku hari-hari nak kena tengok muka kau. Kalau hensem tak apa juga.. Kot sejuk mata memadang.. Ni hmm hampeh. Bontot lembu lagi better"

"Kurang asam"

Tak lama, pintu lif terbuka. Seorang gadis yang berskirt merah paras lutut dan berblaus hitam keluar dari perut lif itu. Senyuman manis dilemparkan buat Haze tatkala dia berjalan melewati lelaki itu dan Yusri.

Terteleng jugala Haze melihat gadis itu sehingga dia hilang dari pandangan. Automatik, tangannya dibawa dekat ke dada.

"Sakan eh usha anak dara orang"

Tersentak, wajah Yusri terus dipandangnya.

"Tulang rusuk aku bergetar" ujar Haze serius. Dan pada masa yang sama, tangannya mengayuh roda masuk ke dalam lif. Yusri membuntuti dia dari belang.

"Hmm.. Kawan aku dulu macam tula.. Dia kata tulang rusuk dok bergetar la apa la.. Dua kali jumaat, dia meninggal"

"Aku tak main-main weh.. Aku kena tanya mummy siapa dia. Kot-kot kalau dia staff mummy, senangla sikit kerja aku. Aku-"

Yusri sandar pada dinding lif, peluk tubuh. "Kau syok kat dia sebab muka dia sama dengan muka bekas ex kau kan?" Terus, riak muka Haze berubah. Tiada kata yang keluar dari mulutnya selepas itu.   

Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now