Bab 22

5.2K 305 30
                                    

"Senyap je.. Tak suka ke hadiah tu?" soal Haze tatkala dia ternampak akan reaksi kelat Adellia sebaik saja keluar dari butik barang kemas tadi.

Adellia yang sibuk menilik buku menu itu hanya tarik muncung saja.

"Haze beli apa tadi?" Matanya masih dipakukan pada buku menu tatkala dia mengutarakan soalan itu.

"Bukan untuk girlfriend Haze kan?"

Haze ketawa kecil. Sudah dia agak, soalan itu akan terbit jua dari mulut comel Adellia. Lantas, beg kertas yang terletak di atas meja itu diraih dekat dengannya. Segala isi dalamnya dikeluarkan lalu ditempatkan di atas meja.

Sebentuk cincin yang dipilihnya tatkala Adellia sedang sibuk mencuba gelang tadi dikeluarkan dari kotak kecil itu. Adellia masih tak perasan akan apa ysng sedang dilakukan oleh suaminya itu. Merajuklah kononnya sampai tak nak pandang langsung!

"Meh tangan" dengan malas, Adellia menempatkan tangannya di hadapan suaminya.

Haze memegang tangan Adellia lalu cincin itu disarung ke jari manis isterinya itu sebelum dikucup lembut tangan Adellia dengan penuh kasih sayang. Terus, Adellia angkat muka, terkejut.

"A..Apa ni?"

"New ring?" Soalan dijawab dengan soalan.

"Kan dah beli haritu?" Dijawab lagi dengan soalan.

"This one is different. Kali ini ada ukiran nama aku kat cincin tu.. Tengoklah" dan Adellia menurut.

Ukiran nama 'Haze' itu ditenungnya lama sebelum dipandang wajah si suami semula.

"Supaya kau tahu aku selalu ada untuk kau sentiasa" jeda. "Dan.. Supaya kau ingat kau, aku punya"

Sekali lagi mata Adellia giat merembeskan air jernih di tubir. Aduh Haze ni kenapa asyik buat dia tersentuh saja harini?

"Eh tak payah menangis.. Sarungkan untuk aku pula" kotak cincin itu terus ditolak dekat dengan Adellia. "Nak menangis kat rumah pun boleh" ujar Haze berbaur perlian pula.

Cincin emas perak itu diambil dari kotak dengan mudah. Nama 'Adellia' yang terukir elok pada badan cincin itu dipandang seketika sebelum disarung ke jari manis Haze. Mereka berpegangan tangan seketika.

"Aku harap kau tak akan tanggalkan cincin tu walau apa yang berlaku di antara kita.. Be it kita bergaduh ke.. Kau merajuk dengan aku ke.. Jangan sesekali tanggalkan. Melainkan kalau.." Haze berjeda. Tiada senyum terukir di bibirnya.

"You don't want me anymore.. You may ask me to take it off.. Aku akan tanggalkan untuk kau"

Bisu saja mulut Adellia. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulutnya.

"Tapi aku harap cincin tu akan kekal di jari kau sampai bila-bila.."

Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now