Bab 24

4.5K 305 73
                                    

Ketukkan di pintu kaca itu diketuk oleh Yusri dua kali sebelum melangkah masuk ke dalam bilik yang bertanda nama Hazeman Iskandar itu. Dia sudah senyum penuh makna tatkala pandangan dia dan Haze berlaga.

Haze kemudiannya mengalihkan mata ke tablet di atas meja semula. Sambung kerja yang tergendala tadi.

"Hah nak apa?"

"Amboi garangnya pagi-pagi ni bang.. Gaduh dengan bini ke?" Soal Yusri sebelum melabuhkan duduk di kerusi bertentangan dengan sahabatnya itu.

"Adellia bukan jenis yang suka cari pasal tapi kalau bab-bab mengusik, dia champion.. Aku tak rasa yang kami akan gaduh" jeda. "Buat masa ni lah.." sambungnya lagi. Tiba-tiba akalnya teringat akan sesuatu. Mujur sajalah dia tidak terlupa mengenai itu!

"Teman aku pergi fisio petang ni pukul 2? Kerja kau aku suruh Nelly settlekan.."

Perlahan, dahi Yusri menghasilkan kerutan. Wajah Haze dipandangnya umpama tak percaya dengan apa yang baru saja didengarinya tadi.

"Setelah lima tahun bro, baru harini kau decide nak follow fisio? Damn what has gotten into you man?" pandangan mata Haze itu membuatkan Yusri buka mulut lagi,

"Don't get me wrong.. Aku happy bila kau suarakan hasrat hati kau untuk ikut fisio semula lepas kau give up haritu.. Aku cuma nak tahu, Adellia paksa kau untuk buat fisio ke?"

Haze geleng kepala. Lukisan di tablet yang terbengkalai tadi disambungnya semula.

"We went out for a date semalam.. Dan aku rasa bersalah sangat sebab dia terpaksa susah payah angkat kerusi roda aku keluar masuk bonet kereta. Aku tahu kerusi aku ni bukannya ringan dan kuderat dia tu tahap mana je.. Dia bini aku bro.. Aku tak sampai hati nak susahkan dia macam tu, walaupun dia kata aku bukannya beban pada dia.." Yusri angguk kecil tanda faham.

Nampaknya Haze berubah untuk ringankan beban isterinya.

***

ADELLIA sedang leka membalas emel client di mejanya. Selesai menghantar emel tersebut, dia mencicip perlahan nescafe panas yang baru dibancuhnya tadi. Rasa kehangatan cecair itu turun ke tekaknya membuatkan badannya seratus peratus menjadi segar semula.

Bunyi telefon bimbit berdering di atas meja kerjanya itu membantutkan niatnya untuk menghirup air kopi itu lagi. Cawan pantas diletakkan di atas meja lalu telefon bimbit itu terus dicapai. Nama yang terpapar di skrin dijeling seketika sebelum dia menekan butang hijau.

"Hello?"

"Pengantin baru.. Ada mana?"

Gurauan Marissa itu membuatkan bebola matanya berputar 360 darjah. Dan pandangan matanya itu seterusnya hinggap pada cincin yang baru diberi oleh Haze petang semalam. Tanpa sedar, senyum lebar telahpun dikoyakkan di bibir.

"Ada je kat ofis ni.. Kenapa?"

"Ingat nak ajak keluar.. How about lunch today?"

Adellia mengerling jam di pergelangan tangan seketika sebelum meneliti jadualnya pada hari itu pada buku plannernya.

"Okay. I'm down. Nanti text location tau.."

Sambil menanti balasan dari Marissa, mata Adellia menangkap kelibat Amelia bersama sejambak bunga di tangan. Dapat bunga dari client agaknya minah ni!

"Sweet. Apa-apa kakak whatsapp balik. Bye"

"Alright bye"

***

TERSENGIH-SENGIH Adellia tatkala kakaknya itu memberinya jelingan tajam dari jauh. Ada orang tengah merajuk nampaknya tu.. Bertambahlah kerjanya nanti. Kerja kena pujuk!

"Sorrylah kakak.. Tak sengaja lambat.. Adel naik Grab tadi.." kata Adellia sebaik saja dia melabuhkan duduk di kerusi bertentangan dengan Marissa. Tas tangan pemberian Haze untuk hadiah hantaran itu diletak berhati-hati di atas kerusi disisinya.

"Mana kereta? Sejak bila malas drive pula? Setahu kakak, Adel bukan jenis yang suka ambil transport luar untuk bergerak kemana-mana"

"Left my car at home. Adel pergi kerja dengan husband.." sengihan ditayang kepada Marissa. Sambil-sambil itu, dia membetulkan juntaian rambut tepinya yang hampir saja menutupi sebelah matanya.

Marissa seterusnya menghulurkan tangan ke arah Adellia tatkala matanya ternampak kehadiran cincin kahwin di jari manis adiknya itu

"Tengok cincin.." Adellia meletakkan tangan di atas telapak tangan kakaknya itu tanpa ragu-ragu. "Macam mahal saja.. Batu bukan meriah betul!"

"Nearly 10k kak.. Husband Adel yang pilih" Marissa jelas sekali kelihatan seperti terpegun benar. Dengan sekali percubaan, cincin itu terus ditanggalkan olehnya dengan mudah lalu dicuba pada jarinya.

Adellia angkat tangan kiri pula, menunjukkan cincin yang baru diberi oleh Haze semalam kepada kakaknya itu. Sekali lagi Marissa terpegun dengan keindahan reka bentuk cincin itu.

"You're so lucky Adel.."

"Yang ni Adel baru dapat semalam.. Lebih kurang macam couple ring kitorang.." melihat Marissa yang sepertinya berura-ura untuk menanggalkannya dari jarinya, dia pantas bersuara,

"You cannot take this off.. Husband Adel tak bagi"

Marissa julingkan mata ke atas. "Macamlah dia boleh nampak Adel tanggalkan cincin ni.."

Adellia ketawa kecil sebelum menanggalkan cincin itu dari jarinya. Dia benar-benar terlupa akan nama yang terpahat pada badan cincin itu yang dia pilih untuk rahsiakan dari pengetahuan kakaknya itu.

Pelayan restoran tiba, Adellia memesan makanan yang mahu disantapnya tengah hari itu manakala Marissa pula sepertinya sudah kaku di tempat duduknya.

Selesai saja Adellia memesan makanan,

"Adellia.." keningnya kedua-dua belah terjungkit. Muka Marissa yang masih kaget itu dipandangnya tak lepas.

Marissa menayangkan nama yang terukir di cincin itu pada pandangan adiknya. Rahang Adella jatuh, matanya sudah membuntang besar. Rahsia dia! Nama Haze ada disitu!

"Is this Haze.." jeda. Soalan itu jadi tergantung. Adellia sudah tak senang duduk. Peluh sejuk semakin banyak bertenggek di dahinya.

Marissa memakukan mata ke mata adiknya.

"Is this Haze happen to be Hazeman Iskandar Dato' Mustafa?"

Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now