Bab 27

4.5K 299 19
                                    

Haze menjauhkan wajahnya dari wajah si isteri. Break the kiss. Muka Adellia yang menunduk sedikit itu seterusnya dipandangnya dengan penuh minat. Laju jarinya mengusap air mata yang semakin lebat turun di pipinya.

"There you go again, taking advantage on me" gurauan Haze itu langsung tak mengundang senyum di bibir isterinya itu.

Adellia masih menunduk, menangis. Terus ditarik isterinya itu masuk ke dalam dakapannya. Adellia meletakkan sisi wajahnya pada bahu Haze. Dahinya hampir berlaga dengan leher suaminya itu. Rasa selesa benar duduk dalam keadaan begitu.

"Sayang..Why are you so upset?" Pertanyaan itu akhirnya berjaya mengundang esakkan kecil Adellia. Walhal dia tahu saja punca isterinya itu menangis.

"I don't know"

"Then you're crying for no reason?" Soalnya sambil tangannya hinggap pada belakang kepala Adellia. Main rambut panjang Adellia. Dia tahu Adellia suka dilayan sebegitu rupa.

"It's the period thing, Haze.. Don't blame me" Haze buat muka. Sambil-sambil itu dia berpaling sedikit untuk melihat wajah si isteri. Sebuah ciuman dihadiahkan pada dagu Adellia membuatkan wanita itu senyum panjang.

"Haze.. Let's find the happiness... Together?"

"Betul ke ni?" Adellia angguk laju. "Tak menyesal?" Soalan itu disambut dengan gelengan pula.

"Adel akan berganda menyesal kalau Adel tinggalkan Haze.." kata Adellia sungguh-sungguh.

"Jangan tinggalkan Adel tau.." perlahan, Adellia berkata. "Seandainya keadaan cuba pisahkan kita, Adel harap Haze tak akan pilih untuk tinggalkan Adel. Janji?"

"Okay sayang.."

"Penatla.. Nak tidur kejap boleh?" Adellia minta izin. Kepalanya dibetul-betulkan di atas bahu Haze supaya selesa.

"Tidurlah.. Dah sampai aku kejut"

"Boleh tak jangan bahasakan diri sebagai aku. Kasar sangatla"

"Habis? Nak bahasakan sebagai apa?"

"Abang"

"Tak nakla.. Kita bukannya adik beradik." Tolak Haze mentah-mentah. Tak jaga hati sungguh!

"Okay bahasakan nama?" Cadang Adellia lagi.

"Okay." Jeda. "Dahla tu.. Tadi kata nak tidur. Tidurla dulu.. Nanti Haze kejut Adellia"

"Siapa Adellia?" Adellia pura-pura amnesia.

"You?"

"Taklah.. My name is sayang" Haze ketawa kecil. Dia geleng kepala. Haila Adellia.. Macam-macam perangaila dia ni!

"Sleep sayang.. Sampai nanti Haze kejut ya? Jalan jammed teruk ni.. Entah ke pukul 8 baru sampai rumah."

"Can I get a kiss? I mean on lips. But on forehead is fine too"

Adellia angkat muka. Mahu menuntut apa yang diminta dari suaminya tadi.

Sebuah kucupan hinggap pada bibirnya membuatkan dia sengih sedikit. Dahinya kemudiannya dikucup oleh Haze pula.

"I love you princess"

Dato' Zahirah sudah naik angin. Telefon bimbit yang tadinya ada di tangan kini sudah jadi mangsa balingannya ke lantai. Retak habis skrin telefon jenama iPhone X nya itu. Geram. Geram dengan apa yang baru saja didengarinya tadi.

Dia menghempas duduk di birai katil. Nafasnya sudah naik turun. Marah yang teramat sekali.

"You dah melampau, Adellia"

***

SELESAI membersihkan diri setelah pulang dari pejabat tadi, Adellia pergi mendapatkan suaminya yang sedang duduk menghadap kiblat. Baru selesai solat agaknya. Mulutnya juga terkumat kamit menuturkan zikir memuji illahi.

Adellia yang hanya berbaju tidur paras peha itu hanya duduk bersimpuh di sebelah kerusi Haze, menanti Haze selesaikan urusannya sebagai seorang mukmin. Leka dia memandang si suami sambil akal terfikir,

'Kan best kalau aku jadi makmum dia..' dalam diam, dia senyum sendiri. Dia nekad, habis saja period yang baru saja datang tadi, dia mahu berubah. Berubah ke jalan yang lebih baik. Dan semestinya salah satunya adalah menjadi makmum Haze di setiap waktu solat setiap hari. Itu impiannya pada ketika itu.

Lamunannya terhenti tatkala dia terasa ada tangan yang sedang membelai kepalanya. Terus dia mendongak sedikit, memandang si suami yang sedang tersenyum kepadanya.

"Kenapa tunggu?"

"Nak ajak keluar.." sebelah tangan suaminya yang masih bebas itu terus dipegangnya erat. Dikucupnya seketika sebelum dia bersuara lagi,

"Jomlah"

Dengan tenang, Haze mencari arah letak jam di dinding. Waktu pada ketika itu dibaca. 7.40 malam. Terus muka Adellia dipandang semula.

"Kemana?"

"It's a secret.." Adellia kenyit mata. "Adel dah gosokkan baju dan of course kita pakai matching color. Kejap Adel ambilkan" Adellia sudah bangun dari duduk di atas karpet itu.

"Kan dah pesan Haze boleh gosok baju sendiri.. Kenapa degil ni?"

"Sayang.. Iron baju tak susah pun.. Stop overreacting. Okay?" pipi Haze sudah dicubit-cubit Adellia. Geram. Suka sangat larang dia itu dan ini tau!

"Tengok tu.. Cubit-cubit kita pula" ujar Haze. Matanya sudah dikecilkan sambil memandang muka si isteri. Geram juga.

"Siapa suruh hensem?" Jeda. Adellia mengekek tatkala matanya menangkap warna pipi Haze yang perlahan bertukar rona itu.

"Kejap Adelpergi ambil baju.. Haze blushingla dulu sampai habis.. Iwon't look" usiknya lagi sebelum berlalu ke tingkat atas.



Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now