Bab 13

5.4K 308 11
                                    

Bunyi penggera Adellia makin kuat menjerit, membuatkan Haze kerut kening. Geram penggera itu masih lagi tidak ditutup oleh isterinya. Pantas, dia mengiring ke arah Adellia. Matanya dibuka kecil untuk memandang si isteri.

"Oi.." panggilan hanya disapa oleh dengkuran halus Adellia.

"Adellia Natasya tutup alarm" kata Haze dalam nada suara yang masih mamai.

Dia mengambil selimut di kaki lalu diterkup pada telinga. Bingit!

Terus terbuka luas matanya tatkala kepala teringat dia masih belum menunaikan solat subuh. Dia bingkas bangun duduk. Telefon bimbit yang diletak dibawah bantal terus diambil. Waktu dilihat seketika.

7.15 pagi!

"Astaghfirullah! Subuh gajah dah ni!" dengan pantas, dia berpindah naik ke kerusi rodanya.

"Adellia bangun solat" diam lagi. Haze terus menolak roda ke tandas di dapur.

***

ADELLIA memisat mata setelah telinganya menangkap bunyi paip air dipasang di tandas. Dijenguk pula ke arah sofa. Hanya bantal saja yang ada. Haze dah bangun dulu nampaknya.

Cepat-cepat dia berbaring semula tatkala dia terdengar bunyi selak dibuka.

"Adellia bangun.. Kita dah lewat ni untuk solat subuh" panggil Haze lagi.

"Hmm.." jawabnya malas-malas.

Nak solat perlu telekung.. Dan sudah bertahun dia tak ada kelengkapan solat itu. Sengaja dia pura-pura tidur semula. Risau Haze minta sejadah pula.

"Sejadah ada tak?"

Diam. Adellia mula berlakon. Berlakon tidur mati.

Haze mengambil selimut yang Adellia beri kepada dia semalam untuk alas lantai. Cukuplah tu untuk dijadikan sejadah. Asalkan bersih! Dia membuka apps di telefon bimbit untuk tentukan arah kiblat pula. Selesai semua itu, dia ke penjuru ruang tamu itu untuk solat.

Dari telentang, Adellia meniarap pula, memerhati Haze yang sedang solat membelakangi dia. Dia pandang saja sehingga lelaki itu mengucap salam ke kiri dan kanan

"Seriusla Haze berdoa dalam bahasa arab" gumamnya sendirian. Kejutan betul tu.

"Ya Allah.. Kau berkatilah perkahwinan di antara aku dan isteriku, Adellia Natasya.." terputus terus nafas Adellia pada waktu itu.

"Kekalkanlah hubungan ini sehingga ke akhir nyawa kami.. Terima kasih kerana hadirkan dia untuk aku.. Akan aku jaga amanah kau untuk aku ini sebaik mungkin.." mata Adellia sudah bergenang.

"Jadikanlah dia seorang isteri yang taat kepadamu, kepada rasul.. Kepada ibu dan bapanya dan juga kepadaku.. Kuatkanlah jodoh kami buat selamanya ya Allah"

Dan Haze mengakhiri doanya dengan berzikir kepadaNYA.

Adellia tarik bantal lalu diterkup pada muka. Matanya berair teruk juga pada ketika itu.

Doa Haze menyentuh hatinya. Terasa berdosa benar dia kerana mempermainkan lelaki yang ikhlas menerima dia dalam hidupnya.

"Adel yakin, satu hari nanti nama Adel tak akan lagi disebut dalam doa Haze.. Adel minta maaf"

Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now