Bab 32

4.9K 336 20
                                    

"Tolong jangan apa-apakan aku.."

Serentak dengan itu, lengan kanan baju blousenya sudah dikoyak habis dari baju. Adellia menjerit takut. Dalam hati, dia sudah senyum sinis.

"HAZEEE!!!" Sengaja dia pura-pura ketakutan.

"Jeritlah.. Suami kau tak akan mampu datang dengan kerusi roda dia tu HAHAHAHA"

Dua lelaki itu terus mendekatinya. Adellia ketika itu sudah menggepal tanah di kedua-dua belah tangannya. Dia pura-pura merayu lagi,

"Tolonglah kesiankan aku..." dan tatkala mereka menunduk untuk mengucupnya, Adellia mencampakkan dua genggam tanah itu tepat kepada mata mereka berdua membuatkan mereka menjerit pedih.

"Bodoh! Yang boleh cium aku hanya Haze, suami aku. Kau orang ni hanya layak ke neraka saja! Binatang!"

Adellia bangun lalu kesat air mata. Dengan skill taekwondo yang dia ada, dua orang lelaki bertubuh kurus itu ditumpaskan sehingga lunyai.

"DAN JANGAN SESEKALI HINA SUAMI AKU MACAM TU. AKU PANTANG!" jerkah Adellia sekuat hati. Geram sungguh dia apabila mereka umpama mengejek kekurangan suaminya itu. Penumbuk turut dihadiahkan pada hujung bibir lelaki yang mencerca Haze tadi. Padan muka!

"Kau ingat aku ni perempuan lemah ke senang-senang kau orang nak perkotak-katikkan?" Adellia ketawa sinis.

Seorang lagi sudah pengsan gara-gara Adellia hentakkan kepalanya pada pokok. Sengaja dibiarkan seorang lagi sedar. Ada soalan yang mahu dia utarakan kepada lelaki itu.

Topeng terus dicabut olehnya dari muka. Lelaki itu tak mampu buat apa-apa. Matanya juga masih belum celik. Penuh dengan tanah. Mungkin akan buta selamanya.

Adellia pijak wajah lelaki itu dengan kasut tumit tinggi 4 inci yang dipakai. Lelaki itu mengaduh.

"Beritahu aku siapa yang arahkan kau orang untuk laukkan aku"

Diam. Tiada jawapan. Adellia tekankan tumitnya pada pipi lelaki itu membuatkan dia mengaduh lebih kuat.

"KAU PEKAK KE? Aku tanya kau siapa yang upah kau untuk rogol aku?"

"Tuan Haze" bohong lelaki itu.

Kepala itu disepak perlahan.

"Sial! Jangan bohong aku! Aku tahu suami aku sayangkan aku. Kau nak muka kau pecah ke aku kerjakan hah?"

"HOI CAKAP LA AKU TANYA NI!"

"Da-dato Z-zahirah"

Terkesima Adellia seketika. Kenapa mummy upah orang untuk merogolnya pula? Sungguh, dia bingung!

"Adellia" panggil Yusri. Berlari juga dia mendapatkan wanita itu. Ada dua orang lelaki bersamanya. Kru suprise dinner tadi nampaknya.

"Kau okay?"

Adellia cuma mengangguk. Tiba-tiba saja dia teringatkan suaminya. Dengan keadaan gelap begini, siapa yang ada dengan Haze?

"HAZE MANA?" baru saja Yusri mahu buka mulut, Adellia terus berlari keluar dari hutan itu, mencari suaminya.

Risau. Haze sudahlah takut gelap. Dia tidak boleh ditinggalkan berseorangan!

"HAZE KAT MANA?" Adellia sudah menangis. Di tempat dia merajuk dengan suaminya tadi pun tak ada.

Dia berlari ke depan lagi, tempat yang sepatutnya dia date bersama lelaki itu. Kosong juga.

"HAZE!!!" dia menjerit lagi. Bagai nak gila dia bila mendapati Haze tiada di merata tempat. Siapa ambil Haze dari dia?

Dia terus sambung berlari mencari lelaki itu. Tak kira walau apa cara sekalipun, dia perlu cari lelaki itu juga. Adellia benar-benar tidak mampu berfikir. Apa yang ada dalam fikirannya, Haze. Mana Haze? Bagaimana dengan keadaan dia?

"HAZE PLEASE ANSWER ME!! HAZE!!"

Dalam sibuk Adellia mencari Haze ke merata tempat, tumit kasut tingginya akhirnya patah sebelah mengakibatkan dia jatuh terjelopok atas tanah. Menangis dia sendirian di persisiran pantai itu ditemani cahaya bulan. Jeans di bahagian lutut kanannya juga terkoyak sedikit. Kulitnya juga luka.

Baru dia faham, begini rupanya rasa kehilangan Haze.. Hilang dan lesap terus tanpa khabar sehingga dia naik gila mencari. Sungguh, dia tak sangka dia akan alami semua ini pada malam itu. Dia sedar, dia tidak akan pernah sanggup untuk hilang Haze dari hidup dia. Dia benar-benar berharap apa yang berlaku pada malam itu hanyalah mimpi yang dia bisa tepis.. Yang dia bisa elak dari melaluinya lagi.

Kurang dari 3 bulan lagi Adel.. Kau akan hilang dia juga.. Ah! Itu belakang kira! Lambat lagi semua tu nak jadi!

Adellia melangut ke atas, pandang langit. Terketar-ketar dia menadah tangan. Setelah sekian lama dia tidak berdoa, kali ini dia datang meminta pertolongan dari yang esa. Kerana dia tahu, Dialah pemberi masalah dan Dia jugalah yang mempunyai segala kuasa memberi penyelesaian kepada sesuatu kesukaran.

"Tuhan.. Tolong pertemukan aku dengan Haze semula.." dia geleng kepala laju. "Jangan ambil dia dari aku sebagaimana kau ambil mama dan papa aku dariku ya Allah.." berlinangan air mata jatuh di pipinya. "Tolong pinjamkan dia untukku untuk beberapa ketika lagi.. Sesungguhnya aku benar-benar perlukan dia dalam hidup aku.."

Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now